Sihat

Anak Ada Masalah Ekzema, Ada Kaitan Ke Dengan Pemakanan? Ini Jawapan Doktor…

24
SHARES

“Doktor, anak saya ada ekzema. Boleh cek makanan apa dia alergik?”

Masalah ekzema bukan sesuatu yang baharu dan ramai orang mengalami masalah tersebut. Lebih menyedihkan apabila melihat anak kecil mengalami masalah itu kerana gatal sehingga menyebabkan terluka.

Perlu diingatkan, ekzema berlaku disebakan pelbagai faktor dan pemakanan bukanlah faktor utama. Hal ini diulas dengan lebih lanjut oleh seorang doktor di media sosial. Diharapkan dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Baca juga: Anak Ekzema Sampai Kulit Merekah, Ibu Tekad Jaga Pemakanan Sampai Turun 11KG

ANAK ADA MASALAH EKZEMA, ADA KAITAN KE DENGAN PEMAKANAN?

Seringkali pesakit datang ke klinik saya, minta allergic test. Banyak orang fikir ekzema = food allergy. Nak katakan salah, tidak. Cuma kurang tepat saja. Don’t worry, mari kita tepatkan!

1. Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang kompleks. Ia bukan disebabkan oleh faktor pemakanan semata-mata. Ada interaksi antara faktor genetic, lapisan kulit luar tidak normal, proses keradangan (dysregulated inflammatory response) & faktor luaran seperti debu, bulu binatang etc.

2. Eczema memang ada kaitan dengan food allergy. Cumanya, food allergy berlaku hanya dalam 5% sahaja dalam pesakit eczema. Sebab itu, ramai pesakit yang sudah elak semua jenis mknan sehingga ada yang terbantut tumbesaran, tetapi ekzema masih juga melarat.

3. So bila hendak suspect pesakit ada food allergy? Firstly, kena tahu food allergy boleh jadi dalam 3 bentuk:

i) IgE mediated reaction – dapat gegata (urticaria) atau bengkak bibir, mata (angioedema) dalam masa 5 minit sehingga 1 jam selepas makan. Boleh sehingga sesak nafas, pengsan dan nauzubillah meninggal dunia (anaphlyactic shock).

ii) Combined IgE & cell-mediated (delayed) reaction – ini boleh berlaku dalam ekzema. Tapi tak semua jenis ekzema. Selalu suspect apabila kanak-kanak ada ekzema yang teruk, dan masih degil walaupun sudah dirawat sebaiknya (recalcitrant cases of moderate to severe atopic dermatitis).

iii) Delayed reaction – contohnya systemic contact dermatitis. Ini jarang.

4. Untuk diagnose food allergy, doktor kena ambil history yang lengkap. Boleh rujuk gambar ini untuk soalan yang wajib kena tanya. Memang berjam dengan pesakit. Kalah polis interview orang jahat.

5) Sebagai ibu-bapa, kalau anda suspect anak ada food allergy, boleh start dengan food diary sebelum datang jumpa doktor. Pukul berapa makan pagi, tengahari, malam. Pukul berapa naik gatal/masalah kulit.

6. Kenapa tak terus sahaja buat test? Nak buat test bukan macam kita tukar baju ja kawan-kawan. Dapat result test positive, tak bermakna allergic. Kena kembali kepada history. Kita panggil ini sebagai ‘clinical relevance’. Nak interpret test, memerlukan kepakaran.

7. Food elimination kena dapatkan daripada nasihat pakar ya. Jangan senang-senang. Kanak-kanak perlukan zat dan nutrisi untuk perkembangan mental dan fizikal. Diagnose food allergy mempunyai implikasi yang besar ya. Bukan sekadar manis kata di bibir.

Akhir kata, tak salah kalau ibu-bapa risau anak mereka ada food allergy. Tugas kita sebagai doktor adalah untuk mengenalpasti kerisauan itu dan jika perlu, kita rujuk utk kajian selanjutnya. Jangan pula kita perlekehkan dan terus campak ke tepi kerisauan mereka ok?

Sumber: Twitter Dr Aween Liana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×