“Susahnya anak aku nak baca buku, setiap kali bagi buku je nangis…”
Melatih anak-anak untuk minat dengan buku bukanlah perkara yang mudah. Lain pula kalau beri permainan video atau gajet, laju berdesup lari macam lipas kudung! Jadi, macam mana cara yang berkesan untuk ibu bapa melatih dan mendekatkan anak dengan bahan bacaan tidak kira apa jenis bacaan pun. Jom kita cuba 5 tips yang dikongsikan ini supaya anak-anak kita seorang yang gila buku!
5 Cara Mudah Nak Bagi Anak Gilakan Buku
1. Bagi anak kita Authority dulu
Ya, biarkan anak kita yang pilih buku dengan bebas dan sesuka hati dia. Mula mula memang la dia baca buku komik atau buku yang tak berfaedah dulu tapi bila cinta pada buku tu dah berputik lama kelamaan semua jenis buku pun anak kita akan jatuh cinta
2. Jaga ‘state’ anak ketika dia bersama buku
Masa anak tengah membaca, jangan pergi jerkah atau pergi tengking dia. Walaupun dia koyakkan buku sekalipun! Kita taknak emosi dan pengalaman negatif tu dikaitkan ( anchored ) pada buku tu.
3. Jangan paksa anak membaca
Tugas kita bukan memaksa anak tetapi tugas kita adalah bagaimana kita nak anak kita tu ada ‘wonderful feeling’ bila tertengok buku buku tersebut.
4. Jadikan diri kita ‘teachable’
Sekali sekala tu buat buat je macam kita tak tahu apa apa dan minta anak kita ajarkan perkara perkara yang ada di dalam buku yang anak kita sedang baca tu. Ianya satu perasaan yang indah bila anak kita rasa dengan membaca buku, mereka sebenarnya sedang’ contribute’ sesuatu pada mak ayahnya juga
5. Jadikan diri kita model terbaik
Kebiasaan ataupun habit kita ni sejenis benda yang senang ‘ tular dan berjangkit ‘ pada anak kita. Itulah kenapa kalau habit kita suka main handphone setiap hari di depan anak-anak, maka habit tu pun akan melekat pada mereka.
Begitu juga kalau habit kita setiap hari adalah membaca buku di depan mereka. Lama kelamaan habit tu akan berjangkit pula pada anak anak kita.
p/s : Malam ni sebelum tidur, boleh la bacakan buku cerita pada anak anak. Pilih cerita yang baik baik kerana cerita sebelum tidur ni boleh meningkatkan imaginasi dan ‘inner vocabulary’ anak kita.
Sumber : Taufiq Razif