Hebahan

Air Bersih: Bagaimana Pelarasan Tarif Air Memberi Kesan Kepada Pengguna

111
SHARES

Setiap bulan kita dapat menikmati air bersih dengan mudah. Buka je paip dah boleh gunakan air tersebut. Mudah untuk diakses dan boleh digunakan tanpa was-was.

Sebab itulah, perkhidmatan bekalan air ni merupakan suatu keperluan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Perkhidmatan bekalan air ni kalau anda nak tahu disediakan oleh operator bekalan air yang berbeza di setiap negeri.

Setiap operator bekalan air mempunyai kewajiban untuk memastikan air bersih dapat dibekalkan kepada rakyat di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, industri ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kalau anda nak tahu, pelarasan tarif air bukan untuk membebankan pengguna tetapi bagi membekalkan perkhidmatan yang selamat secara berterusan untuk generasi akan datang.

Jom baca sampai habis untuk tahu kenapa pelarasan tarif air perlu dilaksanakan. 

Kenapa pelarasan air ni diperlukan?

Bagi yang tak tahu, pelarasan tarif air amat penting dalam memastikan air yang bersih dan selamat dapat dibekalkan. Masyarakat kini sentiasa menginginkan tarif air yang rendah tetapi pada masa sama menuntut tahap perkhidmatan yang terbaik sedangkan kadar tarif air pada masa ini adalah tidak mencukupi bagi operator air untuk menampung kos rawatan dan agihan air.

Kalau anda nak tahu, tarif sedia ada ni sebenarnya tidak mencerminkan kos sebenar yang ditanggung oleh operator air, lebih-lebih lagi, bagi negeri yang tarifnya tidak disemak melebihi 20 tahun.

Berdasarkan data SPAN 2020, purata tarif semasa yang dicajkan kepada pengguna adalah RM1.37 bagi setiap meter padu di Semenanjung Malaysia dan WP Labuan berbanding purata kos pembekalan air iaitu RM1.68 bagi setiap meter padu.

Ini jelas menunjukkan tarif sedia ada tidak dapat menampung peningkatan kos yang dihadapi oleh operator air sama ada dari segi pembangunan infrastruktur atau pun operasi harian.

Tarif yang mencukupi perlu untuk menampung keperluan perbelanjaan operasi (Opex) bagi pengoperasian sistem bekalan air. Ini jelas kerana peningkatan harga barangan dan perkhidmatan setiap tahun seperti kos elektrik, bahan kimia dan penyenggaraan turut memberi impak kepada kos rawatan dan agihan air. 

Operator air juga memerlukan dana bagi membiayai perbelanjaan modal (Capex) untuk pembangunan infrastruktur sistem bekalan air di negeri masing-masing. 

Apakah mekanisme yang digunakan untuk pelarasan tarif air?

Mekanisme Penetapan Tarif adalah suatu mekanisme yang digunakan untuk penetapan tarif oleh semua operator air di Semenanjung Malaysia dan W.P Labuan. Pelaksanaan mekanisme ini membantu penetapan tarif di mana hanya kos yang berkaitan secara langsung dalam perkhidmatan bekalan air dibenarkan untuk diambil kira.

Melalui mekanisme ini juga, semua negeri akan mempunyai struktur tarif yang sama dan seterusnya kaedah pengiraan tarif juga akan dibuat secara lebih sistematik dengan mengambil kira keperluan operator air masing-masing.

Apakah manfaat pelarasan air?

Dengan adanya pelarasan tarif air, operator air akan memperoleh sumber kewangan yang kukuh. Sumber kewangan yang kukuh membolehkan operator air untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur sistem bekalan air dengan lebih terancang seperti pembinaan sistem bekalan air baharu, penaiktarafan dan pembaikpulihan sistem sedia ada serta penggantian paip. 

Dalam hal ini, pengguna dapat menikmati bekalan air bersih yang berterusan serta mengurangkan risiko gangguan bekalan air. Sumber kewangan yang kukuh juga dapat  menangani  cabaran yang timbul di peringkat operator air. 

Apakah impak palarasan tarif air kepada pengguna?

Secara keseluruhannya, impak semakan tarif kepada pengguna adalah kecil jika air digunakan secara berhemat.  

Sebagai inisiatif tambahan bagi memastikan pengguna domestik B40 tidak terbeban, terdapat mekanisme dalam memberikan bantuan secara bersasar kepada golongan ini. Pengguna komersial atau industri juga digalakkan untuk menggunakan alat/produk cekap air dan mengitar semula air bagi meminimumkan implikasi pelarasan tarif. 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×