Euforia Bola 2026
Famili

Niat Bercuti Di Indonesia Berakhir Tragedi Pilu… Adik Bongsu Maut, Ahmad Tarmizi Kritikal Perlukan RM50,000

KEMALANGAN DI INDONESIA

Kemalangan di Indonesia meragut nyawa seorang rakyat Malaysia ketika lima sekeluarga itu dalam perjalanan dari Yogyakarta menuju Jakarta sebelum meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.

Seorang lagi ahli keluarga, Ahmad Tarmizi Hazmee, 30, turut mengalami kecederaan parah dan masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Jawa Barat dalam keadaan separa sedar.

Baca juga: Bapa Nak Nama Lain, Ibu Pula Dah Berkenan Nama Sendiri… Dalam Islam Siapa Berhak Tentukan?

KEMALANGAN DI INDONESIA, AHMAD TARMIZI PERLU BANTUAN RM50,000

KEMALANGAN DI INDONESIA

Kemalangan berlaku Ahad lalu ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Yogyakarta menuju Jakarta sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia.

Ketika kejadian, Tarmizi yang merupakan anak kedua daripada enam beradik berada di tempat pemandu bersama isterinya, Nurfarrhana, anak mereka yang berusia enam tahun serta dua adiknya.

Menurut abangnya, Ahmad Bukhari Hazmee, Tarmizi baru sahaja mengambil alih tugas memandu daripada adik mereka, Adam Nublee Hazmee, 23, sebelum kemalangan berlaku.

“Kalau ikut kronologi, sebelum itu adik saya nombor lima iaitu Adam yang memandu. Lepas itu dia tukar dengan Tarmizi.

“Saya tidak tahu pasti kronologi kemalangan itu, tapi insiden itu mengorbankan adik bongsu saya, Muhammad Atiqullah Hazmee, 22, yang juga pelajar UiTM.

“Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Dunguswiru, Kecamatan Subang Kota, pada hari sama,” katanya.

Urusan pengebumian Muhammad Atiqullah dilakukan pada hari kejadian selepas mendapat pengetahuan daripada Kedutaan Malaysia dan berdasarkan keterangan saksi yang terselamat dalam insiden berkenaan.

Tarmizi alami kecederaan parah

KEMALANGAN DI INDONESIA

Sementara itu, keadaan Tarmizi dilaporkan kritikal selepas mengalami beberapa kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Antara kecederaan yang dialaminya termasuk patah rahang, kecederaan pada bahagian pipi, pendarahan di kepala serta patah pada lengan kanan.

Tarmizi telah menjalani pembedahan di hospital berkenaan selepas doktor mengesahkan keadaannya cukup stabil untuk menjalani prosedur tersebut.

Menurut Bukhari, pembedahan berkenaan dilakukan pada Isnin lalu dan kini adiknya masih menerima rawatan di Rumah Sakit Mitra Plumbon Subang.

Keluarga kini berdepan keperluan kewangan bagi menampung kos rawatan, pembedahan dan perbelanjaan hospital sepanjang Tarmizi mendapatkan rawatan di Indonesia.

Bukhari memaklumkan keluarga menganggarkan kira-kira RM50,000 diperlukan sebelum Tarmizi dapat dibawa pulang ke Malaysia.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Ahmad Bukhari Hazmee, nombor akaun 503051552097 dengan catatan ‘Tarmizi”.

Baca juga: Cekodok Pisang Lebih Garing Di Luar Guna Tepung Beras, Ini Sukatan & Orang Ada Gastrik Boleh Makan!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×