Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Kalau Ketukan Berbeza, Jangan Buka Pintu”– Nenek Pesan Suami Isteri Kena Ada Kod Rahsia Bila Pulang Lewat Malam

NASIHAT ORANG DULU

Satu nasihat orang dulu yang kedengaran pelik tetapi sebenarnya mengandungi unsur berjaga-jaga antara pasangan suami isteri menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads.

Menerusi hantaran tersebut, pengguna itu menceritakan bahawa dia dan isterinya mempunyai satu code sejak awal perkahwinan sebagai langkah keselamatan, terutama apabila salah seorang daripada mereka pulang lewat pada waktu malam.

Baca juga: “Anak Murid Didahulukan, Anak Sendiri Terabai?”- Luahan Seorang Suami Tentang Isteri Cikgu Raih Perhatian

NASIHAT ORANG DULU, KENA ADA KOD RAHSIA SUAMI ISTERI

NASIHAT ORANG DULU

Menurut perkongsian pengguna Threads itu, antara sebab arwah nenek isterinya mengajar tentang penggunaan kod ketukan tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga terhadap perkara yang tidak diketahui.

Katanya, arwah nenek isterinya pernah berpesan bahawa ada perkara yang dikatakan mampu meniru suara atau menyerupai seseorang, namun sering tersilap pada perkara kecil.

Disebabkan itu, pasangan tersebut mengambil langkah untuk tidak membuka pintu sekiranya rentak ketukan yang diterima berbeza, walaupun mereka menyangka individu di luar rumah ialah pasangan sendiri.

BIMBANG ADA GANGGUAN MAKHLUK HALUS…

Dalam kepercayaan sesetengah masyarakat, terdapat kebimbangan mengenai gangguan makhluk halus yang dikaitkan dengan kemampuan menyerupai manusia.

Namun, bagi pasangan ini, amalan kod ketukan tersebut lebih kepada satu bentuk langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan sebelum membuka pintu, terutama pada waktu malam.

NASIHAT ORANG DULU

Pada awalnya, pasangan itu hanya menganggap pesanan tersebut sebagai sesuatu yang pelik dan menganggapnya sebagai gurauan.

Namun selepas enam tahun hidup bersama, mereka tetap mengamalkan perkara itu tanpa pernah terlupa.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Ada yang menganggapnya sebagai satu amalan unik, manakala sebahagian lagi melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga yang wajar diamalkan demi keselamatan keluarga.

Walaupun kisah tersebut dikongsikan sebagai pengalaman peribadi pengguna Threads, ia turut mengingatkan orang ramai tentang kepentingan mempunyai langkah keselamatan tersendiri, terutama ketika berdepan situasi tidak dijangka.

Baca juga: Rupa Hampir Sama, Tapi Ini Beza Serai Paha Ayam & Serai Gajah… Berbeza-Beza Ikut Masakan!

Sumber: Threads Anna Jue

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×