Advertorial

8 Cara Untuk Suami Galak Isteri Supaya Rajin Masak, Sesuai Untuk Yang Baru Kahwin!

6K
SHARES

“Abang, harini kita makan luar jelah ya?” Aduh, takkan makan luar lagi? Sebagai suami, mesti anda sekali-sekala nak rasa air tangan isteri. Belum pernah lagi rasanya jamah lauk yang dimasak, asyik-asyik lauk tukang masak kedai makan…

Jangan tak tahu, memasak untuk suami juga salah satu cara untuk eratkan hubungan suami isteri. Kalau hari-hari makan luar, lama-kelamaan suami lupa macam mana rasa air tangan isterinya. Buat anda yang bergelar suami, apa kata cuba 8 cara di bawah ini untuk galakkan isteri supaya rajin masak.

1. Tag isteri dekat video masakan

Zaman sekarang ni, bersepah video masakan kita boleh jumpa di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Anda sebagai suami, cuba tag isteri dekat mana-mana video masakan supaya isteri dapat idea dan galakan untuk memasak.

Jangan tag banyak sangat pulak, annoying isteri tu nanti!

2. Lengkapkan dapur dengan set peralatan memasak secukupnya

Bila dapur tak lengkap, isteri pun tak semangat nak memasak sebenarnya. Yelah, nak buat kek, ketuhar tak ada, nak buat ayam bakar, magic pan tak ada, nak buat ikan kukus, steamer tak ada, macam mana nak masak kan? Feel nak masak pun tak datang.

Apa kata buat dapur cantik-cantik, lengkapkan dapur di rumah dengan perkakas dan peralatan secukupnya, confirm isteri ada kat dapur pagi petang siang malam! Kalau boleh, dapatkan sekali cooker hood supaya dapur sentiasa segar dan bau tak terperangkap dalam dapur.

3. Lengkapkan dapur dan peti ais dengan bahan memasak segar serta berkualiti

Kalau kelengkapan dan perkakas dapur dah lengkap, pastikan anda penuhkan peti ais dengan bahan segar dan berkualiti untuk memudahkan isteri masak di dapur. Bahan berkualiti bukan saja akan membuatkan juadah yang disediakan enak, tapi membuatkan ia tahan lebih lama.

Bayangkan kalau anda beli kentang yang kurang elok di pasaraya, masak lauk tengahari silap-silap tak sampai malam lauk tu dah basi. Kan rugi?

4. Masak dengan isteri sama-sama

Salah satu cara paling isteri suka untuk galakkan mereka memasak adalah dengan membantu mereka di dapur. Ringan-ringankanlah tangan membantu, walaupun cuma memotong sayur atau mengupas bawang. Mesti isteri seronok dan mood memasak bertambah.

Turun ke dapur teman mereka memasak sambil berborak pun sebenarnya okay! Hubungan anda sebagai suami isteri pun makin erat!

5. Tolong jaga anak ketika isteri tengah memasak

Isteri ni kadangkala bukan taknak masak tapi sukar nak bahagi masa sebab fokus menjaga anak, menyelesaikan kerja rumah dan banyak lagi. Sebagai suami, apa kata anda bantu mereka dengan tugasan seperti menjaga anak. Dapat isteri masak dengan tenang, lain macam kepuasannya bagi mereka.

6. Puji masakan isteri dan beri galakan setiap kali selepas memasak

Bila isteri dah siap masak dan hidang lauk, sebagai suami pujilah sikit “sedapnya bau masakan sayang ni”. Mesti mereka suka! Kalau rasa masakan mereka tak mengecewakan, apa lagi, tambahlah nasi dan pastikan lauk yang dihidang tadi habis licin!

Walaupun lauk yang disediakan simple, apa salahnya ringankan mulut puji dan beri pendapat sekiranya ada bahagian yang perlu dibaiki. Barulah mereka bersemangat untuk memperbaiki kesilapan ketika memasak untuk lauk seterusnya esok!

7. Tolong kemas dapur, basuh pinggan

Anda jangan tak tahu, memasak di dapur juga memerlukan tenaga yang banyak dan sebenarnya memenatkan bagi mereka yang baru masuk dapur. Sebagai suami, apa kata anda tolong mereka kemas dapur selepas masak dan basuh pinggan selepas makan…

Jadi, tak adalah isteri mengeluh “aku yang masak, aku jugak yang basuh pinggan”. Bagi mereka rehat selepas memasak, tengok TV, baca majalah dan sebagainya…

8. Urutkan anggota badan yang lenguh selepas memasak

Selain bagi isteri rehat selepas memasak, sedikit urutan di kepala, lengan, badan dan kaki dapat membantu mereka melegakan sendi-sendi yang lenguh selepas memasak. Lagi-lagi bahagian kaki, sebab mereka berdiri lama di dapur. Urutlah sikit sambil ucap terima kasih kerana memasak.

Mesti tambah sayang!

Dapatkan peralatan dapur terbaik dari Senheng sempena jualan Black Friday & Cyber Monday, confirm isteri makin rajin masak!

Haa, alang-alang anda nak lengkapkan dapur dengan peralatan dan perkakas untuk isteri, apa kata kunjungi cawangan Senheng berdekatan kerana mereka mengadakan jualan Black Friday & Cyber Monday yang menawarkan produk berjenama pada nilai serta harga terbaik!

Jualan yang berlangsung dari 29 November hingga 2 Disember ini menawarkan diskaun sehingga 60% untuk produk eksklusif terpilih Senheng. Jadi, buat anda yang menanti untuk membeli produk berjenama pada harga runtuh, inilah masanya!

Buat pengguna HSBC, anda layak mendapat rebat RM200 sekiranya memilih pelan bayaran ansuran selama 12 dan 24 bulan menggunakan kad kredit HSBC.

Tak cukup dengan itu, Senheng turut menawarkan pulangan untuk pengguna e-wallet. Pengguna Boost akan mendapat pulangan tunai ke dalam Boost Wallet sebanyak RM12 dengan pembelian minimum RM100Bestnya!

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan Black Friday & Cyber Monday ini, layari laman web Senheng. Selamat membeli-belah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×