Nasi kandar merupakan antara menu terkenal dan menjadi kegemaran ramai. Biasanya, bila sebut nasi kandar pasti ramai yang fikir perlu ke Pulau Pinang untuk menikmatinya.
Tetapi sebenarnya di Lembah Klang sendiri pun ada banyak restoren nasi kandar paling sur dan terangkat! Jadi, berikut merupakan 6 lokasi restoren nasi kandar anda patut cuba. Sekali cuba pasti teringat-ingat.
Baca juga: Resepi Kari Sotong Pekat Tanpa Santan Ala Nasi Kandar, Memang Padu!
6 RESTOREN NASI KANDAR PALING ‘SURR’ DI LEMBAH KLANG
1. MOHD YASEEM NASI KANDAR
Setiap kali ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), jangan lepaskan peluang untuk mencuba Mohd Yaseem Nasi Kandar. Restoren ini sudah beroperasi selama 5o tahun dan menjadi pilihan hati buat nasi kandar hunter.
Pelbagai hidangan lauk-pauk seperti ayam madu, telur sotong dan aneka pilihan kari disajikan. Rasanya memang sedap dan kuah kari tidak begitu manis bersesuaian dengan tekak. Ayam goreng madu pula memang padu dan crispy. Paling penting isi ayam tetap juicy dan tak kering seperti nasi kandar lain.
Alamat: 351, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Setiap hari, 8am-10pm
2. RESTOREN KUDU BIN ABDUL
Nasi Kandar Kudu cukup terkenal sekitar Kuala Lumpur kerana menyajikan pelbagai jenis hidangan dan pilihan untuk santapan umum. Antara yang menjadi pilihan ramai sudah tentunya ayam kicap masak ros dan dipadankan dengan nasi panas serta papadom.
Sama seperti nasi kandar lain, pastikan anda datang seawal jam 11 pagi untuk beratur dan mendapatkan makanan. Kalau lambat semua makanan habis. Rugi tak dapat rasa nasi kandar sesedap ini!
Alamat: 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu, 8am-7pm
3. SALMAN NASI KANDAR
Kalau anda ke Bangi, jangan lupa singgah Salman Nasi Kandar kerana ia sangat terkenal dan pengunjungnya sentiasa ramai. Antara menu yang menjadi rebutan sudah tentunya ayam goreng dan dipadankan kuah campur serta turut diberikan sambal belacan secara percuma.
Paling seronok sekali sudah tentunya harganya sangat berpatutan iaitu hanya RM6 satu pinggan. Dapat pula ayam goreng besar dengan harga macam tu, memang puas hati. Sedap, banyak dan murah!
Alamat: LOT 6741E, Jalan Bistari, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am-8pm
4. SADDAM NASI KANDAR
Seperti Kudu dan Yaseem, Sadaam Nasi Kandar juga merupakan pilihan nasi kandar hunter dan menjadi antara restoren nasi kandar paling popular sekitar Lembah Klang.
Restoren ini sentiasa penuh dengan pelanggan kerana pelbagai jenis lauk-pauk boleh didapatkan dengan harga yang berpatutan. Harga murah, rasa pun sedap. Jadi? Anda memang wajib singgah Saddam Nasi Kandar.
Alamat: 58, Jalan Segambut Pusat, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 7am-10pm
5. NASI KANDAR AHMAD
Antara menu wajib anda cuba dan order sudah tentunya, Nasi Ahmad ayam goreng, ayam kicap madu, daging masak hitam dan kambing merah. Itu merupakan menu kegemaran pelanggan dan tak cukup satu pinggan, confirm tambah nasi.
Paling penting, harganya sangat berpatutan dan sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Kini, anda tak perlu lagi travel ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar, Nasi Ahmad Kota Damansara kan ada! Ada 2 cawangan anda boleh kunjungi.
Alamat: 39, Jalan Teknologi 3/6B, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 9.30am-10pm
6. NASI KANDAR BENDI GANI MAJU
Bagi anda yang tinggal di Bukit Jalil pula, jangan risau kerana ada nasi kandar terangkat iaitu Nasi Kandar Bendi Gani Maju. Nasi kandar ini merupakan nasi kandar popular di sekitar Bukit Jalil.
Menu popular di sini sudah tentunya ayam bawang surr dan dipadankan bersama kuah campur. Kuah campur disini memang sedap dan rasanya tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis. Kedainya kecil sahaja tetapi ada tempat untuk makan di dalam dan perlu menunggu giliran. Harganya berpatutan dan tidak begitu mahal selain sesuai untuk sesisi keluarga.
Alamat: NO 28, Jln Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Setiap hari, 12pm-7pm
Jadi, tunggu apa lagi? Hujung minggu ni boleh serbu semua restoren nasi kandar di atas. Selamat mencuba!