Cantik

5 Wanita Muslim Tercantik & Terkaya Dunia

135
reads

Tahukah anda ada sesetengah wanita yang menganggap wanita itu lahir dengan 2 pilihan. Antara pilihan menjadi cantik dan pintar. Ternyata ada ramai wanita yang memiliki raut wajah yang cantik dan mampu menguruskan kewangan dengan baik atau dengan kata lain ‘pakej‘. Wanita-wanita ini menjadi inspirasi kepada wanita lain yang ingin berjaya.

Wanita Muslim tercantik

Namun perkara yang cukup membanggakan apabila wanita-wanita yang cantik dan berjaya ini terdiri dari wanita muslim. Mereka bukan sahaja cantik malah memiliki kekayaan yang melimpah ruah dan keluarga yang bahagia. Tidak hairan mengapa mereka menjadi inspirasi seluruh dunia. Ingin tahu siapa 5 wanita muslim yang cantik dan terkaya dunia? Teruskan membaca.

Putri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah

Putri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah

1. Putri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah

Putri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah anak keempat kepada Hassanal Bolkiah iaitu Sultan Brunei Darussalam. Hajah Majeedah lahir pada 16 Mac 1976. Beliau sudah berkahwin dengan Khairul Khalil seorang pembantu eksekutif di pejabat Perdana Menteri. Walaupun hidup dalam keadaan yang serba mewah Hajah Majeedah tetap hidup di dalam kesederhanaan. Kini beliau sudah pun memiliki seorang anak dan mempunyai keluarga yang bahagia. Seperti yang kita sedia maklum Sultan Hasanal Bolkiah adalah antara lelaki yang terkaya di dunia maka kekayaannya itu diwarisi oleh Putri Hajah Majeedah.

Rania Al Abdullah

Rania Al Abdullah

2. Ratu Rania Al Abdullah

Tahukah anda beliau juga adalah seorang ratu? Jika tidak dikaji selidik pasti saya sendiri menyangka beliau salah seorang pelakon Hollywood. Beliau adalah Ratu Rania Al Abdullah, lahir pada 17 Ogos 1970 di Kuwait. Sejak sekolah lagi beliau terkenal dengan kepandaiannya dan memiliki karier yang cemerlang di Apple Inc.

3. Sultanah Nur Zahirah

Sulatanah Nur Zahirah adalah permaisuri Terengganu. Beliau lahir pada 7 Disember 1973. Beliau adalah permaisuri ke 13 Malaysia. Sebagai salah seorang kerabat, beliau sering menghadiri acara-acara penting negara. Beliau tidak hanya bermodalkan wajah yang cantik malah juga bijak. Walaupun tidak pernah mengumumkan jumlah kekayaan yang dimiliki namun kita pasti sultan dan permaisuri Terengganu memiliki kekayaan yang tidak terhitung.

Sheika Hanadi binti Nasser Al Thani

Sheika Hanadi binti Nasser Al Thani

4. Sheika Hanadi binti Nasser Al Thani

Tidak banyak wanita yang berjaya di dalam bidang perbankan lebih-lebih lagi wanita muslim. Sheika Hanadi adalah seorang banker, pelabur dan pengusaha hartanah yang berjaya. Sheika juga merupakan salah seorang pengusaha hartanah yang paling berjaya di Qatar. Beliau tidak hanya terkenal sebagai pekerja yang gigih dan bekerja keras malah dia juga terkenal sebagai wanita berjaya yang memiliki wajah yang cantik. Selain pekerjaan yang disebutkan tadi, Sheika juga merupakan penasihat khusus Standard Chartered Bank dan menjadi CEO projek Al Wahab City Real Estate.

Putri Lalla Salma

Putri Lalla Salma

5. Putri Lalla Salma

Wajah Putri Lalla Salma persis pelakon Hollywood. Beliau adalah isteri kepada Raja Mohammed IV dari Morocco. Putri Lalla yang memiliki kulit yang halus mulus ini lahir pada 10 Mei 1978. Walaupun sudah menjadi puteri dan memiliki kekayaan yang melimpah ruah, Putri Lalla terkenal kerana kesederhanaannya. Kini Putri Lalla merupakan ibu kepada 2 orang anak. Menurut majalah Forbes kekayaan yang dimiliki oleh keluarga ini adalah kira-kira RM28.5 trillion.

Yang Popular

To Top