Advertorial

5 Perkara Ini Nampak Remeh, Tapi Mampu Buat Semua Orang Senang Hati!

6.4K
SHARES

Adakah anda bersemangat setiap pagi sebelum pergi kerja, pergi sekolah, universiti atau ke pasar sekalipun? Dan apakah yang membuatkan anda rasa seronok untuk jumpa semua orang hari tu?

Apa pun jawapan anda, kami yakin semua orang impikan permulaan hari yang baik. Kalau pagi-pagi dah terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kereta rosak dalam perjalanan ke tempat kerja atau mungkin hanya kerana secawan kopi tertumpah di baju, semua ini barangkali boleh buatkan anda kurang seronok sepanjang hari.

Memang lumrah dalam kehidupan seseorang untuk berhadapan dengan rasa kecewa atau sedih. Tetapi, selagi mana kita dikelilingi oleh sebuah masyarakat yang bertimbang rasa dan selalu menyebarkan rasa kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati pasti segala masalah lekas selesai dan semua kesedihan juga cepat terubat!

Siapa sangka, hanya dengan melakukan beberapa perkara yang nampak mudah dan remeh mampu membawa makna yang besar untuk kehidupan orang lain.

Kali ini kami kongsikan dengan anda semua 5 perkara mudah yang barangkali kita boleh sama-sama lakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih harmoni!

1. BERI SIGNAL KETIKA MEMANDU

Bayangkan sewaktu anda memandu di jalan yang sesak, ada sebuah kenderaan lain dari sebelah kanan jalan menerpa masuk ke hadapan kereta anda tanpa memberi sebarang isyarat. Mujur la sempat tekan pedal brek. Kalau tak mesti dah berlanggar. Boleh buat geram dan sakit hati sepanjang hari kan?

Alangkah baiknya, kalau semua orang tak pentingkan diri dan fikir keselamatan orang lain. Berilah signal tak kira la anda naik kereta ke, motor ke atau lori sekalipun. Tak susah kan? Mana tahu dengan cuma bagi signal, anda dah berjaya buat mood seseorang tu jadi ceria sepanjang hari.

Silap-silap kita sendiri pun seronok sebab dah mudahkan urusan orang lain. Yelah, dalam hidup ni kita punya pilihan. Lebih baik pilih buat orang happy daripada buat orang marah kan?

2. BERI TEMPAT DUDUK KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN

Malaysia antara negara yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam terbaik di dunia. Tetapi malangnya, masih ada segelintir daripada kita yang pentingkan diri. Tempat duduk khas untuk wanita mengandung atau golongan OKU awal-awal lagi dah diisi oleh orang yang cukup sifat dan sihat. Paling sedih mereka langsung tak mahu bangun walaupun dah diberitahu ada yang lebih memerlukan. Hmm…

Jadi, mulai hari ini apa kata kita sama-sama mudahkan urusan orang lain. Yakinlah, kalau kita hormati hak orang lain hari ini, pasti esok orang hormati juga hak kita. Siapa sangka, hanya dengan beri ruang kepada orang memerlukan untuk duduk di tempat duduk anda di dalam public transport, buat mereka sangat senang hati!

3. SENYUM BILA JUMPA SEMUA ORANG

Siapa suka senyum dekat sini? Hehe.

Kalau suka senyum tu bonus tau! Admin suka betul dengan orang yang tak kedekut dengan senyuman ni. Mudah jatuh hati. Eh! Tapi jangan pula asyik senyum sendirian sudah la ya. Nanti ada yang cakap anda kurang waras.

Ada yang cakap, tak perlu pun senyum dekat semua orang sebab memang tak kenal pun orang tu. Silap hari bulan dia tak balas pun senyuman kita tu. Betul tu memang betul. Tapi, senyuman tu adalah satu rahsia untuk segala kemudahan!

Cuba la dulu senyum dekat semua orang. Kemudian anda tengok hasilnya. Silap-silap nanti anda dah lupa macam mana cara nak buat muka sedih.

4. GREET RAKAN SEKERJA ANDA

Pagi-pagi kita masuk kerja, macam-macam drama boleh tengok. Biasanya ada yang mengeluh stress dengan jalan sesak, ada yang kereta rosak atau membebel dengan timbunan kerja yang banyak. Bayangkanlah muka rakan sekerja anda waktu tu, masing-masing macam rupa orang tak makan seminggu. Murung saja.

Cuba anda greet mereka dengan mengucapkan selamat pagi, selamat bekerja atau mungkin tanya khabar mereka? Admin yakin, dengan ucapan ringkas itu boleh buat mereka rasa sedikit lega. Dan tak mustahil mesti ada yang akan ajak anda duduk berbual sekejap sebab nak luahkan masalah. Sebagai rakan sekerja yang baik, dengarlah!

Admin faham tak semua orang dalam satu pejabat atau tempat kerja itu punya persefahaman yang baik. Tetapi tak salahkan kalau kita yang mula sebarkan kebaikan? Walaupun sebelum ni kalian tak pernah bertegur sapa, apa salahnya. Mana tahu dengan cara ini kalian lebih erat daripada sebelumnya!

5. SEKALI SEKALA BAYARKAN MAKANAN UNTUK STRANGERS!

“Biar betul suruh bayarkan makanan untuk orang tak dikenali?”

Ya, bayarkan makanan untuk strangers! Sebenarnya, tak pelik pun kalau anda dah cuba buat. Kami berani jamin anda akan buat lagi dan lagi dan lagi lepas dah cuba sekali. Tak perlu pun bayarkan yang mahal-mahal, cukup bayarkan segelas minuman yang seseorang minum di kedai sama.

Mungkin bagi anda tak ada apa yang menarik. Tapi cuba anda bayangkan hari tu, anda dah bayarkan makanan atau minuman seorang lelaki dengan harga RM6. Rupa-rupanya lelaki itu memang hanya ada RM6 terakhir di dalam dompetnya. Saat dia sudah memesan makanan, dia baru teringat RM6 itulah juga dia perlukan untuk isi minyak motor pulang ke rumah nanti. Maka, andalah penyelamatnya! Admin selalu berpegang akan kata-kata seorang teman…

“Dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain. Maka berkongsilah!”

Ringkasnya, persekitaran yang baik ialah kunci utama yang boleh mempengaruhi emosi, diri dan kehidupan seseorang. Maka, dah jadi tanggungjawab kita untuk sama-sama sebarkan rasa kebahagian, kasih sayang dan saling menghormati kepada semua orang. Tidak kiralah di rumah, sekolah, universiti, tempat kerja atau di pusat membeli belah sekalipun!

Kalau anda nak tahu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebenarnya mengajak kita semua, seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama mengamalkan dasar dan slogan Kebahagiaan, Kasih Sayang dan Saling Menghormati demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih aman. Alangkah indahnya kalau kita semua sama-sama raikan hasrat KPM untuk melihat semua orang bahagia.

Sebagai sebahagian daripada rakyat yang tinggal dalam sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya, kami menyeru anda semua untuk sama-sama menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sebarkan rasa bahagia, kasih sayang dan saling menghormati. Ayuh! mulakan dengan keluarga kita sendiri.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×