Famili

5 Lokasi Popular Beli Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Anda Yang ‘Last Minute’

103
SHARES

“Alamak, raya dah nak dekat tapi baju pun aku tak beli lagi!”

Tinggal kurang dari 10 hari lagi nak sambut Hari Raya tapi bukan semua orang dapat melakukan persiapan awal kan? Ramai juga dalam kalangan anda yang terpaksa untuk membeli-belah pada saat-saat akhir kerana kekangan kerja. Jadi, bagi anda yang tinggal di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, masih banyak tempat yang dapat menyediakan jualan baju raya sampailah ke malam raya!

1. JALAN TAR

Menjadi pilihan utama bukan sahaja mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, malah dari seluruh pelusuk negara. Ramai akan mengambil peluang untuk datang ke sini bagi menyelesaikan keinginan membeli-belah pakaian raya. Bukan sahaja pakaian, anda boleh dapat pelbagai jenis barang yang lengkap untuk menyambut lebaran. Harga pun murah-murah.

2. JALAN MASJID INDIA

Berada berdekatan sahaja dengan Jalan TAR, Jalan Masjid India juga menjadi tumpuan kedua untuk mecari kelengkapan Hari Raya. Turut menyediakan pelbagai jenis barangan kelengkapan, jika anda mendapati suasana di Jalan TAR lebih padat, boleh juga berjalan kaki sedikit untuk ke lokasi ini.

3. PKNS SHAH ALAM

Berada di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai luar dari Kuala Lumpur, anda boleh ke PKNS Shah Alam untuk membeli-belah. Mudah parking dan lebih selesa, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis pakaian dan aksesori yang cantik dan murah untuk memeriahkan suasana ketika menyambut Lebaran.

4. PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM

Turut berada di lokasi berdekatan dengan PKNS Shah Alam, Plaza Alam Sentral turut menyediakan kemudahan untuk anda membeli-belah kelengkapan Hari Raya. Bangunan yang mempunyai lebih dari 5 tingkat ini semestinya dapat memenuhi kehendak anda untuk mencari segala kelengkapan yang diperlukan.

5. BANGI SENTRAL

Selain Kuala Lumpur dan Shah Alam, kawasan Bangi juga turut menjadi tumpuan para pembeli. Di Bangi Sentral sendiri anda akan rambang mata dengan melihat pelbagai jenis kedai dan butik pakaian di sana. Dari harga murah hinggalah ke harga yang lebih eksklusif, di Bangi Sentral lah lokasi yang sesuai untuk anda membeli-belah.

6. SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Menjadi tumpuan bukan sahaja keluarga, malah para pelajar adalah semestinya Seksyen 7, Shah Alam. Terdapat pelbagai jenis kedai dan butik pakaian yang anda boleh dapatkan dari harga murah sehinggalah yang paling mahal! Kalau datang pada hujung minggu mesti akan padat.

*Selamat membeli-belah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×