Cantik

4 Sebab Kenapa Ramai Yang Pakai Jam Tangan Setiap Kali Keluar Rumah

4.3K
SHARES

Pernah terfikir tak? Dalam dunia yang serba canggih ni, boleh kata semua orang pasti ada smartphone. Dalam tu dah tentu ada jam. Tapi kenapa masih ramai yang pakai jam tangan setiap kali keluar rumah?

Sesetengah orang dah terbiasa pakai jam tangan sejak kecil. So, bila dah ada smartphone, tabiat nak tengok masa kat jam tangan tu masih ada. ? Rasa janggal kalau tak pakai.

Tapi sebenarnya, ada sebab lain yang membuatkan orang masih pakai jam tangan sampai sekarang. Apa sebabnya?

1. Sebagai aksesori

Kalau wanita, mereka suka pakai beg tangan dan barang kemas sebagai aksesori untuk bergaya. Tapi bagi lelaki, agak jarang untuk mereka bergaya dengan aksesori dan tak banyak pun aksesori di pasaran yang sesuai dengan mereka.

Sebab tu selalu kita tengok lelaki ni asyik-asyik pakai aksesori yang sama, iaitu jam tangan. ?

2. Sesuai dengan profesion

Tidak kisahlah apa jua pekerjaan anda, jam tangan memang sangat penting. Lagipun, kalau dalam meeting, nak check masa, tak adalah asyik-asyik kena tengok dekat smartphone. Nanti bos tegur pula!

3. Ada fungsi tambahan

Seperti kita tahu, jam tangan ni fungsinya menunjukkan masa. Senang nak tengok sekarang pukul berapa. Tapi ia juga boleh menjadi pelbagai fungsi seperti memaparkan tarikh, suhu, menjadi stopwatch, dan lain-lain. Tugas seharian pun jadi lebih mudah.

4. Sentimen peribadi

Ada orang, pakai jam tangan sebab hadiah daripada seseorang. Sentimental value gitu. ? Kalau anda nak tahu, memberi jam tangan sebagai hadiah menunjukkan bahawa setiap masa anda memikirkan orang itu. Sweetnya!

Apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran sewaktu beli jam tangan? Reka bentuk? Jenama? Harga? Tidak dinafikan kriteria ini sangat penting. Jika anda inginkan jam tangan yang elegan dan tahan lama, kami ada penyelesaiannya.

Tissot buat anda nampak lebih bergaya

Bukan jenama biasa-biasa! Diasaskan di Switzeland pada tahun 1853 , Tissot merupakan antara jenama yang bersaing sengit di pasaran dan merupakan salah satu pilihan penggemar jam tangan.

Boleh kata, yang suka kumpul jam tangan mesti ada jenama Tissot dalam koleksi mereka. Fuh! Sempena Baselworld 2018, Tissot nak kenalkan beberapa koleksi untuk anda pilih. Meh kita intai sikit koleksi yang mereka ada…

Tissot Heritage 2018, pilihan untuk lelaki simple

Bagi lelaki, jika anda mahukan jam tangan yang nampak simple tapi bergaya, Tissot Heritage 2018 memang sesuai untuk anda! Sama dengan model asli tapi menggunakan teknologi pembuatan baru sekarang. Sangat berkualiti tinggi.

Tissot Heritage 2018 yang elegan ini pula diilhamkan daripada jam tangan koleksi Tissot tahun 1943 dahulu. Case yang dibuat dari aloi nikel-kromium ni nampak sangat eksklusif. Tahan lasak! ?

Selain itu, Tissot Heritage 2018 juga adalah sebahagian daripada koleksi ikon Tissot Antimagnétique, iaitu jam tangan bukan magnetik pertama di dunia yang dilancarkan pada tahun 1930-an. Ringkas dan bergaya, sesuai untuk lelaki yang ingin tampil bersederhana.

Untuk lelaki yang kaki sukan air, bawa Tissot Seastar 1000 Gent AutomaticDive berenang bersama anda…

Risau bila bawa jam tangan bersama dalam air? Tak perlu risau! Bagi lelaki yang sukakan sukan air, anda patut pilih Tissot Seastar 1000 Gent Automatic untuk jadi partner berenang bersama. Best tu. ?‍♂️

Pergerakan Powermatic 80 yang menawarkan 80 jam rizab kuasa membuatkan Tissot Seastar 1000 Gent Automatic mempunyai accuracy yang sangat superb! Dalam air, kualiti tak terjejas langsung. Boleh handle tekanan sehingga 30 bar (1000ft). Nak menyelam pun tak ada masalah sebab sesuai untuk air dalam. Yay!

Ala… semuanya untuk lelaki sahaja, tak ada ke untuk wanita? Haa, nak bagitahu ni. Selain koleksi lelaki, Tissot juga ada koleksi untuk wanita juga. Jom kita tengok… ?

Wanita yang fashionista patut pilih Tissot Bella Ora Round

Suka berfesyen supaya nampak lebih anggun dan cantik? Style anda takkan lengkap tanpa jam tangan Tissot Bella Ora Round. Cantik! Sesuai dengan mana-mana pakaian, jam tangan yang indah ini pasti buat anda nampak lebih anggun dan bergaya.

Kalau anda nak tahu, Tissot Bella Ora Round diilhamkan dari gaya Mediterranean yang bergaya Bella Ora. Design yang baru ni sama macam design asal tapi ada ciri-ciri reka bentuk baru. Admin tertarik dengan casenya yang bulat dan besar. Senang nak baca! ?

Sporty tapi feminin, Tissot PR100 Lady Sport – Chic pilihan tepat

Tapi admin, saya ni lasak suka bersukan. Tapi penampilan tak nak nampak kasar.

Nah, admin ada cadangan untuk anda. Tissot PR100 Lady Sport – Chic ni boleh buat anda nampak lebih feminin walaupun anda seorang yang lasak. Sporty tapi feminin, memang cun!

Jam tangan Tissot PR100 Lady Sport – Chic ni sesuai untuk jadi koleksi wanita moden yang berani, romantis dan sporty. Berukuran 36mm, bermakna ia lebih besar daripada dulu. Cirinya yang tahan lasak dan kemas, menjadi pelengkap gaya anda setiap hari.

Admin nak bagitahu satu rahsia ni. Sebenarnya, Tissot pun ada koleksi yang sesuai dipakai untuk semua golongan. ? Meh tengok ni…

Tissot Chemin des Tourelles, model untuk semua orang

Haa, inilah koleksinya, Tissot Chemin des Tourelles! Ia datang dalam pelbagai versi tapi reka bentuknya pasti buat semua orang tertawan. Detail yang sangat indah, pasti buat anda tertarik. Koleksi ini juga mempunyai pelbagai fungsi yang canggih.

Jam tangan Tissot Chemin des Tourelles ni pasti boleh jadi kawan baik anda. ? Memang tepat dan sesuai. Silap-silap ia jadi koleksi utama anda nanti. Paling best, ia nampak sangat bergaya dan sesuai untuk semua golongan. Gempak habis!

Agak-agak, mana satu idaman kalbu? Sebenarnya, ada banyak lagi pilihan jam tangan dari koleksi Tissot. Bukan saja memudahkan urusan seharian, jam tangan Tissot juga pasti buat anda nampak lebih bergaya dalam penampilan. Barulah stylo!

Kalau nak tengok koleksi Tissot yang lain, boleh klik sini je ya. Jangan lupa like dan follow Facebook Tissot untuk mengetahui update terkini koleksi mereka. Jom cuci mata! ?

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×