Kerjaya

4 Perkara & Nasihat Daripada Wanita Berjaya Yang Anda Perlu Tahu Untuk Jadi Hebat & Berani!

2.4K
SHARES

Kredit Foto: The Self Employed

Nak jadi wanita yang hebat dan sukses bukan hanya dilihat daripada segi kekayaan atau pangkat kerja yang dimiliki. Hebatnya wanita itu apabila berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya, menjadi seorang isteri terbaik kepada suami, atau berjaya menjadi ispirasi buat orang di sekeliling.

Untuk menjadi wanita hebat tentunya melalui proses yang tidak mudah. Banyak cabaran dan perkara yang perlu anda lakukan. Haa.. kalau nak tahu apa? Jom kita tengok satu persatu. 

1. Cuba perkara baru dan bina keyakinan diri

Kredit Foto : Freepik

Keyakinan diri adalah perkara utama yang dituntut jika anda nak berjaya. Keyakinan diri bukan bermaksud anda perlu berlagak dan rasa diri lebih bagus dari orang lain. Keyakinan diri itu muncul bila anda tak membandingkan diri dengan orang lain.

Apa yang anda rasa mampu buat, buat saja. Jangan tunggu dan fikir apa yang orang akan kata kerana semua akan merugikan diri sendiri. Jadi, anda perlulah tanam dalam diri supaya sentiasa berkeyakinan walau apa pun cabaran baru yang perlu ditempuh.

2. Jangan mudah mengeluh

Kredit Foto : Freepik

Apa yang anda perlu terapkan dalam diri adalah untuk tidak mudah mengeluh sehingga anda berjaya mencapai sesuatu. Bekerja keras dan menganggap rutin harian adalah tugas yang perlu anda buat dengan cemerlang dan memerlukan kesabaran.

Orang kata janganlah mensia-siakan setiap waktu yang  ada untuk anda terus produktif. Ini juga akan memberi kemajuan dalam diri anda tau.

3. Timba pengalaman

Kredit Foto: Editage

Selain mengembangkan kemampuan diri, anda juga perlu mencari pengalaman sebanyak mungkin. Tak semestinya dengan keluar mencari di luar, anda juga boleh melakukan dengan membaca buku, mendengar pengalaman orang lain yang telah berjaya atau menonton video.

Selain itu, buat sesuatu perkara yang digemari sehingga anda mahir dalam bidang tersebut. Dengan pelbagai pengalaman yang anda dapat, ia dapat membantu diri dan peroleh ilmu yang bermanfaat dan berguna kepada orang lain juga.

4. Terapkan sifat positif dalam diri

Kredit Foto: Verywell Mind

Untuk berjaya anda perlu ada sifat positif dalam diri. Walaupun duduk di dapur, anda seorang wanita yang hebat kerana mampu melakukan pelbagai kerja. Wanita memang banyak emosi, jadi salurkan emosi positif anda untuk memberi impak kepada orang lain juga.

Sentiasa terokai dunia dengan cabaran baru supaya anda berasa lebih kuat untuk menentang setiap perkara negatif.

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dengan kerjasama Google

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dianjurkan dengan kerjasama antara MAGGI® dan Google Malaysia menerusi Women Will, sebuah program Grow with Google. Program ini terdiri daripada dua komponen iaitu Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang bertujuan untuk:

  • Membina kesedaran dan keyakinan diri
  • Memperoleh ketrampilan dalam menjalankan perniagaan
  • Mempelajari kemahiran baru iaitu meningkatkan kemahiran memasak

Dari bengkel ini, seramai 20 peserta akan menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian untuk mara ke pusingan akhir.

Seterusnya, 3 peserta akan dipilih untuk memasuki pusingan yang terakhir untuk dimentorkan secara peribadi oleh Duta MAGGI® CukupRasa, Pelakon & Usahawan Datin Paduka Eina Azman, Pengarah, Penerbit, Pelakun & Pemilik The Dim Sum Place KL Sheila Rusly dan Usahawan & Pemilik My Mum’s Bakery Anne Idris. Bestnya!

Tingkatkan kemahiran memasak anda dengan MAGGI®!

Menurut Ida Low, Pengurus Jenama Senior, bengkel ini menfokuskan kepada 3 modul utama iaitu membina kesedaran dan keyakinan diri, memperoleh ketrampilan dalam menjalankan perniagaan serta meningkatkan kemahiran memasak.

Lebih daripada 900 wanita telah menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® dalam bulan September dan Oktober.

Di sini, anda diberi tunjuk ajar dan cara menyediakan hidangan nutirisi lengkap dan memasak dalam kuantiti besar. Selain itu, anda juga boleh meningkatkan kemahiran memasak bersama Chef MAGGI®. Antara resepi yang ada ialah:

i. Nasi Goreng Ikan Masin

ii. Nasi Goreng Kampung

iii. Tumisan Kubis

Haa.. menarik bukan? Selain belajar selok-belok perniagaan dan cara nak tingkatkan keyakinan diri, anda juga dapat menggilap kemahiran memasak. Menu pula semuanya nampak sedap!

Jadikan satu hobi baru dengan yakin dan berani bersama MAGGI®

Macam mana? Nampak sedap kan resepi yang dimasak tu. Haa, dengan MAGGI®, anda pun boleh cuba masak dan cuba benda baru. Malah, boleh dijadikan sebagai satu hobi dan aktiviti yang best di dapur.

Bukan itu saja, dengan mencuba perkara yang baru juga, ia boleh menjadikan anda wanita yang lebih berani, melangkah keluar dari zon selesa serta sentiasa yakin dengan diri sendiri. Ini kerana perubahan positif bukan saja memberi impak kepada kehidupan dan insan tersayang, tetapi juga seluruh masyarakat.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai MAGGI®, boleh layari laman web MAGGI® atau Facebook mereka sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×