Nur

10 Petua Nak Tahu Anda Dah Benar-Benar Dapat Cinta Sejati

37
SHARES

Cinta sejati sukar dicari dan setiap individu ada cara tersendiri untuk meluahkan cinta terhadap si suami atau isteri. Kekayaaan tidak menjamin sebarang kebahagiaan tetapi cinta berteraskan iman mampu membawa cinta hingga ke syurga.

Buat anda pasangan suami isteri, ini 10 tanda anda mendapat cinta sejati seperti penjelasan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Baca juga: Hukum Kahwin Dengan Sepupu Sendiri, Boleh Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti

10 PETUA NAK TAHU ANDA DAH BENAR-BENAR DAPAT CINTA SEJATI

Nak tahu kamu benar-benar dapat cinta sejati, ada 10 petua untuk kalian lihat:

1. Cinta itu berteraskan iman. Hubungan kamu dengan Allah semakin kukuh. Ibadah kamu semakin sempurna.

2. Setiap bait kata-kata terselit pujian buat pasangan. ia beri semangat, kekuatan dan tenaga positif untuk mulakan hari.

3. Tegur dengan tertib dan hikmah. Tertibnya mudah. Puji 7 kali dahulu, kemudian kali ke-8 baru menegur.

4. Cinta berputik seperti mula-mula berkenalan dulu. Sentiasa beri hadiah, ucapan cinta, makan di luar dan aktiviti yang dapat memupuk lagi cinta.

5. Menempuh ujian bersama. Sentiasa memberi sokongan tatkala pasangan lemah atau hampir putus asa. Hal itu akan jadi momen yang indah saat kalian sudah berjaya tempuh semua itu.

6. Lihat konflik sebagai jendela untuk mengenali pasangan dengan lebih akrab. Bukan menghukum atau membiarkannya lalui seorang diri. Konflik untuk dihadap bukan dilepaskan.

7. Cinta itu harus berteraskan kejujuran. Tiada penipuan dan kepalsuan dalam memupuk cinta sejati. Tiada dusta dalam hubungan. Kerana lambat laun, ia boleh terhurai juga.

8. Cinta yang tidak pernah berdendam. Maafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah, memakbulkan doa dan menjadi pintu untuk masuknya hidayah Allah.

9. Cinta sejati menghormati perbezaan antara dua insan yang disatukan. Perbezaan yang wujud berfungsi melengkapkan dan memberi keseimbangan antara satu sama lain.

10. Cinta sejati meletakkan hak pada tempatnya. Kita sentiasa menghormati hak, peranan dan tanggungjawab pasangan. Fokus pada usaha memberi daripada menerima. Moga cinta sejati terus wujud dalam rumahtangga kalian ya. In shaa Allah.

Cinta sejati itu wujud cuma perlulah dipupuk agar sesebuah hati dan perasaan menjadi satu cinta. Janganlah dilukai hati yang mencintai diri anda.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×