Famili

10 Kaunter Zakat PPZ Dibuka Untuk Pembayaran Zakat! Online Pun Boleh!

8
SHARES

Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Memetik petikan dari muftiwp.gov.my, hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad dari sudut petunjuk dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama. Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

 “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.

(Surah al-Baqarah: 43)

Pejam celik dah hampir sebulan kita berpuasa!  Masyaallah, tahun ni lain betul nikmat berpuasa lebih-lebih lagi kita tidak lagi dalam fasa pandemik jadi, kita dapat meluangkan masa berbuka bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Rasa teruja, sebak semua ada! Tak sangka akhirnya kita kini dapat kembali bukan sahaja berpuasa bersama tetapi dapat juga beraya bersama-sama!

Ha, tapi dalam keterujaan korang tu, korang jangan lupa Rukun Islam ke-3 iaitu menunaikan zakat! Lebih-lebih lagi masa 10 malam terakhir ni. Jangan risau, sekarang lebih mudah.

Ada 10 kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari!

Anda jangan khuatir, jangan takut sebab kaunter PPZ ni dibuka setiap hari sepanjang Ramadan dari pukul 8.15 pagi sehingga 4.30 petang. Waktu operasi ni termasuklah  ketika cuti umum!

Anda boleh pilih mana-mana kaunter dibawah ni untuk pergi:

Online pun boleh! Lagi mudah dan cepat!

Admin faham, anda mesti tak sempat nak pergi ke kaunter-kaunter ni secara fizikal betul tak? Ada yang sempat tapi terlupa pulak. Dah malam baru teringat.

Ha tak apa, anda juga boleh bayar zakat secara online! Pukul 3 pagi pun boleh bayar. Anda boleh klik je link dekat bawah ni:

Selain tu anda juga boleh download aplikasi MyZakat dekat sini!

Mudah kan? Ambil masa beberapa minit je guys nak lengkapkan transaksi ni. Marilah kita sama-sama menunaikan zakat kita tahun ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×