Hebahan

10 ‘Budak Baru Nak Up’ Berentap Di Konsert Big Stage Tajaan Vivo. Siapakah Mereka?

9.9K
SHARES

Pasti anda pernah rasa bosan bila dah hujung minggu. Sampai tak tahu nak buat apa. Kalau waktu siang, boleh bawa keluarga keluar jalan-jalan. Tapi ramai yang luangkan masa di rumah bila malam minggu tiba. Samalah macam admin!

Hujung minggu adalah waktu paling sesuai untuk diluangkan bersama keluarga. Untuk pengetahuan anda, ada benda menarik yang pasti membuat malam minggu anda tak terasa bosan. Boleh ajak keluarga sekali. Tak tipu tau. Ini dia..

Konsert Big Stage pasti menghiburkan malam minggu anda, jom tengok!

Berita gempar! Konsert Big Stage, konsert hebat yang ditaja oleh Vivo telah memulakan konsert pembukaannya pada Ahad lepas. Konsert ini diadakan di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. Penonton pun ramai. Bukan biasa-biasa!

Suasana konsert pertama pada malam tu memang hangat dan meriah. Lebih-lebih lagi bila Alif Satar dan Sherry Alhadad yang jadi pengacara di Konsert Big Stage. Mereka mempunyai chemistry yang baik. Terhibur teruk dengan mereka.

Bertemakan lagu viral, 10 bintang di Konsert Big Stage membuat persembahan dengan penuh semangat. Lagu yang dinyanyikan ialah Sedalam-Dalam Rindu, Setiaku Pasti, Pedih, Tak Tun Tuang & Sahur, Seandainya, Syantik, Sayang Maafkan Aku, Jangan Jangan, Mungkin Kamu, dan Kata Akhirmu. Wee..

10 Bintang Budak Baru Nak Up, semua nampak hebat!

Nak tahu siapa 10 bintang tu? Anda pasti terkejut bila dapat tahu. 10 bintang yang bakal bersaing merupakan artis BBNU (Budak Baru Nak Up), iaitu Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman, Syafiq Farhain, Tajul dan Wany Kayrie. Semua nampak hebat!

Juara di Konsert Big Stage akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dengan trofi sumbangan Astro, manakala naib juara dan tempat ketiga akan dapat RM50,000 dan RM25,000 bersama trofi juga. Tidak dilupakan, pemenang tempat keempat dan kelima juga akan mendapat RM10,000 dan RM5,000 bersama trofi. Meletop habis!

Siapakah juri tetap di Konsert Big Stage yang gempak ni?

Nak pilih pemenang dalam masa 8 minggu bukan mudah. Sebab itu ada juri terhebat. Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir akan menjadi juri tetap untuk Konsert Big Stage. Legend tu. Macam minggu lepas, juri jemputan ialah Noh Salleh. Agak-agak minggu seterusnya siapa ya? Tak sabar nak tahu. Hihi.

Semua bintang di Konsert Big Stage terselamat daripada penyingkiran di konsert pertama. Fuh, lega! Mereka turut mendapat lagu-lagu yang harus dinyanyikan pada konsert minggu hadapan. Penuh dengan debaran. Mereka pasti takkan mengecewakan anda nanti.

Take note! Konsert Big Stage musim pertama bersiaran secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Jangan lupa tonton bersama keluarga. Ibu admin pun suka tengok program macam ni. Bukan main seronok dia.

Penaja utama, Vivo tampilkan Vivo NEX, smartphone dengan teknologi baru

Sementara itu, selaku penaja utama Konsert Big Stage, Vivo turut memperkenalkan model terbaru, Vivo NEX. Inovasi terbaru dalam teknologi penciptaan smartphone tau. Dilengkapi kamera depan tersembunyi yang tidak kelihatan dari luar. Kameranya akan muncul dalam masa satu saat ketika nak berselfie. Power betul!

Teknologi terbaru ini membuatkan reka bentuk Vivo NEX terlihat lebih moden, kemas, dan unik. Lebih unggul berbanding model-model lain di pasaran. Vivo NEX dijual dengan harga RM2,799 di seluruh negara. Anda boleh beli di Vivo Store (http://www.vivostore.com.my). Dapatkan dengan segera okay?

Jangan lupa tengok Konsert Big Stage, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Pasti memukau!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×