Didik

10 Perkara Ibu Ayah Nak Tahu Tentang Isu Pelaksanaan Tulisan Khat / Jawi Di Sekolah

56
SHARES

Baru-baru ini timbul beberapa isu berkaitan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular yang disuarakan oleh beberapa kumpulan ahli politik serta segelintir orang awam.

Sebagai ibu bapa, tentunya kita nak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimana ia boleh memberi impak sedikit sebanyak terhadap pembelajaran anak kita di sekolah.

Dalam sebuah kenyataan oleh Dr Maszlee Malik, hari ini beliau membentangkan 10 soalan lazim berkenaan isu ini.

Mari kita fahamkan perkara ini dengan jelas.

FAQ Isu tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dan Tamil – Dr Maszlee

1. Apakah yang berlaku?

KSSR (Semakan) bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 4 telah memperkenalkan seni tulisan khat sebagai pengisian tambahan.

2. Apakah tujuan pengenalan tulisan khat ini dilakukan?

Ia dilaksanakan sebagai pengisian tambahan dalam aspek seni bahasa dan untuk memperkaya murid dengan pengetahuan mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.

3. Bagaimana pengisian ini dilakukan?

Pengisian ini dilaksanakan melalui pembelajaran di dalam buku teks Bahasa Melayu.

Terdapat 6 muka surat aktiviti seni bahasa berkaitan tulisan khat dimuatkan di dalam buku teks setebal 164 muka surat.

4. Adakah murid akan menguasai Jawi melalui 6 muka surat ini?

Seperti dijelaskan tadi, ia dilaksanakan untuk memperkenalkan tulisan khat bagi meningkatkan pengetahuan murid mengenai aspek seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.

Sehubungan itu, ia bukan satu pembelajaran komprehensif untuk menguasai Jawi.

5. Adakah ini berlaku di SJK sahaja?

Tidak.

Pengenalan ini melibatkan semua Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

6. Bilakah keputusan ini dibuat?

Perancangan pengenalan tulisan khat ini telah dilaksanakan melalui semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sejak tahun 2014.

7. Adakah untuk Tahun 4 sahaja?

Pengenalan tulisan khat ini adalah untuk Tahap 2 dengan melibatkan tahun 4 pada tahun 2020, tahun 5 pada tahun 2021 dan tahun 6 pada tahun 2021.

Murid Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) tidak terlibat dengan pengenalan tulisan khat.

8. Adakah tulisan khat ini akan diuji dalam ujian dan peperiksaan?

Tidak.

Tiada pentaksiran akan dijalankan bagi tulisan khat.

9. Kenapa memaksa murid bukan Melayu mempelajari tulisan khat?

Ia bukan paksaan sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan kefahaman semua murid mengenai seni, warisan dan sejarah bahasa Melayu.

Tambahan pula, tulisan jawi juga telah diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melalui mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2015 lagi.

Ini boleh dirujuk kepada buku teks Bahasa Melayu untuk SJK Tahun 5 cetakan 2015 di muka surat 85 hingga 88 (bawah tema 6 Menghargai Budaya Bangsa Unit 17 Seni Tulisan).

10. Mengapa tulisan khat dan tidak memberi fokus kepada ‘coding’ dan cabang ilmu lain?

Tulisan khat merupakan pengisian tambahan yang relevan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

KPM memperkenalkan coding atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Semakan 2017.

Di sekolah rendah ia melibatkan murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6).

Manakala untuk sekolah menengah melibatkan Tingkatan 1 hingga 3. Aspek coding ini dipelajari melalui mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi serta Asas Sains Komputer.

*Sumber: Dr Maszlee Malik

Apa Kata Anda?

Dah faham kan? Jadi rasanya ibu ayah di sekolah vernakular tak perlu risau sebab tulisan khat ini sekadar diperkenalkan kepada pelajar untuk memperkayakan nilai seni, warisan dan sejarah Bahasa Melayu.

Mungkin ada di kalangan bangsa lain yang menyangka tulisan jawi adalah tulisan al-Quran sedangkan sebutan jawi adalah dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan manuskrip bersejarah di Tanah Melayu ini juga menggunakan tulisan jawi dalam urusan rasmi kerajaan.

Lagipun tak ada penilaian yang akan dilakukan terhadapnya. Kenapa perlu takut, kan?

Hmmm… Apa kata anda pula?

 

#UPDATE

Pada 14 Ogos 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan sebuah kenyataan media di mana ia membentangkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri mengenai isu ini.

Berikut adalah kenyataan media tersebut:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×