Didik

“Anak Menangis Minta Nak Balik, Ibu Bapa Kena Tegaskan Apa Itu Perpisahan Sementara”- Guru

63
SHARES

Semalam merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2020 di negeri Kedah, Kelantan dan Johor manakala hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi negeri-negeri lain. Sudah semestinya akan ada pelbagai ragam hari pertama persekolahan anak-anak yang perlu dihadapi bukan sahaja oleh ibu bapa malah para guru juga.

Meraung dan menangis minta untuk pulang ke rumah antara ‘permintaan’ para murid terhadap guru apabila si ibu dan ayah sudah meninggalkan mereka di sekolah. Bila dah menangis minta untuk pulang, macam mana lagi si guru mahu meneruskan sesi pembelajaran dengan mudah bukan? Jadi, guru ini berkongsikan pandangan di laman Facebook supaya ibu bapa di luar sana dapat ambil sebagai pengajaran dan panduan masa hadapan.

BILA HANTAR SEKOLAH MEMANG ANAK NAK BALIK!

Kalau ditanya, apa yang paling cikgu prasekolah atau tadika atau tahun satu harap daripada ibu bapa pada hari pertama persekolahan, jawapannya ialah: BALIK.

Aku eja semula ya. B.A.L.I.K. Balik, balik, balik! Balik dengan yakin dan bangganya! Cikgu ni nak halau tak sampai hati. Tetapi kalau dah cakap lembut-lembut, baik-baik pun tak faham-faham, duk terseret-seret lagi kaki tu, haih, berbulu tahu tak?

Dari dalam kelas, ke pintu. Dari pintu, ke tingkap. Dari tingkap, ke 10 meter. Dari 10 meter, ke 100 meter. Melambai-lambai, babai-babai. Lambat-lambat. Haih. Tolong. Tolong.

Ringkas dan tegaskan “perpisahan sementara” itu. Serius, ia akan membantu perkembangan anak itu 100%, bahkan memudahkan tugas guru lebih 80%. Masalah cikgu selesai, anak cepat berdikari dan cepat pandai. Cikgu penat sekali je jaga anak-anak. Bukan sampai penat dua kali nak kena handle mak bapak budak pulak. Selagi duk ‘tertonggok’ muka depan tu, percayalah anak akan makin mengada. Bacalah mana-mana buku psikologi pun.

SEPARATION ANXIETY ITU BIASA

Kadang-kadang kita ini biarkan emosi ‘kasihan’ kita melebih-lebih dan ‘underestimate’ kemampuan anak kita. Separation Anxiety tu biasa. Menangis, meraung itu biasa. B.I.A.S.A. Kita yang dah tua-tua ni pun takut berpisah. 18 kali berpisah pun takut lagi. Mungkin kali ke 19 baru ok. Hmm. Yang penting, kita lakukan dengan betul, dan serahkan kepada guru yang terlatih untuk ‘handle’ juga dengan cara yang betul.

Bisikkan lembut pada telinga anak, “Mama bagi adik duduk belajar dan main dengan cikgu dan kawan-kawan dulu ya. Nanti bila cikgu kata, “Ok kita dah nak balik”, adik keluar dengan kawan-kawan, mesti adik akan nampak mama kat sini (tunjuk tempat menunggu). Mama janji” Cukup. Senyum. Lepaskan anak. Lambai sekali. Pergi. Jalan terus. Jangan toleh.

Kalau drama kuat, tarik menarik, sebaik cikgu pegang je anak tu, jangan berlengah. Lajukan langkah. Pergi. Tak payah ngada sangat nak interview cikgu pula.

“Boleh ke ni cikgu?”

“Tak apa ke dia ni?”

“Alolo kecian anak mama ni..”

“Kejap je ya…kejaaaap ja…”

PERCAYA KEPADA GURU

Cikgu pandang muka mama tadi, lalu berkata, “Hoi, kau blah boleh tak?” Ayat ni belum lah pernah dikeluarkan oleh mana-mana cikgu di Malaysia atau dunia. Aku yakin. Gila apa nak cakap macam tu. Tapi kalaulah dunia ini tiada adab dan boleh luah apa saja, mungkin itulah antara ayat yang akan keluar. Seriuslah.

Percayalah kepada kebijaksanaan guru. Kau percaya aku, aku percaya kau. Anak-anak itu kita sama-sama jaga. Kau ibu bapa di rumah, kami ibu bapa di sekolah. Ini tempat kami jadi ibu, balik rumah ambil alih, jangan pula buat tak tahu. Cikgu tu pi ngaji mahal-mahal, bertahun-tahun. Belajar psikologi, sosiologi, segala jenis logi diangkut.

Tiba-tiba ibu bapa pula mahu ambil alih tempat cikgu tentukan itu ini. Haih. Lagi parah dan ‘STRICTLY NO, NO!” apabila ibu bapa mahu jadi pemantau cikgu pula. Duduk menyibuk dalam kelas sama-sama. Nanti cikgu keluar ayat, “Hang duk sinilah ajaq..biaq aku yang balik”, baru hang ada akai. Last sekali.

Bila anak nak balik hari pertama, pastikan jemput ON TIME. Ditempat yang dijanji. WAJIB. Pagi tadi kan dah ada ayat janji, ingat tak? Mungkir janji hari pertama ini ibarat ‘dosa besar’ yang akan bagi kesan teruk yang agak lama kepada anak. Kita mahu dia faham, ia perpisahan sementara. Bukan ditinggalkan sebab tak suka. Boleh faham kan? Ok, balik!

#khairulkamilin

Sumber : Khairul Kamilin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×