Sertai perayaan akhir tahun ini dengan watak-watak kartun kegemaran di kaca televisyen. Mewujudkan suasana bercuti di Sunway Lagoon pada cuti sekolah akhir tahun ini yang bertemakan SpongeBob Christmas Lagoon dengan watak-watak seperti SpongeBob SquarePants dan Patrick Stars yang pertama kali di Nickelodeon.
1. Under The Parade, Santa Walk Around, Captain Quack Quack dan Lady Quack
Di sana tetamu akan disambut oleh Under The See Parade yang akan membawakan anda pelbagai watak di dalam laut. Jangan ketinggalan juga untuk menyaksikan Santa Walk Around bersama Captain Quack Quack dan Lady Quack yang mewah dengan pakaian konstum perayaan.
2. Lagoon Express Train
Untuk merasakan keseronokan di seluruh taman, tetamu akan dibawa ke SpongeBob Christmas Lagoon dengan menaiki Lagoon Express Train yang dihiasi dengan perhiasan dan lagu-lagu perayaan untuk menghidupkan lagi suasana.
3. Meet & Greet Session
Sambutan akhir tahun SpongeBob Christmas Lagoon ini tidak akan lengkap tanpa Meet & Greet Session iaitu sesi dengan Santa Claus dimana para tetamu boleh mengambil gambar atau memberitahu Santa Claus tentang hasrat dan hajat mereka!
4. Christmas Coral Tree
Kagum dengan Christmas Coral Tree dengan ketinggian 20 kaki yang ditempatkan di Leakside, dihiasi dengan hiasan seperti batu karang, rumpai laut dan kerang laut.
5. Santa Workshop
Santa Workshop di Lagoona pula akan mengadakan aktiviti kraf untuk kanak-kanak membuat pokok krismas mereka sendiri daripada cawan kertas. Jangan lupa mengabdikan pengalaman anda di SpongeBob Christmas Lagoon dengan mengambil gambar secara ‘scuba’ selfie.
6. Giant Bubble
Sesiapa yang ingin merasai sendiri untuk menghasilkan Giant Bubble bolehlah melawat ke Bubble Jelly Fish Field yang terletak di Explorer Campsite berhampiran SpongeBob Splash Adventure dan berseronok membuat pelbagai bentuk belon yang berbeza. Kemudian, melihat dan mengejar Giant Bubble yang berterbangan di sebalik kilauan matahari.
7. Mali Cove Dance Show, Aloha Show dan Mini Sukaneka
Anda pasti teruja kerana akan ada pelbagai aktiviti sepanjang hari bertemakan krismas seperti Mali Cove Dance Show, Aloha Show dan juga permainan seperti mini sukaneka di pelbagai tempat di sekitar taman.
Sean Choo Pengurus Besar Sunway berkata, “ sejak pelancaran Neckeledeon Lost Lagoon awal tahun ini, kita mahu terus membina pengalaman indah untuk para tetamu dengan membawa sambutan akhir tahun di Nickeledeon Lost Lagoon. Ramai diantara kita tahu watak utama iaitu SpongeBob Squarepants dan ini memberikan kita banyak ruang kreatif untuk menghasilkan pelbagai idea untuk bermain dengan salah satu watak-watak animasi televisyen ini. Apa cara yang lebih baik dengan membawa sambutan di dalam air sehinga ke pantai! Kami percaya SpongeBob Christmas Lagoon pada akhir tahun ini menjanjikan keseronokan untuk seisi keluarga dan juga rakan-rakan.
“2016 adalah tahun kita dimana kita amat berbesar hati untuk dinobatkan beberapa anugerah daripada menjadi Taman Air Terbaik Top 5 di Asia oleh TripAdvisor 2016 Traveller’s Chioce bagi HR Asia Best Companies To Work For in Asia oleh HR Asia. Kami mengambil ini sebagai motivasi untuk bergerak kehadapan dan membawakan pengalaman yang lebih baik untuk semua tetamu kami,” kata Choo.
8. Christmas Carolling
Untuk membawa lagi keseronokan cuti Hari Krismas yang tidak lama lagi, akan diadakan Christmas Carolling untuk menyambut tetamu di pintu masuk Sunway Lagoon jam 10.00 pagi dari 19 Disember hingga 25 Disember 2016.
9. Christmas Challenge
Selain pelancaran itu tetamu boleh berpeluang unuk memenagi 3 hari / 2 malam di Sunway Pyramid Hotel Family Suite Gateway dan 4 tiket masuk bernilaiRM 3,700 dengan mengambil bahagian dalam ‘Christmas Challenge’. Tetamu boleh merujuk kepada ‘Christmas Challenge Map’ di pelbagai lokasi di sekitar taman (contohnya kedai Nickeledeon di pintu masuk utama, kawasan Surf Beach dan di sekitar Zulu Walk) untuk mengemudi jalan mereka bagi menyelesaikan semua aktiviti yang menyeronokan di lokasi yang dinyatakan dan ditetapkan di dalam peta. Kemudian mereka perlu mengisi butiran mereka dan menyediakan satu slogan yang tidak lebih daripada 20 patah perkataan dan menyerahkan borang mereka di stesen yang terletak di Lagoona Terrace di Nickeledeon Lost Lagoon.
Sunway Lagoon dibuka setiap hari pada 10.00 pagi hingga 6.00 petang dengan tarikan yang mempunyai 90 lebih permainan dan meliputi 6 taman tema. Tiket berharga RM150 untuk dewasa yang berumur 12 tahun ke atas dan RM120 untuk 11 tahun ke bawah. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di +603-5630 0000, atau layari www.sunwaylagoon.com atau www.facebook/SunwayLagoon/Malaysia.