Famili

5 Sebab Kenapa Suami Perlu Sediakan Pembantu Rumah / ‘Maid’ Untuk Isteri

5
SHARES
5 Sebab Kenapa Suami Perlu Sediakan Pembantu Rumah / 'Maid' Untuk Isteri

Tidak kira samada seseorang isteri itu ialah suri rumah tangga sepenuh masa ataupun ibu bekerja, penatnya tetap sama. Seperti suami juga, apabila isteri balik ke rumah, dia pun ingin rehat juga. Bukannya terus sibuk di dapur.

Kadang-kadang, suri-rumah sepenuh masa juga buntu untuk masak lauk kerana kehabisan idea. Sebab itu ada beberapa sebab kenapa isteri perlu ada pembantu atau ‘maid’. Boleh memasak bersama suami bukan?

Mari kita telusuri dan lihat apa kebaikan bila ada pembantu di rumah:

Rumah lebih kemas dan terjaga lebih rapi

Bagaimana kalau rumah kotor seperti ini?

1. Rumah lebih kemas terjaga lebih rapi

Suami jangan hanya salahkan isteri sebab rumah bersepah, lantai tak sapu dan mop, mainan berterabur dan rumah bersawang. Kenapa tidak tolong isteri bersihkan rumah.

Tidak kisah samada ‘full-time maid’, ‘part-time maid’ atau sekadar ‘cleaning services’, itu sudah memadai. Sekarang pun sudah ada banyak servis yang boleh datang rumah seminggu sekali atau dua kali, mengikut kemampuan. Banyak ikut jam pun ada.

Bagi isteri rehat secukupnya

Apa kata suami manjakan isteri dengan mengajak ke spa untuk berurut?

2. Bagi isteri rehat secukupnya

Penat. Penat. Penat. Perkataan itulah yang selalu terpacul dari mulut mana-mana isteri. Jadi, apabila ada pembantu di rumah, sudah tentu isteri boleh berehat dengan tenang. Perempuan memang begitu, apabila rumah tidak kemas, hati dia tidak keruan. Ada sahaja perkara yang dia ingin lakukan. Suami harus faham, kerja-kerja rumah, sampai bila pun tidak akan siap.

Apabila isteri cukup tenaga, suami juga yang untung kan? .Hanya untuk anda yang faham maksud ini akan tersenyum lebar : )

Hubungan 'family' lebih rapat

Mahukan keluarga yang sentiasa bahagia? Indahnya bila anak-anak kita selalu tersenyum dan gembira

3. Hubungan kekeluargaan lebih erat

Bila isteri asyik buat kerja rumah, dia akan jadi stress. Bila stress, dia marah. Bila marah, dia akan abaikan suami. Suami sahaja ya, anak-anak masih lagi isteri akan layan.

Kalau ada pembantu rumah, bukankah isteri lebih cenderung untuk berbual bersama-sama dan melakukan aktiviti dengan lebih meriah? Kini suami dan isteri ada lebih masa untuk keluarga. Boleh semak kerja-rumah anak.

Boleh juga luangkan masa untuk bergurau senda.

Makan masakan hasil air tangan isteri sendiri (atau suami)

Apa kata suami pula yang masak?

4. Makan masakan hasil air tangan isteri sendiri (atau suami)

Selalunya, isteri akan terkocoh-kocoh di dapur selepas sampai rumah. Katanya, mahu sediakan makan malam untuk keluarga. Lepas masak, basuh pinggan. Lepas basuh pinggan, lipat baju. Kadang-kadang sampai tertidur depan TV. Lagi suami nak marah bila isteri ‘tolak’ pelawaan?

Kalau ada pembantu rumah atau ‘maid’, kerja-kerja mengemas rumah boleh diserahkan pada mereka. Isteri boleh menumpukan perhatian pada suami dan anak-anak sepenuhnya. Bukankah ada yang berkata, jika mahu menjaga hati suami, beri dia kenyang pada perutnya dan organ seksualnya. Sejauh mana kebenarannya, kami tidak tahu. Kalau rasa mahu lebih rehat, sesekali ajak isteri makan makan di restoran terkemuka. Apa salahnya, pengorbanan isteri cukup besar kan?

Aktiviti 'seksual' suami dan isteri lebih bermakna

Apabila dalam bilik tidur, isteri akan selalu tersenyum

5. Aktiviti ‘seksual’ suami dan isteri lebih bermakna

Ini bukan lucah. Namun ini sebenarnya adalah kemuncaknya. Kenapa isteri tolak pelawaan suami? Sebab dia penat. Kenapa dia penat? Sebab dia kemas rumah, masak, lipat baju, basuh pinggan dan sebagainya. Alhamdulillah, kalau ada suami yang suka menolong.

Kalau yang malas? Bagaimana?

Kesimpulan

Terpulang pada masing-masing. Kalau mampu, apa salahnya. Kalau percaya pada pembantu rumah asing untuk menjaga anak-anak kita dan harta benda kita, teruskan. Kalau kurang percaya, ‘hire’ mereka secara ‘part-time’ hujung minggu sudah memadai.

Apa yang penting, beban isteri akan berkurang. Masa yang ada itu dapat diluangkan bersama keluarga dengan lebih bermakna. Semoga kita semua dikurniakan keluarga yang bahagia dan sejahtera.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×