Nampaknya sudah ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak sabar dengan pengumuman kerajaan yang bakal membenarkan perjalanan rentas negeri. Hal ini kerana sudah lama dalam kalangan kita yang tidak dapat pulang menjenguk ibu bapa gara-gara tinggal berjauhan.
Hari ini, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyarankan untuk melakukan ujian RTK-Antigen menggunakan air liur sebelum pulang ke kampung berjumpa keluarga.
Baca juga: 6 Lokasi Makan Wajib Cuba Bila Berkunjung Ke Pulau Langkawi
BUAT UJIAN RTK SEBELUM PULANG KE KAMPUNG
Menurutnya, pelaksanaan tersebut bagi memastikan keluarga berada dalam keadaan selamat. Menerusi ciapannya di Twitter pada Rabu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah beralih ke ujian simptomatik dan mendorong orang yang berada dalam persekitaran hubungan serta mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.
1.6% before interstate borders open. While @KKMPutrajaya has transitioned to symptomatic testing, we encourage people who are in high contact & mobility settings to test regularly. If you want to balik kampung to see elderly parents, do a RTK saliva test. Keep them safe. pic.twitter.com/uFXVgJ8nLm
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 6, 2021
Tambahnya, hanya tinggal 1.6 peratus lagi kadar vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus sebelum sempadan antara negeri dibuka.
Pelaksanaan ini adalah untuk memastikan keluarga berada dalam keadaan selamat. Dalam pada itu, Khairy berkata, kerajaan tidak lagi boleh melaksanakan sekatan jalan raya ketika negara akan beralih kepada fasa endemik.
“Kita tidak boleh melaksanakan sekatan jalan raya untuk melihat apakah anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya,” jelasnya.
Berikut merupakan perkara yang anda perlu lakukan sebelum membuat ujian kit RTK. Pastikan beli yang sudah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan ya!Persiapan untuk ujian air liur (saliva) bermula 1 jam sebelum ujian dilakukan. Jangan makan dan minum , merokok, vape dan memberus gigi.
Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti. Sebab paling kerap sampel ditolak oleh makmal:
1. Air liur bercampur dengan bahan asing lain
2.nAir liur terlalu sedikit (bawah 1.0 mL)
3.Perubahan warna akibat sisa minuman/makanan (sepatutnya jernih)
4.Gumpalan makanan, lendir/sisa lain
5. Berbuih buih, sisa ubat gigi
Sumber: Khairy Jamaluddin, Public Health