keselamatan

Wanita Kongsi ‘Personal Alarm’ Daiso Untuk Anak, Boleh Bunyi Sekuat Kapal Terbang!

1K
SHARES

Akhir-akhir ini kita dengar macam-macam kes jenayah yang menakutkan.

Sebagai ibu bapa, kita pun dah rasa risau nak lepaskan anak jauh daripada kita.

Kita yang dewasa ni pun, risau nak berjalan seorang. Ada saja kes ragut, culik, rogol, liwat, rompakan dan pembunuhan yang dipaparkan di akhbar.

Dalam sebuah hantaran di Facebook, saudari Zunita Ramli berkongsikan info menarik untuk kita berkaitan ‘personal alarm’ yang biasa digunakan di Jepun.

Jika di Malaysia, katanya alat ini boleh dijumpai di Daiso. Menarik kan?

Jom ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah.

‘Personal Alarm’ Untuk Keselamatan Kanak-kanak

Di Jepun, ada dijual “personal alarm” seperti gambar. Ianya bertujuan untuk dibawa oleh kanak-kanak pergi ke sekolah, atau ke mana sahaja untuk tujuan keselamatan.

Sebabnya di Jepun, kanak-kanak pergi sekolah sendiri berjalan kaki ke sekolah (atau naik keretapi) tanpa ditemani penjaga.

Jadi “personal alarm” sebegini sangat membantu untuk keselamatan mereka.

Personal alarm daiso

Ada beberapa jenis dan cara penggunaannya. Boleh tekan butang atau tarik pin.

Personal alarm daiso

Yang ni boleh keluarkan bunyi 120dB, memang kuat.

Boleh Keluarkan Bunyi Sekuat Kapal Terbang Boeing 737!

Caranya mudah sahaja, apabila berlaku kecemasan seperti diganggu oleh orang yang tak dikenali, mangsa hanya perlu tekan butang yang ada pada “personal alarm” tersebut.

Butang itu seterusnya akan menghasilkan bunyi yang sangat kuat untuk menarik perhatian orang sekeliling.

Sebagai contoh, bunyi yang dihasilkan oleh “personal alarm” dalam gambar di bawah adalah 90 dB, iaitu sama kuat macam bunyi kapal terbang Boeing 737 atau DC-9 di ketinggian 6080 kaki sebelum mendarat (97 dB).

Personal alarm daiso

Ianya memang cukup kuat untuk menarik perhatian orang sekeliling.

Juga Boleh Digunakan Untuk Dewasa & Sesiapa Saja

Tapi pada saya bukan saja boleh digunakan untuk kanak-kanak, boleh juga untuk wanita atau sesiapa saja pun untuk tujuan keselamatan.

“Personal alarm” ini juga ada dijual di Shopee, Daiso dan mungkin Aeon di seluruh negara .

Begitulah perkongsian oleh saudari Zunita Ramli. Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

Untuk membaca lebih banyak perkongsian, sila klik
#CatatanZunitaDiJepun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×