Kewangan

Perancang Kewangan Ini Tunjuk Cara Kira & Semak Kelayakan Beli Rumah, Senang Nak Faham!

22
SHARES

Membeli dan memiliki rumah sendiri merupakan impian setiap individu. Tetapi sebelum itu, anda perlulah terlebih dahulu menyemak kelayakan terutamanya dari segi pendapatan anda. Pemilihan jenis bank yang tepat juga adalah penting. Pastikan juga anda tidak mempunyai masalah tunggakan untuk memudahkan proses pembelian rumah yang diingini.

CARA SEMAK KELAYAKAN MEMBELI RUMAH

Pilih bank yang betul dan sesuai dengan gaji anda. Kalau nak tahu, setiap bank lain cara kiraan. Dan maksimum Debt Service Ratio (DSR) pun berbeza sangat-sangat.

BANK A

Gaji RM3,500 ke bawah, 40% maksimum DSR
Gaji RM3,500 dan ke atas, 70% maksimum DSR

BANK B

Gaji RM2,600 ke bawah, 55% maksimum DSR
Gaji RM2,600 dan ke atas, 75% maksimum DSR

BANK C

Gaji RM3,000 ke bawah, 50% maksimum DSR
Gaji RM3,000 dan keatas, 70% maksimum DSR

Jadi, kalau gaji #RM3000 dan nak beli rumah dengan pembiayaan RM200,000 bank apa yang sesuai untuk anda mohon. Katakan anda ada komitmen kereta RM400 sebulan.

Ansuran bulan anda nanti adalah sekitar *RM1,000 dengan tempoh pembiayaan 30 tahun pada kadar 4.5% atau dengan tempoh pembiayaan 35 tahun pada kadar 5.0%.

BANK A

RM3,000 x 40% = RM1,200
RM1,200 – RM400 = RM800
Tak lulus sebab kurang daripada *RM1,000

BANK B

RM3,000 x 75% = RM2,250
RM2,250 – RM400 = RM1,850
Lulus sebab lebih daripada *RM1,000

BANK C

RM3,000 x 70% = RM2,100
RM2,100 – RM400 = RM1,700
Lulus sebab lebih daripada *RM1,000

Jadi, jangan buang masa mohon kat Bank A, kerana confirm tak lulus daripada kiraan DSR. Pilih bank yang sesuai dengan gaji anda. Fokus kat Bank B dan C saja.

Tapi kena ingat, untuk Bank B dan Bank C hanya lulus bab kiraan DSR saja. Kalau tiba banker nampak kereta anda tertunggak, CCRIS kau pun bermasalah, maka susahlah.

PENGIRAAN BERDASARKAN BANK

1. CIMB BANK

2. AMBANK

3. BSN

4. MAYBANK

5. AFFINBANK

6. RHB BANK BERHAD

7. HONGLEONG BANK

8. PUBLIC BANK

9. UOB

Sumber : Harith Faisal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×