167 buah sekolah rendah dan sekolah menengah telah memupuk kesedaran tentang pencegahan denggi melalui pelbagai langkah yang turut disertai komuniti masing-masing selama tempoh 10 minggu
Setelah 15 minggu merealisasikan pelbagai idea baru dan kreatif di sekolah dan komuniti masing-masing, program Patrol Denggi 2016 akhirnya sampai ke penghujung yang gemilang dalam satu acara penyampaian hadiah yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanathan.
Dalam ucapannya semasa program pelancaran Patrol Denggi 2016 pada bulan Mei yang lalu, beliau telah menyeru lebih ramai pelajar untuk memainkan peranan yang aktif dalam pencegahan denggi. Seruan tersebut telah disahut oleh para pelajar secara kreatif melalui penggunaan seni pentas dan teknologi. Antara aktiviti yang telah dijalankan di bawah kategori Seni Persembahan ialah tarian singa, beat-boxing, lagu tema dan tidak ketinggalan juga persembahan Dubsmash!
Dianjurkan oleh Sanofi Pasteur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kesihatan, program pendidikan seluruh negara ini telah semakin berkembang sejak ia mula diadakan pada tahun 2011. Bermula sebagai projek perintis yang melibatkan hanya 3 buah sekolah, tahun ini telah menyaksikan penyertaan sejumlah 167 buah sekolah di seluruh negara dalam program ini.
Kini memasuki tahun ketujuh dalam usaha menarik perhatian dan penglibatan pelajar tentang isu denggi dan pencegahannya, kempen tahun 2016 telah memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan golongan pelajar sekolah untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam aktiviti pencegahan denggi, agar dapat menjadi pemangkin yang dapat mempengaruhi komuniti masing-masing.
Ketika berucap di majlis penyampaian hadiah itu, Yang Berhormat Dato’. P. Kamalanathan telah menekankan tentang kepentingan pendidikan dan program pencegahan seperti Patrol Denggi yang sesungguhnya amat diperlukan untuk menggalakkan komunikasi dengan masyakarat tentang gejala ini. “Pelajar-pelajar sekolah, apabila dididik dan diasuh dengan betul, mampu menjadi penggerak yang berpengaruh dalam mencetuskan sesuatu perubahan, meskipun pada usia yang muda.” kata beliau.
“Untuk tujuan inilah kita mahu menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyampaikan ilmu yang mereka perolehi kepada rakan-rakan sebaya dan keluarga, lantas membolehkan mereka memainkan peranan sebagai pendidik dan juga penyokong tegar usaha pencegahan denggi, demi untuk membawa perubahan kepada sikap komuniti terhadap gejala ini, dan seterusnya dapat menyumbang kepada usaha kerajaan dalam menangani epidemik denggi yang terkini,” tambah beliau.
Dalam program Patrol Denggi, 167 buah sekolah di seluruh negara telah bersaing untuk melaksanakan kempen kesedaran dan pencegahan denggi yang paling kreatif dan berkesan dalam tiga kategori berbeza – iaitu melalui penglibatan komuniti, media sosial dan seni pentas.
Antara acara utama aktiviti ko-kurikulum termasuklah aktiviti pembersihan peringkat komuniti yang melibatkan 30 buah daerah di Sandakan, dan turut disertai oleh majlis perbandaran Sandakan dan lebih daripada 2,000 orang peserta awam, yang dianjurkan oleh SK Karamunting (tercalon dalam kategori Khidmat Masyarakat), serta pelbagai bentuk persembahan seperti sebutan korus (choral speaking), persembahan jalanan (busking), tarian boneka bertali dan persembahan dram yang diperbuat daripada bahan kitar semula dari SK Bukit Jelutong (dicalonkan untuk Kategori Seni Persembahan). Tidak kurang hebatnya, SMK (L) Methodist di Pulau Pinang telah menerbitkan risalah setebal 32 halaman yang bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada orang ramai tentang bahaya penyakit denggi dan pencegahan denggi, sementara SMK Puncak Alam pula telah memanfaatkan kuasa para selebriti dengan menggandingkan nama-nama besar separti Siti Nurhaliza, Fahrin Ahmad, Chef Zubir dan ramai lagi rakan artis untuk merekodkan klip-klip video pendek sebagai usaha untuk menyebarkan misi Patrol Denggi.
Mengulangi sentimen yang telah dilahirkan oleh Yang Berhormat Dato’. P. Kamalanathan’s tentang perlunya perubahan sikap, wakil daripada Kementerian Kesihatan, Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Yang Berbahagia Dr. Rose Nani Mudin menjelaskan:
“Sementara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan penyebaran denggi, termasuklah kaedah kawalan vektor seperti semburan berkala, penggunaan larvisid di samping pemeriksaan tapak berjadual melalui penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975 (Pindaan 2000) di Malaysia – telah berjaya menurunkan bilangan kes denggi sehingga kini – kami tahu bahawa kami tidak boleh bergantung kepada usaha begini semata-mata. Masyarakat harus menyedari bahawa mereka perlu menjadi sebahagian daripada usaha membanteras denggi sekiranya kita ingin mengurangkan lagi jumlah kes denggi di Malaysia, dengan mengambil masa hanya 10 minit dalam seminggu untuk mencari dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan rumah dan komuniti mereka.”
Baptiste de Clarens, Pengarah Urusan Sanofi Pasteur di Malaysia, Singapura dan Brunei berkata, “Meskipun kesedaran tentang denggi adalah tinggi, sikap yang negatif tentang gejala ini masih lagi wujud1. Masyarakat umum menghadapi kemungkinan manjadi lali terhadap kesan jangkitan denggi dalam kehidupan, keluarga dan komuniti mereka sekiranya ancaman penyakit ini masih terus dipandang ringan. Program seperti Patrol Denggi membolehkan generasi muda berbicara tentang gejala denggi dan pencegahannya bersama dengan rakan sebaya, keluarga dan komuniti mereka tentang suatu penyakit yang selalu dianggap oleh orang ramai sebagai – ‘tidak akan kena pada aku’1.”
Dalam majlis penyampaian hadiah bagi program Patrol Denggi 2016, para pelajar, guru-guru serta wakil daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan telah disajikan dengan persembahan montaj yang memaparkan aktiviti ko-kurikulum yang telah dijalankan di sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Ia menjadi peringatan bahawa perjuangan untuk membanteras gejala denggi perlu dilakukan secara kolektif, dengan gandingan usaha Ahli Patrol Denggi bersama rakan sebaya, keluarga dan komuniti mereka. Pada 23 Jun 2016, program Patrol Denggi telah menerima anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Malam Gala ke-26 Malaysian French Chamber of Commerce and Industry. Projek ini turut mendapat pengiktirafan di majlis Anugerah CSR dalaman Sanofi, sebagai penghargaan terhadap komitment berterusan yang diberikan oleh Sanofi Pasteur dalam usaha membanteras denggi melalui peningkatan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyakit ini.
Rujukan
- Special task force launched to eradicate dengue and Zika at hotspot areas, Community, Metro, The Star Online, Jumaat 9 September 2016 http://tinyurl.com/jdm8f9l
Senarai Pemenang Dengue Patrol 2016
Prize | Primary School | Secondary School |
Keseluruhan | ||
Ø Juara RM8,000 | SK Merbau Sempak, Selangor | SMK Puncak Alam, Selangor |
Ø Naib Juara RM4,000 | SK Karamunting, Sabah | SMK (L) Methodist, Pulau Pinang |
Ø Kedua Naib Juara RM2,000 | SK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor | SMK Bandar Maharani, Johor |
Kategori | ||
Ø Khidmat Masyarakat RM1,000 | SK Karamunting, Sabah | SMK (L) Methodist, Pulau Pinang |
Ø Media Sosial RM1,000 | SK Merbau Sempak, Selangor | SMK Bandar Maharani, Johor |
Ø Seni Persembahan RM1,000 | SK Merbau Sempak, Selangor | SMK Puncak Alam, Selangor |
Ø Kuiz RM1,000 | SK Bukit Jelutong, Selangor | SMK Puncak Alam, Selangor |
Anugerah Khas | ||
Ø Negeri Terbaik RM1,500 | Selangor |
Mengenai Sanofi
Sanofi merupakan salah satu peneraju penjagaan kesihatan sedunia yang menemukan, mengembangkan dan mengedarkan penyelesaian terapeutik yang bertumpu kepada keperluan pesakit. Sanofi dibahagikan kepada lima unit perniagaan global: Kencing Manis dan Kardiovaskular, Ubat-ubatan Am dan Pasaran Baru , Sanofi Genzyme, Sanofi Pasteur dan Merial. Sanofi ialah syarikat tersenarai di Paris (EURONEXT: SAN) dan di New York (NYSE: SNY).
Sanofi Pasteur, bahagian vaksin Sanofi, adalah sebuah syarikat global yang menghasilkan lebih daripada satu bilion dos vaksin setiap tahun, membolehkan lebih daripada 500 juta orang di seluruh dunia mendapat imunisasi. Peneraju utama dunia di dalam industri vaksin, Sanofi Pasteur mengeluarkan vaksin berkualiti tinggi seiring dengan kepakarannya dan kehendak kesihatan umum. Warisan syarikat ini untuk mencipta vaksin yang melindungi nyawa telah bermula sejak lebih seabad yang lalu. Setiap hari, syarikat ini melaburkan lebih daripada satu juta Euro bagi penyelidikan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sanofipasteur.com atau www.sanofipasteur.us