NAK NIAT PUASA SEBULAN TERUS ATAU SETIAP SEMALAM DI BULAN RAMADAN?
Mungkin ini antara soalan yang sering menjadi tanda tanya bagi umat Islam setiap kali masuknya bulan puasa.
Sebenarnya, terdapat beberapa pendapat berkaitan hal niat puasa Ramadan ini.
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, berikut adalah pendapat yang perlu kita tahu:
- MAZHAB SYAFI’IE
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain.
- MAZHAB MALIKI
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tak wajib niat setiap malam.
- PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFI’IE
Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah bejaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadhan.
Jadi seeloknya kita buat kedua-duanya.
Niat sebulan, kemudian berniat juga di setiap malamnya.
Berikut adalah lafaz niat puasa harian dan puasa sebulan yang boleh dibacakan bermula malam 1 Ramadan.
Semoga Allah SWT terima semua ibadah puasa kita.