Didik

Tutup Sekolah: Murid Tahun Satu 2021 Berdepan Masalah Buta Huruf – Pakar Psikologi Kanak-kanak

1.1K
SHARES
pelajar tahun satu buta huruf

Penutupan sekolah ketika penularan wabak semakin meningkat mungkin tidak begitu mengejutkan ibu bapa.

Malah, sesetengah ibu bapa sememangnya berasa risau membenarkan anak ke sekolah, terutamanya apabila terdapat kes aktif yang dikesan berhampiran kawasan tempat tinggal atau lokasi sekolah.

Mahu atau tidak, ibu bapa juga perlu membiasakan diri dengan norma baharu dan memainkan langkah proaktif untuk turut sama mengajar anak-anak di rumah.

Namun, bukan semua ibu bapa berkesempatan untuk berbuat demikian. Apatah lagi dalam musim wabak ini sesetengah daripada kita terpaksa berhempas-pulas mencari rezeki apabila hilang pekerjaan atau terpaksa bekerja dari rumah.

Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor, pelajar tahun satu 2021 mungkin akan berdepan masalah buta huruf apabila tidak dibimbing oleh guru dan ibu bapa dalam tempoh penutupan sekolah tahun ini.

buta huruf tahun 1

Masalah Buta Huruf Pelajar Tahun Satu 2021

Laporan yang dipetik dari Utusan Malaysia tersebut melahirkan kebimbangan isu pembelajaran di rumah akibat penutupan sekolah, termasuklah tadika dan prasekolah.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin baru-baru ini mengumumkan semua sekolah yang ditadbir Kementerian Pendidikan termasuk di negeri yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditutup sehingga akhir persekolahan.

“Kanak-kanak prasekolah yang bakal masuk tahun satu pada 2021 akan mengalami masalah mengeja dan mengira. Kita sudah diserang pandemik sejak Mac dan ia telah menjejaskan banyak perkara.

“Ibu bapa akan susah hari juga kerana anak prasekolah tidak boleh membaca atau mengira. Mereka boleh menyebut huruf tetapi tidak boleh mengeja perkataan dua suku kata atau proses tambah tolak,” kata Datin Prof. Mariani Md Nor dalam Utusan Malaysia.

Pentingnya Kerjasama Ibu Bapa Dan Guru

Jelas Datin Prof. Mariani lagi, guru dan ibu bapa harus bekerjasama bagi memastikan masalah ini dapat dikurangkan dan tidak menjejaskan terlalu ramai murid prasekolah.

“Guru perlu menggunakan teknologi untuk sesi pembelajaran dan usaha ini harus dilakukan dengan pemantauan ibu bapa di rumah. Bagi ibu bapa yang bekerja dari rumah maka mereka boleh sentiasa ada di sisi anak-anak, tetapi adakan mereka akan bersama untuk membantu mengajar anak-anak tersebut.

“Murid yang berumur lima atau enam tahun masih belum cukup matang untuk memberi fokus dalam pembelajaran namun masalah ini tidak akan jadi ketara jika ibu bapa atau penjaga lebih memantau anak-anak,” katanya.

Sebagai ibu bapa, nampaknya kita perlu memainkan peranan untuk sama-sama membantu anak agar dapat terus maju dalam pelajaran sekalipun proses pembelajaran tidak dapat diteruskan seperti biasa.

Walaupun setiap keluarga tentu ada kekangannya, namun setidak-tidaknya kita perlu mencuba demi kepentingan anak-anak kita juga, kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×