Ibu ayah tahu tak, apa dia antara makanan yang paling kerap buat anak tercekik?
Sebenarnya, kebanyakan jenis makanan ini adalah makanan yang biasa kita makan setiap hari.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan selama 8 tahun (mulai 2001 hingga 2009) di US, berikut adalah makanan yang paling kerap menyebabkan kanak-kanak tercekik.
9 Makanan Paling Banyak Menyebabkan Kanak-kanak Tercekik
1. Gula-gula (27.8%)
Gula-gula keras atau hard candy berada dalam senarai teratas makanan yang paling banyak menyebabkan kanak-kanak tercekik. (15%)
Menurut sumber, gula-gula keras sering yang dihisap oleh kanak-kanak cenderung menyebabkan mereka tercekik terutamanya apabila dimakan sambil bermain, berlari atau bercakap.
Selain gula-gula keras, gula-gula jenis kenyal atau melekit seperti gula getah, toffee, marshmallow atau yang seangkatan dengannya juga berpotensi besar menjadi bahaya kepada kanak-kanak. (12.8%)
Mengikut American Academy of Pediatrics (AAP) ibu ayah seharusnya tidak memberikan anak-anak bawah 5 tahun memakan gula-gula. Ia bukan saja tidak bernutrisi, malah ia menjadi punca utama penyebab tercekik.

Foto Kredit: stockphoto.com
2. Daging
Kanak-kanak yang masih kecil biasanya belum mempunyai gigi yang cukup untuk mengunyah daging dengan sempurna.
Daging yang agak liat juga mungkin menyebabkan anak ‘malas’ untuk mengunyah. Cebisan besar yang ditelan sebelum dikunyah secukupnya boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik.

Foto Kredit: ood.thefuntimesguide.com
3. Tulang
Tulang pada ikan atau ayam yang halus seharusnya dibuang dengan teliti sebelum dihidangkan kepada anak kecil. Selalunya kita pun tak perasan dan boleh tercekik.

Foto Kredit: youtube.com
4. Buah & Sayuran
Antara buah yang popular menjadi punca tercekik adalah buah anggur. Walaupun nampak kecil dan lembut isinya, tapi bila tertelan sebiji anggur tu ia boleh menghalang laluan pernafasan dan sangat membahayakan.
Maka, seeloknya buah anggur ini dipotong kecil dan kalau nak lebih selamat dibuang kulitnya agar mudah dikunyah oleh anak kecil. Cara potong tu seeloknya memanjang seperti dalam gambar yang ditunjukkan di bawah.
Selain itu, buah dan sayuran mentah juga berpotensi menyebabkan tercekik, terutamanya jika diberi dalam saiz potongan yang besar.
Buah-buahan tempatan yang berbiji seperti langsat, manggis dan rambutan pun kena extra careful juga ya!

Foto Kredit: goodtoknow.co.uk
5. Susu
Selain makanan, minuman seperti susu juga sebenarnya berpotensi tinggi menyebabkan tercekik ya.
Yang penting, jangan sesekali ‘tongkat’ botol susu dan biarkan bayi minum susu tanpa dipantau. Bahaya!
6. Kekacang
Walaupun makanan ini mengandungi nutrisi yang sihat, kacang atau bijian seperti kuaci bersifat keras dan tentunya sukar untuk dimakan oleh kanak-kanak yang belum lengkap gigi gerahamnya. Lagipun, budak-budak yang tak biasa makan akan genggam untuk ambil banyak-banyak sekali dan terus masuk mulut.
Jadi, ibu ayah kena pastikan mereka dipantau kalau anak suka makan makanan jenis ini ya.
7. Popcorn
Kalau tak perasan, kadang-kadang popcorn mempunyai biji yang keras dan tak boleh dikunyah.
Pakar menasihatkan ibu ayah menunggu sekurang-kurangnya sehingga anak berusia 4 tahun sebelum diberi makan popcorn.

Foto Kredit: pixabay.com
8. Hot Dog / Bebola
Hot dog atau sosej adalah antara makanan kegemaran kanak-kanak. Namun, apa yang menyebabkan ia mudah menjadi punca tercekik adalah disebabkan bentuk serta teksturnya yang boleh menyumbat laluan saluran pernafasan dengan mudah.
Begitu juga halnya dengan bebola, terutamanya yang agak kental dan liat.
9. Biskut
Sesetengah biskut kurang sesuai dimakan oleh anak kecil, terutamanya jenis yang mempunyai bijian atau kekacang yang tidak hancur / halus seperti granola bar.

Foto Kredit: life.idntimes.com
10. Duit Syiling
Walaupun tak terkategori sebagai makanan, penting untuk ibu ayah take note sebab boleh dikatakan lebih kurang 30% kes tercekik bagi anak kecil melibatkan bahan bukan makanan. Tak mengejutkan, duit syiling adalah antara bahan bukan bukan makanan yang paling utama menyebabkan kanak-kanak tercekik.
Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), duit syiling ini menyumbang kepada sekitar 12% kes tercekik kanak-kanak pada tahun 2001.
Jadi, simpan syiling di rumah tu elok-elok ya. Jangan biarkan ia terselit bawah sofa, bawah karpet atau di atas lantai. Budak-budak memang suka mengutip dan memasukkan benda ke dalam mulut sebab ia adalah cara mereka explore persekitaran.

Foto Kredit: bicaramoleks
http://bicaramoleks.blogspot.my/2012/10/tertelan-syiling.html
Pantau Anak Ketika Makan
Sememangnya kajian telah menghighlightkan bahawa tahap aktviti kanak-kanak yang tinggi (high activity level) menjadi antara sebab mengapa mereka boleh tercekik makanan.
Jadi, penting untuk anak-anak kita dipantau ketika makan sebab mereka biasanya susah nak duduk diam dan mengunyah. Biasalah kalau mereka nak makan sambil bermain, berlari, menonggeng, memanjat dan sebagainya kan?
Selain itu, seeloknya ibu ayah pun kena ambil tahu serba sedikit pengetahuan asas tentang pertolongan cemas jika berlakunya kes tercekik dan cepat-cepat hubungi talian kecemasan jika ia berlaku ya!
*Sumber: LiveScience. Centers for Disease Control and Prevention (CDC)