Dapur

Lelaki Ini Kongsi Cara Tanam Kunyit & Hasilkan Serbuk Kunyit Sendiri Tanpa Pengawet

28
SHARES

Antara bahan sering digunakan dalam masakan ialah kunyit. Boleh dikatakan hampir kesemua menu menggunakan kunyit dan juga serbuknya.  Tak lengkap rasa masakan kalau tak ada kunyit. Betul tak?

Bagi anda yang gemar bercucuk tanam, ini merupakan satu idea hebat kerana boleh mencuba menaman pokok kunyit dan menghasilkan serbuk kunyit sendiri seperti yang dilakukan oleh Akmal Al Yahya. Wow! Paling penting tak ada sebarang pengawet dan juga pewarna. Bertambah sedap la masakan selepas ini.

Baca juga: Cara Tanam Sawi Dalam Pasu, Teknik Paling Mudah & Jimat

CARA TANAM KUNYIT & HASILKAN SERBUK KUNYIT SENDIRI

Di Kebun Lokal, tiada sebarang Racun Kimia Rumput/Racun Kimia Serangga dan Baja berunsur Kimia (termasuk baja kopi dan Baja AB) yang kami gunakan. Tujuan asalnya saya mula berkebun, iaitu untuk menghasilkan sebuah bank makanan bagi keluarga kecil saya.

– Untuk mendapatkan daun kunyit yang besar dan menghijau. Kami tanamnya di tempat yang teduh, seperti berdekatan dengan pokok yang besar supaya cahaya matahari tidak terus ke kawasan tanaman kunyit kami.

– Rizom yang telah mengeluarkan daun kami keratkan dan asingkan untuk disemai semula bagi tanaman akan datang. Dengan cara ini, kami mampu menjimatkan masa untuk semaian kunyit dan mengurangkan peratusan semaian daripada gagal bertunas.

– Ini lah rupa rizom kunyit yang telah mengeluarkan daun. Mengikut pengalaman kami, rizom yang telah berdaun perlu dikerat dalam sebesar ibu jari dari rizom asal agar tumbuh dengan baik.

– Pertama, bersihkan rizom kunyit dari tanah yang melekat, sebersih+bersihnya. Kami gunakan berus gigi tau, licin semuanya di kerjakan.

– Langkah seterusnya adalah rizom kunyit tadi direbus/dikukus dalam jangka masa 45 minit. Kemudian dipotong halus-halus bagi memudahkan proses jemuran kelak.

Mengapa perlu rebus/kukus? Jika kita tanam sendiri maka kita tahu baja yang kita gunakan. Proses rebusan atau kukus ini bertujuan untuk melucutkan segala macam jenis kandungan baja yang tertinggal.

Jika baja kimia mungkin tak berapa kita geli. Tetapi kami khuatir jika baja tersebut daripada baja urea, baja tinja ayam, kambing atau lembu yang diproses masih ada pada rizom.

– Kunyit yang telah dipotong tadi, dijemur pula. Elakkan dari jemur terus di bawah sinaran matahari, paling baik di bawah pokok atau garaj kereta.

– Setelah 5 hari, ini lah rupa kunyit yang telah dikeringkan. Masukkan ke dalam pengisar, kisar sehingga betul-betul lumat.

– Tapiskan dan ayak kunyit yang telah dikisarkan tadi. Serbuk kunyit yang terhasil adalah serbuk kunyit paling baik digunakan kerana tiada sebarang pengawet malah tiada sebarang pewarna tambahan juga pada serbuk kunyit ini.

– Ini pula rizom yang berdaun tadi. Kami lebih suka semai dahulu sementara menunggu batas untuk sedia untuk digunakan. Kami dapati ada beberapa rakan menanam kunyit menggunakan kaedah hidroponik tetapi lebih kepada penghasilan daun kunyit berbanding rizom kunyit.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Akmal Al Yahya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×