Rakyat

KKM Senaraikan 12 Produk Kopi, Suplemen & Jus Kesihatan Yang Mengandungi Bahan Terlarang

24
SHARES

Dalam sebuah kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 5 November 2020, KKM telah mendapati 16 produk makanan yang dianalisis didapati mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya dalam makanan.

Namun difahamkan tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar 4 daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap.

Maklumat semua produk makanan tersebut adalah seperti di lampiran. (Disertakan di bawah)

Larangan Menjual Semua Produk Tersebut

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, KKM memberi amaran dan melarang penjualan semua produk makanan tersebut.

Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

Kenyataan dari KKM itu juga menegaskan supaya semua makanan yang dijual di negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang, pembungkus, pengedar, ejen pemasaran dan penjual untuk memastikan produk makanan yang dijual mematuhi perundangan makanan.

Pengguna Dinasihatkan Agar Segera Dapatkan Nasihat Doktor

Kenyataan itu juga menggesa orang ramai yang sedang menggunakan produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan.

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang.

Maklumat Lanjut

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat

atau

hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 November 2020

*Sumber asal dari Laman Web Rasmi KP Kesihatan

Senarai Produk Makanan Yang Mengandungi Racun Berjadual & Pelabelan Palsu

1. Minuman kesihatan/jenama Tonik Tuan Haji 1921

2. Candy B+ Complex/ jenama California Pure

3. Orange + / tiada jenama

4. Kopi panggung Al Ambiak/ jenama Natural Herbs Coffee

5. Kopi jantan tradisional / jenama Natural Herbs Coffee

6. Kopi jantan tradisional 7A/ jenama AAAAAAA

7. Kopi pra campuran/ jenama MW Coffee

8. Kopi Harimau / jenama Kopi harimau

9. Kopi Mutiara/ jenama Mutiara

10. Jus kesihatan tradisional/ jenama Jus Saidina.

11. Miracle Energy Coffee / jenama Sabah brands

12. Kopi Strong Man Plus / jenama Natural Herbs Coffee

*Keseluruhan 12 produk makanan yang mengandungi racun berjadual dan perlabelan palsu.

senarai produk merbahaya kkm 2020

senarai produk merbahaya kkm 2020

kopi jantan

kopi herba

kopi harimau

kopi mutiara

jus saidina

miracle energy coffee

kopi strong man plus

 

 

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×