Sihat

Makan Ikan Haruan Lepas Pembedahan BUKAN Punca Pelekatan (Adhesion) – Dr Imelda

134
SHARES

Dah selalu kita dengar orang kata bahaya makan ikan haruan lepas bersalin atau pembedahan sebab takut organ dalam tu melekat-lekat (adhesion).

Rupanya, apa yang kita sangka selama ini adalah MITOS!

Begitulah yang diterangkan oleh Dr Imelda Balchin menerusi status beliau di Facebook semalam, 17 Januari 2021.

Dalam hantara tersebut, beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI bahawa makan ikan haruan selepas pembedahan akan menyebabkan pelekatan.

 

Khasiat Ikan haruan lepas bersalin

Sebaliknya, menurut beliau apa yang menyebabkan pelekatan (adhesion) selepas pembedahan adalah

  • cara pembedahan
  • suture yang digunakan
  • bedah banyak kali
  • infection
  • pendarahan
  • keradangan
  • endometriosis

Semua faktor di atas ini telah dibuktikan dengan pberatus-ratus kajian perubatan.

Khasiat Ikan haruan lepas bersalin

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa selepas pembedahan abdomen, 2/3 daripada pesakit akan mendapat pelekatan tisu selepas sembuh (adhesion) sama ada seseorang makan ikan haruan atau tidak.

Ini adalah FAKTA.

Dan ini juga berlaku di Eropah di mana makan ikan haruan selepas bersalin atau pembedahan bukanlah satu kebiasaan.

Tambah beliau lagi, ikan haruan ‘tidak bersalah’ dan tidak patut dipersalahkan dalam hal ini kerana pelekatan juga berlaku di kalangan warga Eropah yang tidak makan ikan haruan.

 

Perkara ini juga mendapat reaksi yang bercampur kerana ada doktor sendiri yang menyarankan agar tidak mengambil haruan selepas pembedahan.

Namun, mungkin yang dimaksudkan adalah pati ikan haruan kerana ia telah dicampur dengan bahan tertentu.

Pokok pangkalnya, apa yang diterangkan oleh Dr Imelda adalah berkaitan ikan haruan adalah ianya TIDAK menyebabkan pelekatan jika dimakan selepas pembedahan.

Khasiat Ikan haruan lepas bersalin

Khasiat Ikan haruan lepas bersalin

Buat masa ini, belum ada kupasan tentang pati ikan haruan daripada Dr Imelda.

Namun, berikut adalah senarai FAKTA & MITOS tentang DIET PENYEMBUHAN LUKA yang didapati melalui laman web MyHealth KKM.

Mitos Ikan haruan dan ikan linang / belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh.
Fakta
  • Ikan haruan dan ikan linang / belut adalah sumber utama protein sama dengan ikan-ikan lain. Protein adalah sangat penting untuk penyembuhan luka.

  • Makan semua jenis sumber protein yang mencukupi setiap hari seperti ikan, ayam, daging dan kekacang supaya luka cepat sembuh.

  • Jangan hadkan pada ikan haruan dan ikan linang / belut sahaja.

  • Jumlah protein yang mencukupi bukan jenis protein yang menentukan penyembuhan luka.

  • Jika anda mengamalkan diet vegetarian, pastikan makan cukup sumber makanan jenis kacang, kekacang seperti tauhu dan tempe serta susu setiap hari.

2 Mitos Telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuh.
Fakta
  • Telur adalah salah satu sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral. Tiada kajian yang menunjukkan pengambilan telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah atau lambat sembuh.

  • Elakkan telur jika anda alah padanya sahaja.

3 Mitos Elakkan daging ayam betina selepas pembedahan.
Fakta Daging ayam adalah salah satu sumber protein dan tiada larangan untuk mengambilnya selepas pembedahan supaya luka cepat sembuh.
Jantina ayam tidak mempengaruhi kualiti protein.
4 Mitos Minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh.
Fakta
  • Tiada kajian yang menyokong pernyataan ini.

  • Kebanyakan pati-pati seperti pati ayam dan pati ikan haruan adalah tinggi kandungan garam dan tidak digalakkan untuk pengambilan seharian. Tidak sesuai untuk pesakit tekanan darah tinggi.

5 Mitos Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk di dalamnya akan melambatkan proses penyembuhan luka.
Fakta
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan garam mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka.

  • Buah limau, jambu batu, anggur dan kiwi yang kaya dengan vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi.

  • Manakala sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi yang kaya dengan vitamin K membantu proses pembekuan darah.

  • Tiada unsur ‘sejuk’ di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk penerangan lanjut, sila ke Facebook Dr Imelda di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×