Famili

7 Sebab Jangan Asyik Bertekak Depan Anak. Merekalah Yang Paling Merana

1.7K
SHARES

Setiap rumah tangga diuji dengan cabaran yang tersendiri. Apabila sebuah perkahwinan dikurniakan dengan anak, setiap keputusan yang dilakukan oleh kedua ibu bapa bukan lagi bersifat peribadi semata-mata. Sebaliknya, ia pasti akan meninggalkan kesan kepada si anak.

Apabila anda membuat keputusan untuk berbalah, bertekak, atau bersikap dingin dengan pasangan, sama ada secara sengaja mahupun tidak, anda sebenarnya meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap anak.

7 Sebab Jangan Asyik Bertekak Depan Anak. Merekalah Yang Paling Merana

1. Kurang Keyakinan Diri

Anak-anak yang ‘diabaikan’ akibat permasalahan ini sebenarnya sukar menerima bahawa mereka tidak ada kena-mengena dalam situasi tersebut. Bahkan, penelitian menunjukkan bahawa kanak-kanak cenderung menyalahkan diri kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan keadaan.

Secara tidak langsung, mereka ini hidup dalam keadaan kurang keyakinan diri, kerisauan, dan kekeliruan. Jika ia terlalu kerap berlaku, ia boleh menyebabkan kemurungan yang serius sekalipun anak masih belum faham apa yang diperkatakan.

2. Emosi Tak Stabil

Ketidaksehaluan dengan pasangan juga sebenarnya akan menyebabkan anak anda sukar mempercayai orang lain dalam hidup mereka. Kata-kata yang dilontarkan ketika masing-masing tengah ‘panas’ boleh menjadikan anak-anak mengalami mimpi buruk, trauma, dan tantrum kerana ia mungkin sukar dipadam daripada memori mereka.

Menurut Psych Central, kemurungan ini membawa kepada sifat anti sosial, di mana ada juga antara mereka seolah-olah mahu menjauhkan diri daripada sesiapa yang menunjukkan perasaan sayang atau cinta kepada mereka – kerana mereka takut ditinggalkan atau diabaikan.

hubungan jarak jauh

3. Dipaksa ‘Matang’ Lebih Awal Berbanding Usia

Sedarkah ibu bapa, anak-anak yang tersepit dalam masalah ini bukan saja terpaksa menanggung beban emosi, tetapi juga bebanan fizikal.

Mereka ini mengorbankan zaman kanak-kanak dan tidak lagi berfikiran bebas dan ceria seperti kanak-kanak normal. Ada yang terpaksa menanggung tanggungjawab begitu awal demi menguruskan kerja rumah, kerja sekolah, dan adik-adik yang terabai akibat ibu bapa yang saling bermasam muka.

Foto Kredit: properti.liputan6.com

4. Selalu Memendam Perasaan

Mereka bukan saja terpaksa memendam perasaan kerana tidak mahu memihak kepada sesiapa, tetapi kemungkinan besar mereka juga terpaksa menjadi pendengar dan orang tengah terhadap kebanyakan hal antara ibu bapa.

Dalam setiap perbalahan atau perpisahan, emosi anak-anak juga tidak keruan kerana mereka asyik rasa tersepit dan terpaksa memilih. Bak kata pepatah, “Diluah mati emak, ditelan mati bapa”. Akhirnya semua perasaan marah, sedih, kecewa, risau, takut, termasuklah perasaan gembira, sayang, dan keterujaan dibuang jauh daripada hati. Sikap ini menjadi punca kebanyakan masalah mental yang semakin teruk apabila meningkat dewasa.

Foto Kredit: wrightslaw.com/

5. Masalah Tingkah Laku

Ibu bapa adalah role model yang paling dekat dengan anak. Oleh itu, anak-anak cenderung terikut-ikut dengan perangai ibu bapa sekalipun ia bertentangan dengan norma dan logik.

Akibatnya, ada sebahagian anak yang memperlihatkan keganasan dalam perbuatan. Sebahagian anak-anak perempuan pula terutamanya mungkin tidak lagi mampu menilai cinta dan kasih sayang yang ‘sebenar’ akibat kehausan perhatian.

Foto Kredit: couplestherapyinc.com

6. Menjejaskan Prestasi Akademik

Sukar dinafikan bahawa seorang anak yang dibelenggu masalah kedua ibu bapa mereka akan menjadi sukar fokus dalam pelajaran. Prestasi menurun, kurang bersemangat, masalah disiplin, keganasan, dan sebagainya adalah antara kesan yang sukar dielakkan apabila seorang anak terpaksa berhadapan dengan kecurangan ibu atau bapa.

Semua masalah ini tidak akan ‘hilang’ begitu saja dan perlu diberi perhatian sebaiknya kerana ia memberi kesan kepada pencapaian dan masa depan mereka.

buli di sekolah

Foto Kredit: elplaneta.ws

7. Kesihatan Merosot

Sekalipun pergaduhan rumah tangga selalunya dikaitkan dengan emosi dan bebanan mental, namun sebenarnya ia juga boleh menjadi punca masalah kesihatan fizikal yang semakin merosot.

Menurut sumber, antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh anak-anak akibat perpisahan dan penceraian adalah sakit kepala, serangan lelah, dan penyakit yang berulang-ulang.

www.homeveda.com

Setiap Rumah Tangga Ada Ujiannya

Sebuah rumah tangga bukanlah ibarat fairy tale yang indah-indah belaka. Mahu atau tidak, kita tidak dapat lari daripada dugaan dan saat-saat genting yang perlu dihadapi bersama. Berbincanglah sebaiknya antara pasangan. Jangan terlalu ikutkan hati, sebaliknya bekerjasamalah merancangkan strategi. Anggaplah ujian sebagai peluang agar masing-masing saling bertolak-ansur dan cuba memahami antara satu sama lain.

Sekalipun perbezaan pendapat itu perkara biasa, elakkan bergaduh dan bertekak di hadapan anak-anak, terutamanya hal-hal yang besar kerana ia sudah tentu akan memberi impak negatif buat mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×