Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ianya semua berkenaan Sambal – sos pedas sebagai penambah selera hidangan tempatan. Sehubungan dengan itu, Kenny Rogers ROASTER kini membawa kepada anda perisa Absolutely Sambalicious yang merupakan promosi terbaru mereka!
Para pengunjung boleh memilih pelbagai pilihan hidangan Absolutely Sambalicious dari Sambalicious Soup Meal, Sambalicious Fovourite Meal atau Sambalicious Chicken Meal yang bermula daripada RM19.90* ke atas.

Sambalicious Chicken Meal

Sambalicious Soup Meal

Sambalicious Favourite Meal
Untuk menambah selera, hidangan tambahan turut tersedia dengan Spicy Golden Rice dan Potato Salad yang boleh didapati dengan harga pengenalan RM5.90* setiap satu (Harga Biasa: RM8.50)

Spicy Golden Rice

Potato Salad
“Di KRR, kami menjalankan eksperimen dengan pelbagai citarasa dan kombinasi makanan bagi menyediakan kepelbagaian kepada para pengunjung kami. Hidangan terbaru Absolutely Sambalicius sangat rapat dengan citarasa dan hati rakyat Malaysia!” ujar Esther Woo, Timbalan Pengurus Besar Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd.
Di samping itu juga, para pengunjung boleh menaiktaraf hidangan daripada suku ayam ke separuh ayam dengan hanya RM5**, untuk waktu terhad sahaja.
* Kesemua harga adalah muktamad. Harga akhir termasuk 6% GST kecuali Langkawi. Harga berbeza di Genting Highland.
* Pembelian barangan diskaun tidak tertakluk untuk bonus kad KRR Card
** 1 naiktaraf untuk setiap pembelian 1 Hidangan Suku Ayam
Untuk maklumat lanjut berkenaan Kenny Rogers ROASTER, sila hubungi 03-2119 9888. Anda juga boleh layari www.kr.com.my atau www.facebook.com/krrmalaysia.