40 Minggu

“Nak Ke Anak Kita Diabetis?”-Suami Ini Luah & Pesan Kepada Ibu Hamil Supaya Kurang Makan Manis

59
SHARES

Menurut laporan kajian Europian Respiratory Journal, makan makanan yang manis dan mengandungi kandungan gula yang tinggi semasa hamil dapat mendatangkan risiko diabetis terhadap kandungan. Namun, ramai dalam kalangan ibu hamil yang mengambil peluang ini untuk menggunakan alasan ‘mengidam’ supaya dapat makan makanan manis seperti kek dan aiskrim.

Oleh itu, seorang suami di laman media sosial ini terpanggil untuk meluahkan dan memberi nasihat kepada semua ibu yang sedang hamil supaya kurangkan pengambilan makanan manis. Mana tidaknya, letih si suami nak layan mengidam makanan manis isteri!

MENGANDUNG JE MENGIDAM BENDA MANIS, SAMPAI TAK BERINGAT!

Patutlah ramai ibu muda sekarang sudah mengidap GDM (gestational diabetes mellitus) atau diabetes ketika hamil walaupun anak pertama.

Asal mengandung mengidam kek, piza,burger,ais krim jika boleh semua yang viral nak bedal tak ingat. Ini semua makanan tinggi gula nak tipu tekak kita,sehinggakan ada yang craving setiap hari nak minum brown sugar boba. Bahayanya jika ibu-ibu disahkan GDM anak dalam kandungan juga akan dapat glucose dari ibu,ini menyebabkan bayi membesar dalam keadaan hypeclycemia dan menyukarkan proses kelahiran (microsomia) dan berisiko kematian dalam kandungan.

Bukan itu sahaja bayi ini berpontensi akan dapat hypoglycemia (kurang gula dalam darah) sejurus dilahirkan dan apabila dewasa nanti berkemungkinan berisiko untuk mengidap Diabetes mellitus. Hal ini disebabkan oleh kepuyaan insulin pankreas terganggu di alam rahim lagi.

Jika GDM tidak dikawal ibu berpontensi untuk mengidap pre eclampsia (tekanan darah tinggi ) dan boleh menyebabkan sawan.

*Sebab itulah pentingnya OGTT terutama bagi ibu-ibu berat badan berlebihan dan ada sejarah keluarga yang mengidap diabetes.

KURANGKANLAH AMBIL GULA PUTIH

Nasihat saya kepada Ibu-ibu semua atau bakal ibu, berusahalah hari anda untuk kurangkan gula putih dalam semua menu, dapatkan gula yang lebih sihat dari buahan tempatan seperti jambu air, jambu batu, tembikai, buah mangga tempatan dan buahan organik yang berada di pasaran. Ini untuk melatih pancreas anda agar tidak ‘stres’ ketika anda mengandung nanti. Itu pun buahan yang manis kena control juga sebab tinggi gula,cuma bezanya buahan ada serat.

Awal kehamilan cuba buat seminggu atau 2 minggu sekali pemeriksaan gula 2 jam selepas makan. Boleh juga jika nak buat test HbA1c sebelum MGTT. Sebab itu pentingnya OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) pada minggu ke 23-28. Itu pun tengok kepada keadaan ibu,saya jika ibu itu masih ada alahan teruk macam wife sayalah,memang tangguh dahulu sehingga ok baru buat. Itu pun seminggu sekali dah buat pemeriksaan gula selepas 2 jam makan.

JANGAN SALAHKAN PROSES MINUM AIR GULA

Tapi berbeza dengan OGTT, sebab kaedah ini ibu hamil kena minum air gula sebanyak 75gram dibancuh bersama 120-200ml air. Selepas 2 jam jika bacaan normal <7.8 mmol/L maka selamat. Jika borderline mungkin akan diminta buat sekali lagi untuk minggu akan datang. Jika lebih dari bacaan Normal ibu perlu buat BSP. Ini nurse atau Dr akan consult andalah. Jangan dok bergaduh dengan nurse sudah.

Ujian ini sebenarnya untuk lihat keupayaan hormon insulin untuk menurunkan gula dalam darah. Jika dalam tempoh 2 jam itu insulan anda berjaya turunkan gula sebanyak 75gram insyaallah kesihatan bayi terjamin.

Wife saya tanya habis tu kenapa ada orang cakap lepas minum air gula terus dapat kencing manis,sebelum itu tak pun. Saya jawab. Yelah sebab sebelum itu mana ada cek dan ambil gula sebanyak 75gram. Dan mana ada buat pemeriksaan selepas 2jam.

Bayangkan jika ada ibu ibu ambil makanan yang gulanya lebih dari 75gram dan ibu ibu ini buat tak tahu je sehinggalah nak melahirkan bayi. Apa kesan kepada bayi dalam tempoh tersebut? Nak ke anak kita nanti mengidap kencing manis? Sebab itu pentingnya pemantauan gula dalam darah kepada ibu hamil.

Moga bermanfaat.

Sumber : Muhammad Hassan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×