Sihat

5 Bahaya Simpan Makanan Dalam Tin Yang Telah Dibuka Dalam Peti Sejuk

1.5K
SHARES
makanan dalam tin

Mulai tahun 2019 ini, tarikh 7 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Keselamatan Makanan Sedunia atau World Food Safety Day oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan tema “Food Safety, Everyone’s Business”.

Tujuannya jelas, iaitu bagi mempertingkatkan kesedaran keselamatan amakanan dalam melindungi kesihatan pengguna.

Sebenarnya, ada banyak perkara yang kita mungkin lakukan ketika mengurus makanan yang mengundang kepada bahaya atau pencemaran makanan. Malah, sesetengahnya dianggap ‘biasa’ tanpa menyedari ianya merupakan tabiat yang perlu diubah.

Salah satunya adalah tabiat menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Mesti ramai yang selalu buat kan? Kadang-kadang kita simpan lebihan tuna, susu sejat, susu pekat, jagung, koktel buah, dan macam-macam lagilah.

Dalam hati tu fikir, “Alah, makanan dalam tin kan memang tahan lama. Apa salahnya simpan dalam peti sejuk kan? Tak payah susah-susah nak cari dan tukar bekas.”

Jangan macam tu ya. Ini 5 bahayanya menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk.

5 Bahaya Simpan Makanan Dalam Tin Yang Telah Dibuka Dalam Peti Sejuk

1. Tindak Balas Tin Dengan Makanan

Kalau ada lebihan makanan dalam tin, seeloknya ia patut dipindahkan ke dalam bekas makanan kaca atau plastik sebelum disimpan dalam peti peti sejuk.

Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara.

2. Menukar Bau Dan Rasa

Disebabkan tindak balas logam dengan kandungan di dalamnya tadi, proses ini menukar bau dan rasa makanan tersebut. Kalau perasan, ada rasa dan bau seolah-olah metalik padanya.

Tindakbalas ini biasanya lebih mudah berlaku pada jenis makanan dalam tin yang berasid, contohnya puri tomato atau jus buah-buahan.

3. Makanan Mudah Tercemar

Berbanding penggunaan bekas makanan yang kedap udara, penyimpanan makanan lebihan dalam tin yang telah dibuka adalah berisiko terhadap pencemaran makanan.

Dalam sebuah artikel, Dr Ronald McCoy, menjelaskan bahawa makanan dalam tin sebenarnya mudah rosak apabila ia telah dibuka.

4. Meningkatkan Risiko Keracunan Makanan

Cara penyimpanan yang salah boleh memberi ruang kepada pertumbuhan spora, lalu menyebabkan keracunan makanan.

Menurut sumber, walaupun jarang berlaku, kes botulisme juga boleh berpunca daripada makanan dalam tin yang tidak disimpan dengan betul.

gastrik ketika puasa

5. Tetap Rosak Walau Disejuk Beku

Menurut MyHealth pula, tindakan membekukan makanan dalam tin kerana mahu menyimpannya lebih lama juga tak seharusnya menjadi amalan.

Kenapa? Ini kerana, pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah.

Jangan Lupa ‘Transfer’ Lepas Buka Tau

Jadi, jangan lupa transfer makanan dalam tin ke dalam bekas lain bila dah buka ya. Paling malas pun, tukarlah penutupnya kepada penutup plastik.

Ingat, makanan dalam tin seharusnya dihabiskan secepat mungkin sebaik saja ianya dibuka. Jika perlu, pindahkan ke bahagian sejuk beku dengan menggunakan bekas yang bertutup selepas 3 hari. Makanan lebihan tidak seharusnya disimpan melebihi 3 hari kerana kandungan nutrisinya boleh terjejas, terutamanya apabila peti sejuk anda terlalu padat dan mengandungi pelbagai jenis makanan.

Dah tahu ni, sama-samalah kita cuba elakkan tabiat ini demi kesihatan diri dan keluarga.

Jom amalkan cara penyimpanan yang betul!

 

*Sumber: Science Notes, MyHealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×