Seperti yang kita tahu, kebanyakkan makanan ringan anak-anak yang dijual di pasaran sekarang pasti ada diselitkan sekali mainan kecil untuk mereka. Hal ini kerana akan membuatkan mereka teruja dan lebih mengemari makanan ringan tersebut.
Sebagai anak kecil, sudah tentunya mereka akan menyukainya dan tidak khuatir dengan mainan yang disediakan. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya mengundang bahaya seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Ummi Kalsum Ismail.
Baca juga: Ibu Bapa Terlalu Perfectionist Boleh ‘Bunuh’ Emosi & Minda Anak
IBU TERJUMPA MAINAN ANEH DALAM JAJAN ANAK, TAK SENONOH
Menurut Ummi Kalsum, mainan tersebut boleh meracuni minda anak-anak kerana sangat tidak sesuai untuk mereka yang masih kecil.
Hari tu anak saudara yang berusia 7 tahun makan lolipop. Kawan beri katanya. Jarang mereka dapat makan jajan ni, sebab tu tanya dapat mana. Lolipop tu dapat sekali mainan kecil dalam plastik.
Mulanya saya tak perasan mainan apa. Ingatkan keychain atau binatang mainan. Tergerak hati minta nak tengok mainan tu.
“Astaghfirullahalazim … Mainan apa bagi budak-budak ni. Tak senonoh betul!”
Terkejut saya bila tengok betul-betul mainan tu. Mujurlah anak saudara saya belum buka mainan tu. Masih dalam plastik. Dia pun tak tahu mainan apa yang dia dapat.
Terus saya minta untuk ambil. Saya cakap pada dia, mainan ni tak elok. Kalian lihatlah sendiri mainan apa. Kita yang dah dewasa ni memang tak perasan mainan kecil macam ni melainkan tengok betul-betul. Iyalah, mainan ni lebih kurang besar ibu jari tangan sahaja saiznya.
Bekas kuning tu letak air. Nanti bila picit akan keluar air sebelah depan.
Anak-anak pula tak tahu benda begini tak elok bawa main. Seronok dapat mainan free. Lepas ni kena:
- Lihat mainan apa yang mereka dapat
- Jika dapat yang begini, cepat ambil dan buang
- Beritahu mereka, benda begini benda tak elok
Saat masyarakat kita berperang dengan pelbagai isu seks bebas, rogol, sumbang mahram dan sebagainya, ada pula pihak yang senang-senag secara halus nak kacau fikiran anak-anak kita. Haih, geram betul!
Sumber: Facebook Ummi Kalsum Ismail