Rakyat

Ibu Dakwa Anak Teruk Dirotan Guru Hanya Kerana Tak Siap Kerja Sekolah, Pembaris Pun Patah!

31
SHARES
anak dirotan guru

Merotan anak-anak apabila melakukan kesalah merupakan antara taktik yang digunakan oleh ibu bapa untuk melatih kepimpinan diri. Itulah juga cara yang digunakan oleh orang dahulu dalam mendidik anak.

Tetapi, merotan juga kadang-kala digunakan oleh para guru di sekolah jika adanya kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid. Namun, harus diingatkan bahawa perbuatan merotan ini tidaklah sampai melampaui batas.

IBU DAKWA ANAK TERUK DIROTAN GURU

Seorang ibu dikenali sebagai Puan Eda Ni menerusi satu posting di laman Facebook mendakwa anaknya telah dirontan oleh seorang guru. Tidak berakhir di situ, wanita ini turut berkongsi beberapa keping foto yang dijadikan bukti anaknya telah menjadi mangsa.

anak kena rotan

Perkongsian tersebut juga menimbulkan tanda tanya di sebalik motif kejadian berkenaan yang disifatkan tidak wajar. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Alor Setar, Kedah.

PEMBARIS PUN PATAH!

anak dirotan guru

Menerusi empat foto yang dikongsi memaparkan keadaan lengan anaknya yang ‘berbirat’ dan muka anaknya yang juga bercalar. Bahkan, foto pembaris yang sudah ‘patah’ turut dikongsi memberi gambaran anaknya dipercayai telah dipukul menggunakan pembaris kayu tersebut.

Bercerita lebih lanjut, wanita ini mendakwa guru anaknya berbuat demikian kerana anaknya gagal menyiapkan kerja sekolah yang baru sahaja diberi.

Menerusi dua posting yang lain, wanita ini turut berkongsi sudah membawa anaknya ke klinik dan satu laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang info tambahan di sebalik kejadiaan berkenaan.

Allahuakhbar Terima kasih doa semua. Allah permudahkan. Biar undang-undang tentukan.

Berikut merupakan posting terbaharu dari ibu kanak-kanak ini.

Sumber: Puan Eda Ni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×