Nur

Apa Sebenarnya Hukum Buat Korban Di Luar Negara, Ini Penjelasan Dr Zaharuddin

193
SHARES

“Alhamdulillah ada rezeki duit lebih last minute nak Raya Haji ni. Kalau nak join korban berkelompok dekat surau tu, rasanya dah tutup. Boleh ke aku join korban online yang buat dekat Kemboja atau negara-negara lain tu?”

Mesti ramai antara kita yang dah lazim dengan iklan di TV yang menawarkan khidmat memudahcara bagi kita yang nak melakukan ibadah korban di zaman ini.

Tapi apa sebenarnya hukum kalau kita menunaikan ibadah korban ini di luar kawasan atau di negara lain? Adakah lebih elok korban dibuat di negara susah atau di kawasan sendiri?

Dalam sebuah posting di Facebook, Dr Zaharuddin ada mengulas perihal ini dengan terperinci.

Mari kita baca selanjutnya. Semoga ia memberi pencerahan dan pengetahuan kepada kita semua sebagai umat Islam.

aqiqah untuk bayi

Foto Kredit: kemahiran.kbs.gov.my

QURBAN DI LUAR NEGARA & HUKUM

Soalan :

Mana yang terbaik, melakukan ibadah Qurban di dalam negara atau di negara luar yang lebih memerlukan?

Adakah sah sebagai qurban pula jika dilaksanakan di luar negara?

Jawapan :

Hampir semua ulama bersetuju bahawa sebaiknya penyembelihan kurban :-

1. Dilakukan sembelihan itu dengan TANGAN sendiri.

Itu disepakati paling afdhal kerana ia adalah suatu ibadah selain juga Sunnah baginda Nabi Muhammad salla allahu ‘alaihi wasallam.

2. Jika berkongsi bahagian (seperti lembu yang dikongsi 7 bahagian) atau tidak mampu untuk menyembelih haiwan Qurban, diharuskan mewakilkan kepada orang yang lebih tahu untuk melaksanakannya.

3. Jika sudah diwakilkan, maka SUNAT untuk MENGHADIRI majlis penyembelihan Qurban dan menyaksikannya, sama ada lelaki ataupun wanita.

Ini dari hadis nabi kepada Fatimah r.a untuk menyaksikan upacara terbabit. Dengan demikian, orang yang melaksanakan Qurban itu dapat menjiwai dan merasa sendiri proses ibadah Qurban itu dilakukan, itulah sebuah syiar Islam yang besar, berbanding mereka yang hanya menghantar wang ke pihak NGO dan mungkin tidak tahu bila secara specifik penyemeblian bahagian Qurbannya dilakukan, malah TIDAK TERASA pun dia sedang melakukan Qurban pada tahun tersebut.

4. Penyembelihan qurban di tempat sendiri adalah cara paling tepat untuk menaikkan syiar Allah swt iaitu Qurban pada musim Aidil Adha.

Juga terdapat ayat al-Quran (surah al-Hajj aya ke-28 yang jelas menyatakan orang yang berqurban untuk makan sebahagian dari daging qurbannya, hal ini akan terhalang disebabkan berqurban secara wakil ke luar negara.

5. Baginda Nabi juga melaksanakan semua ibadah Qurban baginda di Madinah dan tidak di bawa ke negara luar.

Justeru itu, dari keadaan yang yang disebut di atas maka yang disepakati afdhal oleh para ulama, secara umumnya Qurban yang LEBIH BAIK adalah dilaksanakan di tempat kita berada dan mencari kehidupan.

Kecuali bagi sebahagian individu yang melakukan kerja amal dan berqurban di luar negara kerana menguruskan sekaligus qurban pihak lain.

Maka tiada masalah baginya untuk berqurban di luar negara dan dia sendiri turut menyembelih dengan tangannya.

Hukum Qurban Di Luar Negara Berbeza Mengikut Mazhab

Dalam keadaan biasa seperti tiada melakukan kerja amal di luar negara, para ulama berbeza pendapat dalam menentukan keharusan melakukan ibadah Qurban di luar negara atau kawasan hidupnya dan pekerjaannya.

Mazhab Hanafi : Makruh dipindahkan ke luar kawasan kecuali jika disebabkan ada kerabatnya di sana atau yang lebih memerlukan.

Mazhab Maliki : TIDAK HARUS dipindahkan sembelihan ke luar kawasan yang melebihi jarak musafir, kecuali jika ahli di luar kawasan lain tadi TERSANGAT MEMERLUKAN maka bolehlah sebahagian besar dipindahkan, dan berbaki sedikit di kawasannya sahaja.

Al-Syafie dan Hanbali : HARUS dipindah ke luar kawasan yang TIDAK melebihi jarak musafir, namun terdapat ulama dari kalangan mereka yang mengHARAMkan memindahkannya jika lebih dari jarak musafir.

Imam Al-Nawawi dalam kitab al-Majmu’ akui terdapat dua pendapat dalam hal ini. Imam al-Mawardi menyatakan tidak halangan untuk dipindahkan. Namun Imam al-Ramli, tidak mengharuskan dengan qiyas kepada haramnya dipindahkan zakat lebih dari jarak musafir.

Ulama Kontemporari dan beberapa badan Fatwa seperti Saudi, UAE dan lain-lain: Harus dipindahkan ke negara yang terdapat ramai yang lebih memerlukan.

Maka boleh disimpulkan, adalah HARUS dan SAH hukumnya melaksanakan Qurban secara wakil ke Luar negara tetapi yang terbaik dan tiada khilaf adalah di tempat sendiri.

 

*Sumber: Dr. Zaharuddin Abd Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×