Kewangan

Ekonomi Negara Membimbangkan, Malaysia Kena Fokus 3 Perkara Ini Kalau Nak ‘Selamat’

40
SHARES

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menzahirkan rasa bimbang terhadap ekonomi Malaysia yang disifatkan agak ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran lain di rantau ASEAN.

Perkara ini disuarakan oleh beliau ketika ditemubual oleh pihak Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Baca juga: Dikenali & Berjaya Dalam Bidang Perniagaan, Ini Sebab Datuk Seri Johari Abdul Ghani Jadi Inspirasi Ramai

KEDUDUKAN EKONOMI NEGARA MEMBIMBANGKAN

parlimen.gov.my

Bekas Menteri Kewangan Ke­dua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara petunjuk tersebut adalah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Pelaburan Langsung Asing (FDI), pertumbuhan pendapatan per kapita dan jumlah hutang negara.

“Kedudukan ekonomi negara sungguh membimbangkan saya. Kalau kita lihat beberapa indikator (petunjuk) ekonomi, ia tidak menunjukkan kita berada dalam kedudukan yang selesa.”

“Dari segi KDNK tahun 2021, ekonomi kita berkembang pa­ling corot jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain.”

Jelas Johari, Malaysia hanya berkembang 3.1 peratus berbanding Filipina 7.4 peratus, Kemboja 6.8 peratus, Vietnam 6.7 peratus dan Indonesia 6.1 peratus.

Tambahnya lagi, pendapatan perkapita Malaysia dari 2018 hingga 2021 juga berada pada kedudukan paling bawah berbanding negara lain di rantau ASEAN iaitu hanya berkembang 0.3 peratus. Manakala Vietnam 4.4 peratus dan Indonesia 4.0 peratus.

PENDAPATAN NEGARA TIDAK BERKEMBANG SELARI DENGAN PENDAPATAN KERAJAAN

Bukan itu sahaja, dengan hutang-hutang yang begitu tinggi, pembayaran faedah juga makin bertambah sehingga mencecah lebih RM42 billion setahun. Sedangkan pendapatan negara tidak berkembang selari dengan pendapatan kerajaan.

Bagi memulihkan kembali ekonomi, Johari menjelaskan tiga perkara penting ini perlu diberi perhatian iaitu kestabilan politik, pemimpin yang cekap dan pemimpin yang berintegriti selain mempunyai pelan jangka pendek dan panjang yang berkesan.

“Agak sukar kita mengatasi (kejatuhan ekonomi). Yang pasti­nya kita perlu ada tiga perkara penting iaitu kestabilan politik – de­ngan mendapat mandat baharu dan yang meyakinkan supaya kerajaan boleh menggubal dan melaksanakan polisi-polisi yang tidak popular bagi membaik pulih semula ekonomi ini tanpa menyebabkan kerajaan itu akan dijatuhkan.”

Tambahan pula, negara juga memerlukan pemimpin-pemimpin yang mempunyai pengalaman dan kecekapan (competency) dalam urusan membaik pulih ekonomi ini. Negara juga perlu mempunyai pemimpin-pemimpin yang mempunyai integriti dan dipercayai rakyat.

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×