Didik

“Awareness Tahap Awesome”, Satu Dewan Senyap Sunyi Bantu Pelajar Autisme Naik Pentas Di Hari Graduasi

1.7K
SHARES

Seperti ibu bapa lain, Barbara dan Patrick Higgins tentunya mengimpikan untuk menghadiri hari graduasi bagi anak mereka, Jack.

Namun bagi mereka, impian ini boleh dikatakan mustahil sebab anak mereka tidak seperti remaja lain. Jack didiagnos dengan severe autism yang sangat bencikan bunyi bising dan tak suka menghadiri sebarang majlis keramaian.

Disebabkan itu, keluarga Jack tak pernah menyangka mereka akan melihat Jack menerima diploma dan menghadiri hari graduasi seperti orang lain.

Video di bawah menjadi viral apabila Hari Graduasi yang biasanya meriah dengan sorakan dan tepukan bertukar sunyi sebagai tanda sokongan kepada seorang pelajar autisme, Jack Higgins.

Alami Masalah Sensori

Jack adalah pelajar autisme, seorang non-verbal dan sangat sensitif terhadap bunyi. Dia akan menutup telinga dengan tangannya ketika menjangkakan bunyi yang kuat. Malah, akan memberi reaksi seolah-olah berada dalam kesakitan.

Untuk bergraduasi, Jack perlu berada di dalam sebuah dewan auditorium dengan lebih 2,200 hadirin.

Kalau ikut logik, takkanlah dewan dengan orang yang ramai macam tu tak bising, kan? Nak-nak pula semua tengah excited. Biasalah, nak konvo kan!

Idea Sebuah Silent Graduation

Tapi ada satu plan genius.

Pengetua Carmel High School, Lou Riolo telah berbincang dengan ibu bapa Jack serta guru Pendidikan Khas, Erin Apelle tentang ideanya : A Silent Graduation.

Apa yang dirancangkan adalah sebuah hari graduasi yang senyap sunyi bagi membolehkan Jack menghadirinya seperti orang lain.

Dalam perancangan Riolo, selepas nyanyian lagu nasional nanti beliau akan ‘menyelit’ dan memberi ucapan khas untuk memberitahu apa yang perlu dilakukan kepada seluruh warga dewan bagi membantu Jack bergraduasi seperti pelajar lain.

Idea ini dipersetujui, namun ada juga yang sangsi sama ada 2,200 orang dalam dewan boleh memberi kerjasama pada hari tersebut nanti.

Namun Riolo mahu komuniti faham tentang keperluan khas bagi orang seperti Jack. Beliau juga yakin bahawa komuniti ini akan bekerjasama untuk menjayakan acara ini sekiranya mereka diberi peluang untuk berbuat demikian.

Apa Yang Berlaku Pada Hari Tersebut

Ketika mula diberitahu, keluarga Jack rasa gembira dan macam tak percaya.

Apa yang lebih istimewa, pada hari graduasi tersebut Riolo memberi ucapan khusus tentang sifat belas kasihan dan menerangkan bagaimana hari graduasi tersebut adalah sebuah acara yang luarbiasa.

“Tak seperti kita semua, Jack sangat sensitif terhadap bunyi bising. Jadi saya minta kita beri laluan untuk Jack menerima diploma pada awal acara ini. Untuk membolehkan Jack naik ke pentas ini, saya perlukan anda semua supaya tidak bertepuk dan tidak bersorak. Ya betul, jangan bertepuk dan jangan bersorak kerana ini akan membuatkan Jack berasa resah,” kata Riolo dalam ucapan beliau.

Ketika nama Jack dipanggil, seluruh dewan senyap sunyi. Tak ada tepukan, tak ada sorakan. Tak ada bunyi apa-apa.

Semua senyap. Ya, satu dewan senyap.

Jack pula berjalan menuju ke pentas dengan menekup telinga sambil diiringi oleh abang dan adiknya.

Bila Jack sampai ke pentas dan dah terima skrol, hadirin bangun memberikan standing ovation. 

Jack berjaya menaiki pentas dan menjadi penerima skrol yang pertama pada hari tersebut.

“Apa yang Jack lakukan adalah sesuatu yang sangat berani. Ia sangat menakjubkan dan menyentuh perasaan. Ia tentunya detik yang sangat berharga buat Jack, malah juga semua pelajar kami,” kata Riolo.

“Detik ini sangat istimewa dan takkan dapat kami lupakan. Kami harap para pelajar di sini tahu bahawa apa yang mereka lakukan sangat besar maknanya buat kami sekeluarga,” akhiri ahli keluarga Jack.

SL: Wah, rasa terharu dengan tahap kefahaman dan kesedaran masyarakat di sana tentang autisme. Salute pada pengetua tu. Ibu bapa Jack mesti rasa seronok sangat. Inilah pentingnya autism awareness dalam masyarakat kita!

*Sumber gambar & berita : Today 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×