Nur

Cara Solat Sunat Istisqa’ Mohon Hujan, Secara Berjemaah & Sendirian

250
SHARES

Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba. Melalui solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT.

Bagi sesebuah daerah atau negeri yang menghadapi masalah keputusan air kerana kemarau, sedangkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya, ia dituntut untuk menunaikan solat istisqa’ iaitu solat meminta hujan, agar diturunkan hujan.

Foto Kredit: nasional.tempo.id

Hukum Solat Sunat Istisqa’

Hukum melakukan solat istisqa’ adalah sunat muakkad ke atas orang yang mukim, musafir, merdeka, hamba, yang sudah baligh dan belum baligh, lelaki serta perempuan.

Solat sunat ini dilakukan bagi tujuan meminta hujan. Jika tidak berkehendakkan hujan maka hukumnya tidak harus dan tidak sah.

Foto Kredit: Berita Harian

Cara Solat Sunat Istisqa’

Mungkin kita biasa nampak solat sunat ini dianjurkan di masjid atau surau sesebuah tempat yang dilanda kemarau atau musibah yang memerlukan hujan seperti jerebu.

Walaupun ianya lebih afdhal dilakukan secara berjemaah, ia juga sebenarnya boleh dilakukan secara sendirian.

Berikut adalah cara melakukan solat sunat istisqa’ menurut lampiran oleh laman web e-Masjid Jabatan Agama Islam Selangor.

Kaifiat Solat Istisqa’

Solat Sunat Istisqa’ dilakukan dua rakaat sama seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain, cuma ada sedikit tambahan pada takbir seperti solat Hari Raya.

Berikut adalah caranya:

1. Lafaz Niat

Lafaz niat solat istisqa’ adalah:

*Maksudnya: Sahaja aku solat sunat istisqa’ dua rakaat menjadi imam / makmum / sendirian kerana Allah Taala.

2. Doa Iftitah & Takbir

Seperti solat hari raya, selepas membaca doa iftitah bertakbir sebanyak 7 kali dengan diselangi bacaan tasbih bagi rakaat pertama dan 5 kali takbir
yang juga diselangi dengan tasbih bagi rakaat kedua.

Lafaz tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، وَاللهُ أَكْبَرُ

 لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 

3. Membaca Al Fatihah & Surah

Imam sunat menyaringkan suara ketika membaca fatihah dan surah.

Selepas membaca Al-fatihah, disunatkan membaca surah al-A’la bagi rakaat pertama dan surah al-Ghasyiah bagi rakaat kedua.

4. Meneruskan Solat Hingga Selesai 2 Rakaat

Solat diteruskan dengan rakaat kedua sehingga salam.

5. Khutbah

Selepas salam dan selesai solat, imam atau khatib disunatkan berkhutbah
(membaca dua khutbah).

Foto Kredit: meldmagazine.com.au

Persediaan Bagi Melaksanakan Solat Sunat Istisqa’

Perlu menginsafi bahawa manusia tidak mempunyai upaya untuk menentukan
sesuatu, kecuali dengan kehendak Allah SWT.

Oleh itu sebelum solat atau
bermunajat kepada Allah SWT perlu membuat persediaan berikut, antaranya:

1. Seluruh penduduk diminta meninggalkan maksiat dan bertaubat kepada Allah SWT.

2. Seluruh penduduk dengan pakaian yang biasa atau sederhana diminta turut
sama keluar beramai-ramai ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan
solat secara berjamaah.

waktu mustajab berdoa

Foto Kredit: islandbrewery.co.uk

Hujan Adalah Rahmat Daripada Allah

Hujan adalah rahmat dan rezeki kurniaan Allah SWT kepada manusia.

Firman Allah Taala:

وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا

Maksudnya, “Dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci”

(Surah al-Furqan: 48).

Firman Allah Taala lagi:

وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ

Maksudnya: “Dan Allah menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi rezeki (makanan) bagi kamu”

(Surah Ibrahim 32).

Dalam usaha kita melakukan pelbagai cara menghadapi musibah dan bencana, ingatlah juga bahawa manusia adalah makhluk yang serba lemah. Semuanya berlaku dengan izin Allah.

Maka dianjurkan melakukan solat sunat istisqa’ dengan penuh pengharapan kepada Allah.

Semoga Allah mendengar rintihan kita dan sudi mengelokkan cuaca serta menurunkan hujan bagi kita yang memerlukannya. Insha Allah.

 

*Sumber rujukan: Laman web e-Masjid Jabatan Agama Islam Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×