Rumah

Cara Simpan Milo Supaya Tak Keras, Guna ‘Oxygen Absorber’. Beli Kat Kedai Kuih Je

6
SHARES
cara simpan milo supaya tak keras

Memang frust kalau simpan Milo, Nescafe, Horlicks atau susu tepung lepas tu dia jadi keras dan berketul kan?

Kadang tu dah simpan dalam bekas yang elok dan kedap udara, tapi tetap juga jadi macam ni…

Tular hari ini sebuah posting di Facebook tentang penggunaan oxygen absorber yang digunakan untuk simpan Milo.

Menurut Lola Lolieta, inilah cara yang  biasa digunakan olehnya untuk elakkan Milo, Nescafe, atau apa-apa serbuk daripada jadi keras apabila disimpan dalam bekas.

Oxygen absorber ini boleh dibeli dari kedai kuih.

Kalau tengok pada gambar, untuk satu pek (dalam ada 50pcs) harganya lebih kurang RM7.60.

Ini cara nak simpan Milo guna oxygen absorber tu.

Ini contoh paket yang boleh dibeli di kedai kek dah alatan kuih.

Kredit Gambar: Lola Lolieta

Mungkin ramai nak tahu lebih lanjut, apakah sebenarnya oxygen absorber dan adakah ia selamat digunakan untuk makanan?

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang oxygen obsorber menerusi sebuah perkongsian dari Pusat Racun Negara.

Apakah ‘Oxygen Absorber’?

Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?

Tahukah anda fungsi kedua-dua bahan ini?

Fungsi Oxygen Absorber

‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala, ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.

Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.

Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?

PERBEZAAN PENYERAP LEMBAPAN DAN PENYERAP OKSIGEN

1. Kegunaan Pada Produk

Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk.

Penyerap lembapan (silica gel) biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan.

Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.

2. Bahan 

Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika.

Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam.

3. Ada Ia Selamat?

Kedua-dua bahan ini boleh digunakan dan dapat membantu ketahanan produk.

Oxygen absorber secara khususnya dapat membantu makanan seperti kacang, kerepek, kuih raya dan biskut kekal fresh dan tidak berbau hapak.

Secara umumnya, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.

Bahan dalam penyerap oksigen pula adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut. Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.

apakah fungsi oxygen absorber

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini.

Walaupun ia selamat digunakan, namun sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak ok!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×