Deko & Hias

Buat Sendiri Baja Pisang Di Rumah, Tanaman Lebih Lebat & Menjadi!

6
SHARES

Pisang selain enak dimakan, ia juga dibuat cekodok atau jemput-jemput sekiranya sudah lembik. Namun untuk pisang yang sudah terlalu rosak anda boleh manfaatkan ia sebagai baja untuk tanaman anda.

Kebaikannya bagus digunakan pada tanaman yang baru sahaja berbuah atau berbuang. Hal ini dapat merangsangkan pengeluaran bunga yang akan lebih banyak dan dapat meningkatkan kualiti buah. Syarat mol pisang perlu dibuat dengan menggunakan pisang yang telah dimasak.

Baca juga: Cara Buat Marshmallow Sendiri Di Rumah, Bahan Digunakan Pun Sihat-Sihat!

CARA MUDAH BUAT MOL PISANG SENDIRI DIRUMAH

Ada sesetengah orang panggil mol pisang dan ada yang panggil  pati baja pisang. Tetapi dalam bahasa pertanian, ia dipanggil Fermented Fruit Juice (FFJ) Pisang.

Nak buatnya tak lah payah pun. Yang penting mesti guna pisang masak. Lagi masak ranum, lagi baik. Nak guna kulit sahaja pun boleh, tak ada masalah. Janji kulit tu daripada pisang masak.

Mol pisang ni antara FFJ yang paling tinggi Kalium (K). Dalam mol pisang ni ada lebih kurang 1.2% Potassium Oxide (K2O).

Bahan-bahan:

1. Pisang masak atau kulit pisang : 1 bahagian

2. Gula merah atau molases : 1 bahagian

3. Bekas plastik : 1 unit (pastikan bekas yang sesuai. Bila semua bahan dimasukkan kedalam bekas tersebut, ruang kosong dibahagian atas sekurang-kurangnya 1/3 daripada tinggi bekas tersebut).

4. Kain bersih atau kertas tanpa karbon : 1 unit

5. Tali atau getah : 1 unit

Pilih buah pisang yang dah masak dan timbang beratnya, contoh ini berat pisang adalah 630 gram (1 bahagian).

Potong kecil-kecil pisang tadi. Tak perlu buang kulit tau. Potong sahaja lebih kurang 2-3 cm.

Timbang gula merah. Beratnya mesti sama dengan berat pisang (630 gram bersamaan 1 bahagian). Jika terlebih sikit, tidak menjadi masalah.

Masukkan gula merah ke dalam bekas. Pastikan dasar bekas dilitupi oleh gula merah.

Letak pisang yang dipotong tadi di atas lapisan gula merah. Tinggi lapisan pisang ini adalah sekitar 3-5 cm.

Letakkan lagi gula merah hingga menutupi lapisan pisang.

Masukkan lagi potongan pisang di atas lapisan gula merah. Tingginya adalah 3-5 cm.

Akhir sekali, letakkan semua baki gula merah dibahagian atas.

Gula merah dan pisang disusun secara berlapis-lapis supaya proses fermentasi berlaku dengan sempurna. Perlu diingat, lapisan bawah dan lapisan paling atas adalah gula merah.

Pastikan ruang kosong dibahagian atas bekas sekurang-kurangnya 1/3 daripada tinggi bekas.

Ini penting supaya proses fermentasi berlaku dengan sempurna. Jika ruang kosong kurang 1/3 cm maka perlu tukar kepada bekas yang sesuai.

Tutup dengan kain bersih. Ikat dengan tali bagi ketat. Simpan tempat redup selama 7-10 hari.

Boleh juga tutup dengan kertas tanpa karbon. Contohnya kertas putih dan kertas minyak.

Kertas berkerbon seperti surat khabar dan sewaktu dengannya tidak disyorkan kerana khuatir karbon pada kertas tersebut boleh menggangu proses fermentasi.

Selepas 7-10 hari diperam, asingkan pati baja dengan sisa pisang menggunakan penapis yang sesuai.

Masukkan pati baja yang siap ditapis ke dalam botol. Untuk simpanan bagi tempoh yang lama, pastikan lubang dibuat pada penutup botol dan ada ruang kosong 1/3 daripada tinggi botol tersebut.

Simpan ditempat redup. Tahan dalam tempoh 6-12 bulan.

Sumber: Facebook Azuan Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×