Business

Bermula Dari Bawah, Kisah 10 Peniaga Tempatan Ini Wajar Dijadikan Sebagai Inspirasi

1.2K
SHARES

Ketika pandemik ini, pastinya ramai yang terkesan dari segi kewangan. Maka tak hairanlah jika kita melihat ramai yang mula menceburi bidang perniagaan demi kelangsungan hidup.

Perniagaan semestinya bukanlah satu perkara mudah. Pelbagai cabaran yang bakal dihadapi namun hasilnya suatu hari nanti pasti mampu membuatkan kita berbangga dengan diri sendiri.

Jom baca kisah 10 peniaga tempatan ini yang boleh dijadikan contoh buat anda yang sedang bertatih dalam bidang perniagaan.

Rosuzila Akma Mohamed Nor – Surich Collection Enterprise

Dilahirkan dalam keluarga nelayan, Rosuzila Akma Mohamed Nor, 32, sentiasa membantu ibunya membuat ikan masin dan mengikutnya berniaga di felda-felda. Mesra dipanggil Sue, beliau berazam meluaskan produk ikan masin ibunya ke pasaran Malaysia.

Sue menjual produk ikan masin dan tenggiri jeruk jenama Surich yang diyakini halal dalam syarikat Surich Collection Enterprise. Setelah ibunya meninggal dunia, beliau seperti patah semangat namun sokongan keluarga membuatnya mahu meneruskan perniagaan.

Turun seawal jam 3 pagi 3 kali seminggu bagi mendapatkan bahan mentah yang segar telah menjadi rutin beliau. Namun usahanya membuahkan hasil kerana perniagaannya kini telah dapat menembusi pasaran tempatan.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya di Facebook Tenggiri viral. KLIK SINI.

Mohamad Izwan Ab Khalid – Mazwan Imani Enterprise

Setelah berhenti kerja sebagai jurutera lapangan, Mohamad Izwan Ab Khalid, 39, mengambil keputusan drastik untuk memulakan perniagaan berasaskan buah durian belanda sepenuh masa.

Sebagai pengusaha syarikat Mazwan Imani Enterprise, Mohamad Izwan menjual produk utamanya iaitu Jus Durian Belanda Imani yang original dari isi buah, tanpa pengawet dengan gula nano sebagai pemanis. Teknologi retort dalam proses pembuatan menjadikan jus ini boleh bertahan selama setahun.

Walaupun banyak produk jus durian belanda di pasaran, Mohamad Izwan sentiasa memikirkan keunikan produknya. Kini, beliau berbangga dapat menghasilkan produk berkualiti lain dari yang lain.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya di Facebook Jus Durian Belanda IMANI. KLIK SINI.

David Foo – Best Hygiene Plt

Merupakan graduan ahli kimia dari UTM Skudai, David Foo, 39, yang berasal dari Melaka menceburi dunia perniagaan dalam menghasilkan produk pencuci berasaskan bahan kimia bersama ayahnya.

Antara jenama produk yang dihasilkan oleh beliau di Syarikat Best Hygiene Plt atau Daya Awana Industri Sdn Bhd ialah Super Tot, Gotop, Daya, Twincare dan Attarzen. Bermula daripada kilang di halaman rumah dengan fasiliti terhad, kini beliau berjaya membawa perniagaan keluarganya ke taraf antarabangsa.

Memastikan kualiti yang konsisten dan memahami keperluan pengguna bukanlah mudah. Namun, beliau tetap dengan prinsip berfikir lebih awal daripada keperluan pelanggan dan mencari peluang yang ada. Paling penting, David tidak pernah berhenti mencuba inovasi baru.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya di Shopee. KLIK SINI.

Fauzidah Muhamad Mokhtar – Hunny Bizz & Co

Ibu tunggal kepada lima orang anak ini merupakan anak jati Johor dan mempunyai pendidikan dalam Pengurusan Perniagaan dari UiTM. Demi membesarkan anak-anak, Fauzidah Muhamad Mokhtar, 47, memilih untuk berniaga bagi menjana pendapatan.

Menjadi pengusaha syarikat Passion Bizz Solutions (M) Sdn Bhd untuk mendidik masyarakat tentang khasiat madu, Fauzidah menjual produk berasaskan madu dan campuran ekstrak buah-buahan berjenama Hunny Bizz & Co. Tidak hairanlah jika kini produknya mendapat sambutan baik daripada pembeli tempatan.

Fauzidah menghadapi kesukaran untuk meyakinkan pembeli mencuba produk tempatan dengan kekurangan modal. Namun produknya masih mampu kekal di pasaran dengan keadaan ekonomi sekarang.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya di laman sesawang https://passionbizz.my/.

Ahmad Asyraf Hakimi – Zs Maju Products

Anak ketiga dari tujuh beradik, Ahmad Asyraf Hakimi, 31, mengusahakan perniagaan bersama ibunya. Siapa sangka pemuda dari Kelantan ini telah berkecimpung dalam perniagaan selama 20 tahun di usia yang muda.

Ahmad Asyraf menjual produk kerepek jenama Zais dalam syarikat Zs Maju Products. Kerepeknya yang bermutu dan sedap mendapat sambutan ramai sehingga dapat memasarkannya di Shell seluruh Malaysia. Beliau juga pernah menerima anugerah daripada Sultan Kelantan pada 2019.

Walaupun sering menghadapi cabaran modal pusingan dengan harga bahan mentah tidak menentu, beliau sentiasa fokus dalam memikirkan strategi terbaik dalam perniagaannya.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya dengan Whatsapp +60145231643 atau di Facebook ZAI’S Snacks. KLIK SINI.

Mohd Fahirurazi Yahya – Songkok Siblings

Berkelulusan SPM dan berasal dari Felda Kahang Barat Kluang, Johor, Mohd Fahirurazi Yahya, 39, mewarisi pembuatan songkok dari ayahnya. Beliau adalah generasi ketiga pembuat songkok yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Mohd Fahirurazi merupakan pengusaha syarikat Songkok Siblings And Enterprise yang menghasilkan Songkok Siblings. Beliau merupakan pembuat dan penjual songkok untuk individu swasta, NGO, persatuan badan kerajaan dan lain lain.

Akibat pandemik Covid-19, Mohd Fahirurazi lebih fokus kepada perniagaan dalam talian. Kekangan modal dan promosi tidak membuatnya putus asa untuk menarik perhatian pelanggan. Paling mengujakan, ramai pembeli ternyata berpuas hati dengan produknya.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya di Facebook Pembuat & Penjual Songkok Johor Bahru-Songkok Siblings And Enterprise. KLIK SINI.

Mohamad Hairy Zolkefle – Supreme Hero

Berasal dari Johor, Mohamad Hairy Zolkefle, 28 sudah mula berniaga sejak di usia muda lagi. Mohamad Hairy memulakan operasi syarikat Supreme Hero di Skudai, Johor Bahru sejak tahun 2019.

Supreme Hero merupakan produk sabun dan pewangi yang mempunyai lima jenis produk utama iaitu sabun cucian pakaian (cecair), sabun cucian pakaian (serbuk), sabun cucian pinggan, sabun pelbagai guna dan pewangi kereta. Paling penting, produk ini telah mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM.

Dengan modal yang sedikit, Mohamad Hairy hanya mampu memulakan perniagaanya tanpa sebarang mesin. Paling tragis, beliau juga pernah disabotaj oleh pihak pembekal. Namun berkat kesabarannya, kini beliau memiliki lebih 2000 orang pengedar di seluruh Malaysia.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya di laman sesawang http://www.supremehero.com.my/.

Nabila Suhairy – Hadji Ice Cream

Anak keempat dari lapan adik beradik ini lahir di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan secara ‘home school’. Sejak umur 12 tahun, Nabila, 34, telah membantu ibunya berniaga. Bermula umur 27 tahun, beliau mula mengendali perniagaan pembuatan kilang aiskrim.

Nabila menjual produk aiskrim pelbagai jenis dan perisa jenama Hadji Ice Cream di syarikat Al-Jazeera Ice Cream Sdn Bhd. Paling menarik, produknya turut menawarkan perisa citarasa orang Malaysia seperti durian, teh tarik dan sirap bandung.

Kekangan kewangan sudah semestinya dihadapi oleh setiap peniaga. Begitu juga dengan Nabila yang kekurangan wang untuk mendapatkan pensijilan dan kemasukan produk ke pasar raya. Siapa sangka kini syarikatnya berjaya memberi banyak peluang pekerjaan kepada ramai orang.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya di Shopee dan Lazada. Klik mana-mana link di bawah.

Mohd Fazli Ibrahim – Qfazz Kleen

Pemuda dari Kedah, Mohd Fazli, 39, mulakan perniagaan menjual produk pencuci selepas tamat SPM. Paling mengagumkan adalah sifatnya yang tidak kenal erti putus asa.

Menjadi pengusaha Fnz Berkat (M) Sdn Bhd di usia muda, Mohd Fazli menjual produk pencuci berasaskan minyak sawit berjenama Qfazz Kleen. Produknya juga telah mendapat pengiktirafan sijil Halal oleh JAKIM. Harganya di pasaran juga amat berpatutan.

Bukan senang untuk menyakinkan pengguna, lebih-lebih lagi produk berkaitan cucian. Mohd Fazli cuba bersaing dengan produk lain yang sudah lama di pasaran. Produknya pernah mendapat maklum balas positif daripada pelanggan dan kini berjaya menembusi pasaran luar negara di Brunei.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya di Facebook SABUN HALAL. KLIK SINI.

Yahayah Baba – Syazny

Berusia lebih 50 tahun, Yahayah Baba, 55, boleh dikatakan seorang yang legend kerana telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan pendidikan sijil Politeknik tahun 1986. Wanita yang berasal dari Melaka ini mempunyai tujuh orang anak dan telah pun dikurniakan dua orang cucu.

Menjadi pengusaha Syazny Food Industry, Yahayah memperkenalkan produk cili giling Syazny dalam penghasilan pes asam pedas dan pes ikan bakar. Beliau menawarkan produk ini kerana permintaan cili giling yang terlalu tinggi. Dengan tagline ‘Mudah Cepat Sedap’, produknya mudah digunakan dan diminati oleh penggemar masakan tradisional Melaka.

Yahayah banyak kali memikirkan cara untuk memasarkan produknya di pasaran terbuka. Paling menggembirakan beliau adalah apabila memenangi beberapa pertandingan sehingga mendapat perhatian salah sebuah restoran di Melaka bagi mengambil produk pes ikan bakar beliau untuk dijual sewaktu MAHA 2016 berlangsung di MAEPS Serdang.

Berminat untuk membeli produk beliau? Dapatkannya di laman sesawang http://syaznyfoodindustries.my/.

Jom sokong jenama usahawan tempatan

Setiap peniaga mempunyai kisah suka duka mereka tersendiri dalam bidang perniagaan. Lihat bagaimana peniaga-peniaga tempatan ini berniaga tanpa erti takut untuk mula dari bawah. Orang Malaysia juga perlu mempunyai semangat patriotisme beli produk tempatan.

Oleh itu, kami mahu mengajak anda untuk menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia oleh Kementerian dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan membeli produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ya.

Tanamkan dalam jiwa, kita kena sokong barang orang kita!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×