Bersalin

Normal Ke Bentuk Kepala Bayi Tak Bulat Elok, Ini 5 Perkara Ibu Perlu Tahu

1.1K
SHARES
bentuk kepala bayi

“Eh, kenapa kepala baby ni tak bulat elok ye. Bila dah cukur baru perasan dia macam leper sebelah. Nanti akan kekal macam ni ke? Apa nak buat ni?”

Mesti ibu ayah rasa pelik bila nampak kepala bayi baru lahir yang tak berbentuk bulat. Ada yang nampak melonjong, meleper di bahagian belakang dan ada pula yang berlekuk atau mendatar di sebelah bahagian.

Adakah ini normal? Jom ketahui lebih lanjut tentang bentuk kepala bayi baru lahir.

5 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Bentuk Kepala Bayi

1. Tulang Tengkorak Masih Lembut Ketika Baru Lahir

Ibu jangan terlalu panik kalau nampak bentuk kepala bayi yang sedikit leper atau tidak simetri ketika baru lahir. Ini kerana tulang tengkorak bayi tidak belum lagi mengeras sehingga beberapa bulan selepas kelahiran.

Tulang yang lembut dan lentur ini sebenarnya membolehkan laluan lebih mudah untuk melalui saluran kelahiran semasa ibu bersalin tempoh hari.

Tulang yang fleksibel ini juga berfungsi untuk memberikan ruang otak bayi yang cukup untuk berkembang.

 

2. Kepala Bayi Berubah Bentuk Akibat Komplikasi Kelahiran

Kadangkala, bentuk kepala bayi yang sedikit ganjil ini boleh berlaku akibat komplikasi yang berlaku ketika saat kelahiran atau kes-kes lain contohnya apabila ibu mengandungkan anak kembar.

Ia juga boleh berlaku apabila bayi berkedudukan songsang dalam rahim dan ‘tersepit’ di bawah tulang rusuk ibu.

Foto Kredit: newkidscenter.com

3. Flat Head Syndrome

Tulang lembut pada kepala bayi bermakna kepala bayi dapat berubah bentuk apabila mengalami tekanan pada satu bahagian dengan kerap.

Flat head syndrome atau sindrom kepala rata adalah salah satu kondisi biasa untuk keadaan tidak simetri pada kepala bayi baru lahir. Ia berlaku apabila bayi biasa tidur atau berbaring dalam kedudukan yang sama.

Bergantung kepada ukuran tengkorak kepala bayi, terdapat beberapa keadaan abnormal tetapi tidak merbahaya iaitu:

  • Plagiocephaly : Permukaan kepala bayi leper atau mendatar pada sebelah bahagian kiri atau kanan, menjadikannya tidak simetri apabila dilihat dari depan.
  • Brachycephaly : Kepala bayi leper di bahagian belakang kepala, menjadikan bentuk kepala nampak besar apabila dilihat dari depan.

4. Adakah Ia Akan Kekal?

Dalam kebanyakan kes, bahagian leper pada kepala bayi ini akan kembali normal dengan sendirinya menjelang usia bayi mencecah sekitar 6 bulan.

Ketika ini, bayi akan mula meniarap, merangkak dan duduk. Bila banyak beraktiviti, bayi akan kurang berbaring dan kuranglah tekanan pada satu-satu bahagian tersebut.

Sungguhpun begitu, kepala bayi akan menjadi lebih keras apabila usianya meningkat.

Jadi, seeloknya ibu ayah berjumpa doktor seawal mungkin kalau perasan sesuatu yang ganjil pada bentuk kepala bayi agar ia dapat dikenalpasti jika memerlukan rawatan.

Foto Kredit: cdc.org

5. Craniosynostosis

Berbeza dengan flat head syndrome, craniosynostosis biasanya melibatkan kondisi yang lebih serius kerana ia boleh menjejaskan satu atau lebih sendi tengkorak bayi.

Ia tergolong dalam salah satu daripada beberapa kategori kecacatan pembentukan tengkorak sejak lahir.

Bagi keadaan ini, pertumbuhan plat suture tersekat atau terhad, lalu menyebabkan tekanan pertumbuhan tengkorak (cranial) yang menyebabkan masalah penglihatan dan menjejaskan pembangunan intelek. Dalam sesetengah kes ia dikaitkan dengan masalah abnormal yang menghalang otak daripada berkembang dengan sempurna.

http://mumsgrapevine.com.au/

Bila Ibu Patut Risau?

Lazimnya jika perkembangan bayi mencapai milestone secara normal, ibu tak perlu risau tentang bentuk kepalanya.

Ia biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa cara mudah seperti

  • melatih bayi meniarap dengan memperbanyakkan tummy time
  • menukar posisi bayi dengan kerap apabila berbaring (contohnya ketika mengiring semasa menyusu)

Walaubagaimanapun, kalau ibu rasa macam ada yang tak kena, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×