Percutian

Bawah RM300, Anda Sudah Boleh Menginap Di Resort World Langkawi Ala-Ala Oversea Ini!

762
SHARES

Pulau Langkawi sememangnya merupakan antara destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong luar, malah rakyat Malaysia sendiri suka menghabiskan cuti mereka ke sini. Bak kata orang, memang tak sah la kalau tak pergi Pulau Langkawi sekali seumur hidup. Betul tak?

Baru-baru ini kami diberi peluang untuk mengikuti trip ke Pulau Langkawi yang ditaja penuh oleh Resorts World Langkawi. Seakan tidak percaya resorts begini wujud di Malaysia kerana suasana di sini boleh dikatakan ala-ala luar negara. Ditambah pula dengan pemandangan yang membuatkan kami berkali-kali jatuh cinta.

Resort World Langkawi (RWL)

Buat pengetahuan semua, resort ini dahulu dikenali sebagai Awana Porto Malai sebelum penjenamaan semula kepada Resort World Langkawi. Apa yang seronoknya, bilik-bilik di sini juga di naiktaraf. Boleh dikatakan, hampir kesemua bilik di ubah suai menepati citarasa pelanggan. Nampak modern dan hipster sangat. Jadi, sila ubah mindset korang kalau beranggapan resort lama ini kuno. Korang silap besar okay!

Premier Sea View

Penerbangan dari Subang Airport – Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit . Setibanya di sana, kami terus di bawa menaiki shuttle bas ke Resorts World Langkawi yang mengambil masa perjalanan selama 25 minit dari lapangan terbang Langkawi.

Sesampai sahaja di sana kami disambut mesra oleh kakitangan Resort World Langkawi serta dihidangkan air kelapa muda yang boleh diminum terus dari buah kelapanya. Fuh terasa kesegarannya, hilang bahang panas di Pulau Langkawi. Selesai menikmati ‘welcome drink’, kami diberi bilik Premier Sea Room yang betul-betul menghadap laut. Siap dengan balkoni! Memang terbaiklah..

Jenis bilik di RWL

Selepas selesai urusan check-ini, kami dibawa pula melawat jenis-jenis bilik di resort ini. Memang kagum sungguh dengan hiasan dalaman setiap bilik yang ditawarkan. Memang nampak mewah dan mahal. Hotel ini menawarkan 6 jenis bilik iaitu jenis Standard, Premier, Standard Sea View, Premier Sea View, Suite dan juga Signature Suite.

Kalau korang ada duit lebih, apa kata cuba duduk di Signature Suite. Barulah ada gaya, hari-hari hari raya! Memang curlas gitu! Kalau rakyat marhaen macam kami, duduk di bilik jenis Standard Sea View pun dah rasa best. Harga pulak memang terbaik dan berbaloi-baloi. Boleh periksa lebih lanjut di sini.

Spa bertaraf lima bintang

Antara kemudahan lain yang terdapat di sini adalah Taman Sari Royal Heritage Spa. Sempat jugalah kami manjakan diri dengan melakukan urutan kaki dan badan di spa bertaraf lima bintang ini. Tak perlu susah-susah nak cari spa di luar, dalam resort ini pun korang boleh dapatkan rawatan traditional Jawa ini untuk menenangkan tekanan serta keletihan anda. Barulah semangat untuk lakukan aktiviti yang selanjutnya.

Di sini juga ada sediakan rawatan untuk terapi tangan dan kaki serta urutan aromaterapi. Apa salahnya sekali sekala self-reward diri korang kan?

Infiniti Pool dan kemudahan lain

Antara kemudahan lain yang ada di resort ini ialah Infiniti Pool yang telah dilancarkan pada 10 Februari 2018. Kemudahan ini merupakan sebahagian daripada daya tarikan yang ada di dalam Resorts World Langkawi. Apa yang menariknya, pool ini menggunakan air masin untuk memberikan pengalaman seperti mandi di dalam air laut. 

Selain itu, terdapat juga bilik chillax yang dilengkapi dengan snooker dan foosball. Bolehlah korang santai bersama keluarga sambil adakan aktiviti sendiri. Buat korang yang ada anak kecil, jangan risau kerana kolam biasa juga disediakan untuk kemudahan semua.

Zest

Untuk aktiviti petang, kami disajikan pula hidangan makan malam di Zest boardwalk. Ianya merupakan laluan berjalan kaki yang menghadap Tasik Dayang Bunting. Memang terasa seperti di luar negara, ditambah pula dengan pemandangan matahari terbenam saat kami menjamu selera petang itu.

Jangan lepaskan peluang untuk memberi ikan makan di Zest ini. Pihak resort akan menyediakan roti untuk diberi kepada ikan setiap hari pada jam 6.30 petang. Seronok betul dapat lihat pelbagai jenis ikan di situ.

The Seagull Coffehouse

Untuk sarapan pagi, korang boleh menikmati di The Seagull Coffeehouse yang menawarkan pelbagai masakan Asia dan antarabangsa yang sangat sedap. Restoran ini akan di buka dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi.

Sambil menjamu selera, korang juga boleh menikmati pemandangan laut andaman yang cukup menenangkan. Memang tak dapat dekat resort lain tau!

Sunset Cruise

Alang-alang duduk di resort ini, apa kata korang cuba aktiviti Sunset Cruise yang lengkap dengan pakej makan malam. Pada petang itu kami disajikan buffer BBQ yang dibakar terus dari atas deck kapal ini sambil melihat keindahan matahari terbenam dari atas kapal. Memang asyik banget!

Jangan lupa bawa pakaian lebih untuk merasai jacuzzi asli dari air laut sendiri. Confirm rasa tak mahu naik! Sunset Cruise ini akan berlayar di seberang laut pada waktu matahari terbenam dari 5 petang setiap hari selama 3 jam. Ini aktiviti wajib yang patut korang cuba tau!

Free Shuttle ke Pantai Cenang

Untuk kemudahan para tetamu, resort ini juga menawarkan perjalanan ke beberapa tempat menarik di Langkawi serta free shuttle ke Pantai Cenang. Untuk peminat sukan, korang bolehlah cuba sukan air yang disediakan oleh pihak resort seperti jet-ski, menyelam dan snorkeling. Para tetamu juga boleh memilih untuk memancing di pulau, atau pergi ke tempat pelancongan seperti di Geo Park.

Terima kasih Resort World Langkawi

Kami di Sirap Limau mengucapkan ribuan terima kasih buat Resort World Langkawi kerana mampu menyediakan fasilitis terbaik setaraf resort 6 bintang. Yang pastinya, resort ini akan meninggalkan kenangan manis buat kami semua yang tidak dapat kami lupakan.

Jom rasai sendiri pengalaman di Resort World Langkawi

Ternyata Resort World Langkawi merupakan pilihan terbaik buat semua yang merancang percutian hebat di Pulau Langkawi ini. Tak perlu pergi sampai oversea untuk ketenangan kerana di sini ada segalanya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus hubungi resort ini untuk sebarang pertanyaan. Selamat bercuti!

Resorts World Langkawi
Tanjung Malai, 07000 Langkawi
Kedah, Malaysia
Phone: (+6) 04- 955 5111
Website: www.rwlangkawi.com 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×