Teknologi

Bukan Sekadar ‘Cool’, Ini 5 Kelebihan ‘Balance Bike’ Berbanding Basikal Biasa

5.7K
SHARES

Pernahkah anda dengar tentang ‘balance bike’? Ya, ia adalah sejenis basikal yang ‘kehilangan’ salah satu komponen – iaitu pedal / pengayuh. ‘Balance bike’ ini juga dikenali sebagai Strider Bike, iaitu salah satu jenama terbesar yang mengeluarkan produk basikal tersebut.

Di Eropah, ‘balance bike’ telahpun menjadi kegilaan ramai anak kecil, dan kini ia mula menjadi popular di Amerika Syarikat. Dengar kata, walaupun ianya masih baru di Malaysia, perlumbaan Strider Cup Malaysia pernah diadakan di Pudu Ulu Park, Cheras dan disertai oleh anak-anak seawal usia 2 hingga 5 tahun pada tahun lalu.

Jika difikir-fikir semula, kenapa agaknya ‘balance bike’ ini semakin mendapat perhatian? Malah, ada yang berpendapat bahawa ia mungkin lebih sesuai menjadi basikal pertama anak anda berbanding basikal jenis lain di pasaran. Rupanya, ia memiliki pelbagai manfaat kepada anak kecil. Mari kita singkap keistimewaan basikal unik ini.

5 Sebab ‘Balance Bike’ Patut Menjadi Basikal Pertama Anak Kecil

1. Mudah Digunakan

“Ada 2 kemahiran yang perlu dikuasai untuk menaiki basikal biasa – iaitu mengimbangkan badan dan mengayuh. Oleh kerana ‘balance bike’ tiada pedal pengayuh, kanak-kanak dapat fokus pada satu perkara yang utama – iaitu mengimbangkan badan. Hal ini akan memudahkan proses pembelajaran dan latihan buat mereka.” kata Cadel Evans, bekas pelumba basikal profesional Australia dan Juara Tour de France 2011.

Tahu-tahu sajalah, kanak-kanak ni kadang-kadang jadi cepat putus asa dan tension bila mula-mula belajar naik basikal. Tapi dengan  ‘balance bike’, kanak-kanak bukan saja mudah menaikinya, mereka juga boleh berhenti, membelok, atau memusing dengan mudah. Kebebasan untuk bergerak ini memberi mereka lebih konfiden dan rasa berani untuk terus belajar menunggangnya hingga mahir.

Foto Kredit: themalaymailonline.com

2. Ringan

Kebanyakan ‘balance bike’ adalah 2 hingga 3 kali lebih ringan berbanding basikal biasa dengan pedal pengayuh yang kadangkala sama berat dengan kanak-kanak itu sendiri.

Disebabkan ciri lightweight ini, kanak-kanak kecil mampu menunggang ‘balance bike’ tanpa berasa letih, walaupun ketika menaiki cerun.

Foto Kredit: imaginationward.com

3. Boleh Digunakan Seawal 2 Tahun

Tahukah anda, semua ciri di atas juga menjadikan ‘balance bike’ sesuai digunakan oleh kanak-kanak seawal usia 2 tahun!

Ia juga merupakan cara yang seronok untuk menggalakkan kanak-kanak bersenam. Tak adalah nak menghadap gajet saja, kan?

4. Lebih Selamat

Tempat duduk ‘balance bike’ dibina lebih rendah berbanding basikal biasa. Ini bermakna, impak hentakan juga kurang sekiranya mereka terjatuh ketika sedang menunggangnya.

Selain itu, ‘balance bike’ hanya akan bergerak laju seiring dengan kelajuan kaki anak yang menggerakkannya. Berbanding dengan pedal kayuhan yang sukar dikawal apabila terlalu laju, ‘balance bike’ lebih selamat serta kurang berisiko terhadap kemalangan.

Foto Kredit: vitahealthclinic.com

5. Tak Perlukan ‘Training Wheels’ Lagi!

Kebanyakan kanak-kanak yang dah mahir menunggang ‘balance bike’ akan dapat menunggang basikal biasa seawal usia 4-5 tahun tanpa rasa kekok.

Yang paling best, dah tak perlu menggunakan ‘training wheels’, iaitu roda kecil yang dipasang pada sisi basikal. Hebat!

Foto Kredit: dreamstime.com

Dah Boleh Didapati Di Malaysia

Menarik juga rupanya ‘balance bike’ ini. Kalau di Malaysia, nampaknya ia dah mula dijual secara online ataupun di kedai-kedai khusus yang menjual jenama tersebut atau kedai barangan bayi dan kanak-kanak yang terpilih. Bergantung kepada jenama, ia boleh didapati dengan harga sekitar RM150 ke atas.

Wah, ‘cool’ habis basikal ini rupanya. Patutlah ramai ibu bapa yang rasa teruja nak belikan untuk anak-anak!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×