Didik

“Awalnya Suka, Lama-Lama Jadi Bosan” – 2 Personaliti Kongsi Keresahan Bila Anak Berputus Asa

8.5K
SHARES

Ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi, mengapa ada sesetengah anak-anak lebih kuat berusaha dan ada juga yang cepat bosan dan mudah berputus asa?

Mungkin perasaan anak itu akan membuatkan ibu bapa kadang-kala berasa resah tentang perkembangan mereka. Malah, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar perkara ini berlaku.

Jom baca perkongsian personaliti TV, Azawate Zenol Abidin dan Hasnida Hanim Ahmad Kamil mengenai anak mereka.

“Bila saya ajak, mereka akan bagi excuses”- Azawate

“Memula memang seronok suka nak pergi class but then lama-lama anak-anak dah jadi tak minat and bila saya ajak, mereka akan bagi excuses. Taknak pergilah, takut air dalam and so on. Tambah pula sekarang ni MCO lagilah anak-anak jadi taknak buat langsung.”

Menurut Azwate, beliau berasa terkesan dengan situasi anak-anaknya sekarang. Mereka mempunyai minat dan hobi tetapi sehingga sekarang Azwate tidak dapat menunaikan apa yang anak-anak mahukan.

“Ukelele jadi perhiasan dekat bilik sebab Qaleesya dah tak minat” – Hasnida Hanim

Begitu juga dengan Hasnida, di mana anaknya sendiri berasa putus asa dan cepat bosan dengan hobinya. Ini adalah salah satu cabaran sebenarnya untuk ibu bapa yang sedang membesarkan anak-anak.

“Memula tu memang nampak dia happy, hari-hari belajar main dekat rumah but then lama-lama saya notice dia dah jadi kurang practise and bila saya tanya, sebab class Ukelele dekat sekolah dah jarang buat. End up Ukelele pun jadi perhiasan je dekat dalam bilik sebab Qaleesya dah tak minat”.

Ibu bapa dekat luar sana pernah tak lalui pengalaman sebegini dan pernah terfikir atau tidak untuk pastikan anak-anak maintain dengan minat mereka? Adakah perkara ini normal untuk kanak-kanak yang sedang meningkat umur?

Haa sebelum tu, apa kata jawab poll ini dulu untuk tahu adakah anda boleh relate atau tidak dengan ibu bapa yang lain tentang perkembangan anak-anak.

Jadi, bagaimana? Adakah anda berfikiran sama seperti ibu bapa yang lain? Tahukah anda sebenarnya ada beberapa lagi faktor dan punca perkara ini berlaku. Antaranya ialah…

  1. Berfikiran negatif – Jika gagal, pelbagai perasaan negatif akan datang bermain difikiran anak anda. Ibu bapa perlu berubah menjadi lebih positif agar anak-anak terispirasi dan lebih mudah untuk mereka bangkit semula dari kegagalan.
  2. Menganggap kegagalan itu adalah pengakhiran – Ibu bapa dan anak-anak perlu menerima sesuatu kegagalan dan mengambil iktibar daripadanya. Jangan biarkan perasaan gagal bertapak lama dalam pemikiran anak anda. Sebaliknya, berfikirlah bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.
  3. Kurang berinteraksi – Sikap ibu bapa ketika ini yang lebih mementingkan hal mereka sendiri harus dibendung dalam mewujudkan suasana kekeluargaan yang lebih harmoni dan selamat. Sentiasa berinteraksi dan tahu apa yang anak anda mahukan.

“GRIT” sebagai faktor penentu kejayaan anak-anak di masa hadapan!

Berpegang kepada sukan adalah pendidik yang dapat memupuk pengajaran kehidupan serta nilai murni yang penting, MILO®  baru-baru ini menerajui kajian dalam kalangan pendidik dan majikan.

Kajian Kecekalan Tangga Kejayaan (The Grit Advantage) MILO®️ itu bertujuan menghuraikan sifat utama yang membezakan antara individu berjaya. Menerusi kajian itu, 80 peratus pendidik dan majikan bersetuju bahawa “grit” atau sifat “cekal” adalah faktor yang mendorong anak ke arah kecemerlangan  bermakna dan berterusan pada abad ke-21.

“Cekal” ditakrifkan sebagai tekad dan kesungguhan untuk mencapai matlamat jangka panjang serta bermakna. Ia merangkumi sifat yang sering dikaitkan dengan minda, semangat dan sikap juara takkan gentar seperti keberanian, keazaman, ketahanan, ketabahan, tekad, kegigihan, ketekunan dan kecemerlangan.

Pendidik & Majikan setuju “GRIT” penting untuk pertumbuhan profesional kanak-kanak

Menerusi kajian Kecekalan Tangga Kejayaan yang dilakukan baru-baru ini, antara dapatan utama diperoleh adalah pendidik menegaskan bahawa:

1. Pencapaian akademik semata-mata tidak mencukupi

Menurut tiga daripada empat pendidik, keseimbangan akademik dan aktiviti kokurikulum amat penting untuk menentukan kejayaan.

Sebanyak 71 peratus mengatakan pentingnya kanak-kanak belajar daripada kegagalan untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan, manakala 82 peratus percaya “keazaman untuk mengejar matlamat tanpa putus asa” adalah penentu awal kejayaan yang paling penting.

Manakala, 93 peratus pendidik pula percaya sifat cekal sangat penting untuk membentuk peribadi dan memenuhi tekad seseorang.

2. Majikan pula mendapati golongan profesional muda hari ini kurang cekal

Golongan profesional muda hari ini suka mencari jalan keluar mudah dengan 79 peratus majikan melihat perjalanan karier mereka juga tidak konsisten dan kerap menukar pekerjaan pada resume.

Menerusi kajian itu juga, 72 peratus menyatakan anak-anak mestilah diajar kesabaran dan sifat mengenal matlamat demi memastikan kejayaan pada masa hadapan. Sebanyak 70 peratus pula menyatakan golongan profesional muda mestilah terbuka dalam melakukan kesilapan serta menjadikannya sebagai pengajaran.

Dalam soal pengambilan pekerja pula, 7 daripada 10 majikan akan memilih individu berperibadi tinggi dan menyeluruh berbanding mereka yang hanya sekadar cemerlang akademik.

Jom sertai perbualan “GRIT” dengan  mengikuti MILO® Grit Forum Advantage!

Anda semua dijemput menyertai perbualan “GRIT” dengan mengikuti MILO® Grit Forum Advantage. Perbualan ini menampilkan panel pakar, pada 3 Disember 2020 dari jam 9PM-10PM melalui MILO® Malaysia Facebook.

Jadi, kalau anda masih belum mendapat jawapan yang sebenar untuk anak anda, jangan lepaskan peluang menyertai MILO® Grit Forum Advantage. Ketahui dan membantu anak anda untuk terus lakukan sesuatu perkara dengan yakin, berani, tekun dan gigih! Jangan lupa join ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×