Dalam dunia yang pesat berkembang, ramai yang mengambil masa bagi mengunjungi spa untuk bersantai dan berehat sebentar. Tetapi, bagaimana jika anda boleh menikmati suasana spa yang menenangkan dan memulihkan di ruang tamu anda sendiri?
Konsep di sebalik produk-produk Mt. Sapola adalah mudah: menikmati rawatan spa di kediaman. Orang ramai boleh menikmati manfaat alam semulajadi melalui produk-produk aromaterapi dengan mudah di kediaman mereka di samping mengelakkan kos rawatan yang mahal.
“Mewujudkan suasana yang selesa dan santai adalah sebahagian besar daripada membentuk suasana kediaman.” kata Cheryl Gan, Pengarah Urusan dan Pengasas Mt. Sapola. “Kita meluangkan begitu banyak masa bagi memilih perabut terbaik untuk kediaman yang sempurna – kenapa tidak dengan deria-deria lain?”
Home Scents Mt. Sapola telah menjadi popular di kalangan peminatnya di negara lain kerana ia berkekalan, bebas-nyalaan dan mudah diselenggarakan. Daripada 13 haruman dalam rangkaian ini – haruman Serai dan Lavender adalah yang paling laris. Tetapi, bagi mereka yang ingin mewujudkan suasana lain dari yang lain dalam kediaman mereka – minyak-minyak ini boleh diadun bagi menghasilkan keharuman yang unik.
“Terlebih dahulu, anda harus memutuskan apa yang anda perlukan (haruman) dan bagaimana anda berhasrat menggunakannya.” kata Cheryl. “Contohnya, kombinasi Vanilla dan Cendana mewujudkan haruman lembut tetapi menstabilkan yang sesuai untuk suasana santai, dan elemen sitrus yang menceriakan dalam Bergamot meningkatkan mood sebarang bilik.”
“Beberapa adunan mungkin berguna untuk penyakit, contohnya Eucalyptus dan Rosemary yang sesuai untuk kejelasan mental dan kelegaan daripada sakit kepala. Tiada cara yang betul atau salah untuk mengadun haruman anda sendiri kerana ia suatu perkara yang bersifat peribadi.” sambung beliau.
Bagi membantu menyemarakkan haruman di kediaman, Mt. Sapola menawarkan pelbagai aksesori aromaterapi seperti pemegang lilin dan pembakar elektrik yang diperbuat daripada seramik, terrakota, batu pasir dan tembikar tulang. Mereka juga menawarkan satu rangkaian peresap (diffuser) dan penebula (nebulizer) yang diperbuat daripada kaca, kayu serta seramik yang menambahkan aura sofistikated sebarang bilik di kediaman anda.
Apabila merujuk kepada aromaterapi, produk-produk Mt. Sapola dihasilkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan botani terbaik dan minyak pati 100% tulen. Tugas memperolehi minyak pati ini amat diberatkan oleh Cheryl dan beliau melawat ladang serta kilang penyulingan secara peribadi bagi memantau kualiti tuaian dan memilih minyak yang terbaik untuk Mt. Sapola.
Rangkaian Home Scents adalah sebahagian daripada katalog luas produk aromaterapi Mt. Sapola yang merangkumi minyak pati, produk penjagaan badan, rambut dan kulit, serta aksesori untuk kediaman.
Latar belakang Mt. Sapola
Mt. Sapola dinamakan sempena gunung di mana orang Rom menemukan sabun semula jadi. Mereka berada di kaki gunung ini semasa sejenis bahan lemak seperti tanah liat meleleh dari gunung ke dalam sungai melalui titisan hujan. Ini menghasilkan bahan berbusa yang membersihkan pakaian mereka – prekursor kepada sabun moden.
Bertitik tolak daripada itu, Mt. Sapola memperkenalkan kelompok sabun semula jadi buatan tangan pertama mereka pada tahun 1997. Hari ini, pengeluaran mereka telah berkembang maju bagi meliputi rangkaian pelbagai produk naturopati aromaterapi untuk menyokong rangkaian kedai global di Eropah, Australia, Amerika Syarikat, dan Asia.
www.mountsapola.com
Falsafah Mt. Sapola
Kualiti Asli
Kami hanya menggunakan bahan botani semula jadi terbaik dan minyak pati tulen dalam produk kami. Tiada sebarang bentuk petrokimia dan wangian sintetik yang digunakan. Hasilnya adalah produk mesra alam yang mudah diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak selepas ia disapukan.
Pemulihan Holistik
Kami meyakini terapi holistik yang mengambil kira minda, badan dan roh. Persekitaran dan gaya hidup kita semakin sibuk dan ini memberi kesan ke atas kesejahteraan, pola pemakanan, masa rehat serta perhubungan kita.
Aromaterapi berasal daripada amalan pemulihan terawal manusia. Tumbuh-tumbuhan yang kita gunakan untuk mengekstrak minyak pati telah digunakan sejak beribu tahun lalu sebelum teknik menyuling minyak ditemui. Minyak pati amat sesuai untuk pendekatan bukan rejahan yang halus ke arah melaraskan keseimbangan dinamik di antara kesihatan mental, fizikal dan kerohanian. Apabila semua tenaga di dalam badan dan minda mencapai keseimbangan ideal, insan tersebut dikatakan berada dalam keadaan kesihatan yang sempurna.
Kami akan sentiasa memberikan remedi semula jadi dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan keseluruhan para pelanggan kami.
Senarai Kedai Mt. Sapola di Malaysia:
Pavilion Kuala Lumpur, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid Shopping Mall, Ikano Power Centre, Gurney Paragon Penang dan Gurney Plaza Penang.