Asuh

5 Sebab Ibu Bapa Tak Perlu Panik Anak Tak Reti Membaca, Jangan ‘Rushing’!

28
SHARES

“Kenapa Syafiq lambat menulis ni. Umur dah 4 tahun. Risaulah…”

Mengajar anak membaca dan menulis bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi ketika usia mereka sedang petah dan ligat bermain. Walau bagaimanapun, ibu bapa pasti panik apabila melihat kanak-kanak berumur 4 tahun sudah mula pandai membaca dan menulis.

Bila ibu ayah panik itu tanda kesedaran mengenai kepentingan membaca sangat tinggi dan perkara ini diulas lebih lanjut oleh Puan Hanis Athirah Rusli. Jom kita baca.

Baca juga: Ibu Bapa Terlalu Perfectionist Boleh ‘Bunuh’ Emosi & Minda Anak

5 SEBAB IBU BAPA TAK PERLU PANIK ANAK TAK RETI MEMBACA

Persoalannya, perlu atau tidak ibu ayah panik? Perasan tak kesedaran yang ibu ayah ada ini sebenarnya tertumpu pada kehendak diri sendiri untuk memastikan anak sendiri dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat.

1. KENALI POTENSI ANAK SENDIRI, BUKAN BANDINGKAN ORANG LAIN

Tahap perkembangan kanak-kanak adalah berbeza dan unik kerana banyak dipengaruhi pelbagai faktor yang merangsang mereka untuk berkembang.

Ada anak yang mempunyai kecerdasan verbal lingusitik, jadi tak hairan anak ini dari kecil sudah mempunyai potensi untuk membaca dari awal. Cuba semak dan kenali anak kita dahulu.

Tahu dulu kemampuan dan kebolehan anak. Jangan dipaksa bila mereka masih lagi tak bersedia. Paling penting, fokus kepada keperluan serta hak anak-anak. Semak keupayaan membaca anak mengikut milestone anak-anak.

2. MULAKAN DARI AWAL YANG MUNGKIN

Bagi saya, anak membaca tak bermaksud hanya pengajaran secara formal dengan buku saja. Untuk peringkat awal usia lagi, sangat penting kita memahami keperluan perkembangan bahasa dan literasi awal.

Asas kepada kemahiran literasi awal akan merangsang kesediaan kanak-kanak untuk boleh membaca termasuk melakukan aktiviti bermain bersama, sesi ‘read aloud’ dan menunjukkan ekspresi dalam bercerita dengan menggunakan intonasi dan gaya yang menarik.

3. AJAR LANGKAH DEMI LANGKAH

Berdasarkan gambar di bawah, cuba ibu ayah cuba baca boleh tak? Haa lihat satu simbol huruf pun keliru nak baca kan? Apatah nak baca, nak bunyikan pun tak boleh. Kenapa tak boleh? Sebab kita takde 4 Kemahiran Asas Membaca (4P).

  • Pengisian Bunyi
  • Pengamatan bentuk dan bunyi
  • Pemaduan bunyi
  • Pemisahan bunyi

Dalam apa jua bahasa perlu ada kemahiran ni untuk diajar kepada kita dulu, baru kita boleh membaca. Membaca bukan kemahiran semulajadi.

4. TANAM & TEKAD DENGAN PENDIRIAN JELAS

Cuba berikan 10 sebab kenapa anak cepat baca? Nak orang lihat kita hebatkah? Nak orang puji kita ada anak pandai kah? Betulkan niat dulu. Kita tak nak anak cepat baca, tapi kita nak anak minat membaca.

Tak salah ajar anak membaca seawal 3 tahun pun, tapi target nak ajar sebab nak minat anak belajar bukan sebab nak menujuk atau bersaing dengan orang lain.

Paling penting anak minat membaca. Jadi, seawal usia rangsang kesediaan kanak-kanak untuk boleh membaca termasuk melakukan aktiviti bermain bersama, sesi ‘read aloud’ dan menunjukkan ekspresi dalam bercerita dengan menggunakan intonasi dan gaya yang menarik.

5. FAHAM DULU MAKSUD MEMBACA

Kalau ikut kamus bahasa Melayu, membaca ada banyak maksud. Antaranya:

  • Memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami maknanya.
  • Mengucapkan apa yang tertulis dan dicetak. Contohnya buku, papan tanda, kotak makanan dan sebagainya secara lisan dengan kuat.

Jadi, perlu tak kita panik dengan anak orang lain? Tak perlu sebab anak pun insyaAllah sebenarnya dah pandai juga baca! Mungkin bukan tahap yang lancar membaca sampai ayat tapi hargailah proses membaca mereka bukannya sekadar ingin melihat hasil kelancaran membaca sahaja.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×