Asuh

3 Kesalahan Selalu Dilakukan Dalam Mendidik Anak, Jangan Label Diri Sebagai ‘Ibu Bapa Gagal’

1
SHARES

Semua ibu bapa tidak pernah terlepas daripada memarahi anak. Dengan pelbagai masalah di pejabat dan kerja yang berlambak di rumah, perangai anak kadang-kadang membuatkan ibu bapa melepaskan segala kemarahan kepada si kecil tanpa disedari.

Dalam masa yang sama, pastinya ramai ibu bapa tidak ingin dilabel sebagai kelompok ‘ibu bapa gagal’ oleh masyarakat kerana dilihat anak-anak mereka bertindak seakan tidak pernah dididik secara baik oleh kedua orang tua di rumah. Namun begitu, meskipun tidak ingin berada di dalam kelompok sedemikian, masih ramai ibu bapa yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya melakukan kesalahan dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.

Baca juga: Patutlah Asyik Rasa Sedih Sepanjang Masa, Ini 5 Tips Merawat Kemurungan Dengan Segera!

Dalam mendidik anak acap kali ramai yang terbabas lakukan perkara-perkara ini:

1. Bercakap atau layan anak dalam keadaan diri stres.

Kajian dapati ibu yang di dalam keadaan stres sebabkan anak juga stres apabila anak di dekati. Jadi tenangkan diri di saat stres. Belajar cara tangani stres.

Anak-anak yang masih kecil, banyak perkara yang mereka ingin explore. Kadang-kadang itu akan membuatkan ibu terutamanya stres. Oleh itu, cuba terapkan sifat-sifat keibuan sebelum mempunyai anak atau belajar cara untuk mengatasi stres daripada awal.

2. Bercakap bahasa anak kecil, bukan bercakap bahasa yang betul.

Contohnya nak makan disebut ‘nak akan’. Apabila berbahasa begini, otak anak di bahagian broca area (pusat bahasa) akan di ‘wire’ mengikut bahasa anak kecil. Bukan bahasa sebenar. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, kebolehan anak untuk fasih bertutur dengan fonetik tepat akan terbantut.

Memang comel tiru pelat anak bercakap kadang-kadang tak berniat pun nak cakap pelat. Apabila timbul rasa manja dengan anak, terus terkeluar sebutan-sebutan pelat itu. Tetapi ketahuilah, pada usia mencecah 1 tahun anak-anak akan mula bertumpu kepada bahasa yang digunakan oleh persekitaran mereka sepanjang membesar.

3. Bercakap tanpa buka mulut. Macam kedekut nak buka mulut hingga bibir tidak dilihat seperti bergerak.

Si kecil belajar dengan ikuti atau dalam Bahasa Inggeris disebut mimicking pergerakan bibir untuk wujudkan kefahaman. Apabila ada kefahaman bahagian otak yang bernama Wernicke Area akan aktif.

Untuk mengajar anak-anak akan sesuatu perkara baharu, haruslah mempunyai teknik yang betul. Hal ini kerana proses yang betul akan mendatangkan hasil yang cepat. Begitu juga semasa bercakap dengan anak-anak harus membuka mulut agar sebutan dapat didengari dengan jelas sekaligus membolehkan proses anak-anak bercakap dengan lancar lebih awal.

Ada banyak lagi kesalahan yang ibu bapa kerap lakukan tanpa sedar. Kita perlu belajar untuk elakkan diri dari terjebak terus dengan perbuatan sebegini. Di neuroparenting nanti akan dikongsi lagi. Lebih penting lagi ialah tips yang wajib ibu bapa lakukan untuk elak anak jadi mangsa kesalahan teknik parenting kita.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×