Famili

13 Iklan Tahun Baharu Cina 2020 Yang Kreatif & Penuh Warna Warni, Semua Best!

38
SHARES

Filem pendek atau iklan sudah menjadi kebiasaan bila tibanya musim perayaan sama ada Hari Raya, Deepavali, Hari Raya Cina dan Merdeka. Kebanyakannya akan menyentuh unsur unsur sentimental seperti persahabatan dan kekeluargaan yang membawa mesej tersembunyi.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pastinya ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti untuk menonton iklan yang dihasilkan oleh beberapa syarikat tempatan. Jadi, kami kongsikan 10 iklan terbaik Tahun Baru Cina 2020 yang pasti mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

1.Watsons – Happy Beautiful Year

Mesti ramai yang boleh ‘relate’ dengan iklan dari Watsons ni. Setiap kali jumpa sanak-saudara, yang muda pasti akan terasa dengan soalan yang bakal ditanya oleh yang lebih berusia. Tapi sebenarnya, mereka cuma ingin memulakan perbualan seperti yang ditunjukkan di dalam iklan ini.

2.TNB – Reality Not Virtual

Mengisahkan tentang seorang anak yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sempat untuk pulang ke rumah. Dengan menggunakan teknologi VR yang ibunya hantar kepadanya, Bryan dapat merasa suasana menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di rumah.

3.Petronas – Bao Bei

Setiap perca kain yang divisualkan di dalam iklan menunjukkan sikap setiap ahli keluarga. Oleh itu, tanpa mengira usia, setiap ahli keluarga memainkan peranan penting untuk memeriahkan perayaan. Pernah tak bayangkan kalau tak ada makcik yang kepoh, mesti sunyi kan sambutan tu?

4.Daikin – The Twins

Pengorbanan dikatakan antara rasa untuk tunjukkan sayang kepada insan yang tersayang. Tapi, apa maksud pengorbanan sebenarnya? Iklan ni memang boleh menyentuh perasaan penonton. Ia mengisahkan pengorbanan seorang anak yang bersabar dan menjaga ibunya.

5. Eco World – Togetherness Is Happiness

Mesti ramai yang rindu nak sambut perayaan sama macam masa kecil-kecil dulu. Ini kerana, bila semua dah dewasa, ‘feel’ sambutan tu dah lain. Iklan ini memang best kerana mengisahkan tentang perbezaan sambutan perayaan setiap tahun, dari kecil hingga besar dan yang pasti, sambutan bersama-sama dengan keluarga merupakan saat yang paling indah.

6.Sunway – In The Air

Iklan seakan-akan pramugari di atas pesawat ni memang kreatif! Selain itu, iklan ni mengetengahkan unsur nilai-nilai murni dan adab ketika berada di kampung halaman berjumpa suadara mara.

7.Maxis – The Most Unforgettable Chinese New Year

Seorang bapa yang alzheimer yang masih menganggap anaknya masih kecil. Walaubagaimana pun, anak perempuannya itu sabar melayan kerenah ayahnya itu. Setiap hari merupakan hari yang baru untuk ayahnya. Jadi, setiap kali Tahun Baru Cina merupakan memori yang terindah untuk anaknya.

8.RHB – Heart Baker

Iklan berdasarkan kisah benar ini mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan sentiasa belajar untuk membuat kek dari berumur 4 tahun kerana ingin membantu adiknya yang sedang sakit. Kini Chef Leah berumur 10 tahun dan kesihatan adiknya semakin baik.

9.Gamuda Land – Giving Hope, Receiving Joy

Diinspirasikan oleh kisah benar, iklan dari Gamuda Land ni memang betul betul menyentuh perasaan. Mengisahkan tentang seorang guru tak putus asa bantu anak muridnya. Menyelitkan juga unsur perpaduan kaum dan persahabatan yang buatkan penonton pun tersentuh!

10.Mr. DIY – The Gifts

Kadang-kadang tak semua orang mampu sedekahkan wang. Walaubagaimana pun, berbuat baik pun boleh menggembirakan orang yang memerlukan. Seperti yang ditunjukkan di dalam iklan ni, lelaki itu tak pernah bersedekah. Tapi sebenarnya, dia telah lakukan banyak perkara yang mampu dilakukan untuk membantu orang di sekelilingnya.

11.Hong Leong Bank – The Grown Ups’ Table

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Ah Girl yang sentiasa terpaksa duduk di meja makan bersama budak-budak ketika makan malam besar ingin merasa duduk di meja utama. Jadi, sebelum tibanya tahun baru, Ah Girl mengajar adiknya untuk makan dengan sendiri supaya dia dapat merasa makan bersama orang dewasa di meja makan.

12.Coway – Tiny Prayer

Iklan yang menyentuh perasaan ini mengisahkan seorang budak lelaki yang sanggup bersengkang mata supaya orang tuanya hidup lebih lama dan kekal muda. Jadi, untuk tunjukkan rasa sayangnya, dia telah menyediakan satu cara untuknya bertahan hingga 12 tengah malam.

13.Digi – Home

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang hidup dalam serba kekurangan. Anaknya sering tidak puas hati kerana ayahnya itu enggan membeli kereta baru. Sebenarnya, kereta itu mempunyai nilai sentimental dan nostlagik lebih lebih lagi ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Jadi, iklan Tahun Baharu Cina yang mana menjadi pilihan anda?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×